ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya..
Entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti
tidak mampu diduganya..
Entah ribut taufan, lautan yang tenang atau jerung kelaparan yang ganas
mencari mangsanya sedang menanti..
Segala-galanya mungkin terjadi.
Apabila kapal itu sudah di tengah laut, mana mungkin ia
akan berpatah balik..
Begitu juga diri kita..
Mana mungkin kita berpatah balik pada masa lampau bagi
memperbaiki keadaan..
Tidak hairan jika ramai yang gemar berkata 'kalau lah'..
Ingatlah.. masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan sebaliknya kita
harus menempuh waktu yang bakal berlalu..
Jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecewaan, tidak bermakna
duka itu akan menjadi milik kita selama-lamanya..
Rancang kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah di hati biarpun
kita tidak tahu jika bahagia yang dicari, duka yang ditemui..
Berusaha, berdoa, dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak
terumbang-ambing bagai kapal di tengah lautan yang tidak bertepi.
Foto indah dari Idzat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN.
Berkorbanlah apa saja demi mencari keredhaan-Nya.
17 comments:
Selamat Hari Raya Ajwin :)
perkataan kalaulah mmg sinonim kat mulut nie..sntiasa nak yang terbaik..
happy iduladha awinn:)
nabil,
selamat hari raya juga~ ;)
amira,
sebab tu org kata jangan hanya manis dimulut ek..haha
salam aidiladha juge dear..
selamat hari raya aidiladha datinn, tadi makan unta masak kicap taw, hehek =p
Incek liquid nak kapal titanik...
eh...
SLamat hari raye ea cik awyn =)
Salam AidilAdha Ajwin!
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
happy eiduladha :)
slmt ari ry awinn!=)
Eh..ibarat kapal...
takde2...maneade
sy ni ibarat manusia...eh..
memang manusia pun..=)
slam aidiladha cik kapkeks
p.s...nak order kapkeks bole?!=p
kawan ade kate. if kita sebut 'kalau lah' meaning kita mmbukak pintu hati kita supaya syaitan dtg menghasut kita.
badewaayy, salamat hali laya kolban :)
'kalaulah....'
hanya akan membuka ruang pada syaitan untuk terus memancing kita.
kalau dulu aku macam ni macam ni mesti sekarang tak jadi camtu
kalau dulu bla bla bla mesti sekrang aku lebih baik dari dulu...
the past is past,
yang penting ambil iktibar dari yg lalu.
Jika ujian yang kita kena tu tak mampu utk kita jalani, ingtlah bahwa Allah tidak akan menurunkan ujian itu pada hamba-hamba-Nya jika dia tidak tertanggung~
and there must be any reason behind the test (yang kita sangkakan ujian or musibah itu)
sedangkan Allah Maha mengetahui apa yang terbaek buat hamba-hambaNya. we don't~
redhai lah walau apa yang terjadi pada diri kita~ kerana apa yang hilang kini, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik~ =)
chill.
Allah makbulkan permintaan hambaNya dengan banyak cara:
1) dimakbulkn sertamerta
2) digantikan dengan lebih baik
3) dilambatkan kerana utk menguji.
maka, bila kita tidak mndapat sst yg kita inginkan, bersangka baiklah pada-Nya kerana Allah akan memberikan sst yg baik buat kita~
selamat hari raya kakak ajwin ajeera~
=D nice name u have~ =D
dan ianya terletak kepada kita,
bagaimana kita mengemudi kapal tersebut..
:)
Selamat hari raya aidil adha Ajwin & Family...
nice~
kadang2 dalam pelayaran kita jumpe sesuatu yg tak terduga..
buaya di laut misalnya kan..
semua kuasa Tuhan..
metafora hari ni (:
wow..
meaningful..
hebat jugak cik ajwin ajeera mengatur ayat
Post a Comment