Maaflah dah lama tak update cececehh macam ramai sangat orang baca je kan. Wakaka. Agak busy ya dua tiga hari ni. Hari ni pukul 8 pagi tadi ada test Research Methodology. Ya Allah.. Tu lagi satu cerita. Strghesss betul test tadi. Boleh tak test tu memangla diadakan masa mass lecture. Dua jam. Test yang sepatutnya dua jam my lecturer suruh jawab sejam je. Rasanya kurang dari sejam kot. Lepas tu you all faham faham jelah ye tulisan essay saya yang soalan belakang-belakang macam mana.. Tulisan berbunga-bunga engko! Haaa kalah Monotype Corsiva ke apa ke wakaka. Dah cuak punya pasal tangan gigil-gigil. Haish. Thanks ye Doc. Kami tak marah pewn~
So nak sambung la cerita masa ke Langkawi itu hari. Ha! By the way kita orang semua taknak fikir pasal test dah tak sempat jawab ke apa ke sebab........ hari Jumaat ni my class pergi trip!! Yahoo~ tak sabo ye. Rasa macam lepas ni nak packing barang dah hewhew. Kita pergi trip ke mana?? Ohh itu rahsia. Kehkehkeh. Hari Jumaat baru saya bagitahu okay ;))
Ok sambung sambung..-.- Masa ke Langkawi hari tu, kami sempat jalan-jalan kat Makam Mahsuri. Pertama kali saya menjejakkan kaki disitu.. Makamnya sejuk sangat dekat bendang sawah padi yang hijau tu. Cantik sangat. Sebelum masuk ke Makam Mahsuri tu kita sempatlah berhenti tepi jalan kejap sebab nak ambil gambar kat sawah je. Kahkahkah.
My mommy and I. Tengokla tu jakun tengok sawah. Rasa macam nak lari lari kecil je atas batas tu bestnya bestnya haha.
Captured by me. Cantikkan pemandangan? ;)
Nilah dia pintu masuk utama Makam Mahsuri. Nasib baik orang tak ramai sangat masa tu. So nak beratur beli tiket pun tak lama. Ha yup nak masuk ni kena bayar ye. Tak salah saya sorang RM5 kot. Tak pasti harga untuk kanak-kanak. Berbaloi jugala kot RM5 tu rasanya sebab dalam dia agak besar juga. Untuk maintenance ke apa kan. Kat dalam ni, selain makam, ada muzium Mahsuri, telaga Mahsuri, rumah Mahsuri, rumah hulubalang yang lain, ada persembahan tarian dan lakonan masa zaman Mahsuri, haiwan-haiwan comel and macam macamla. Ekeke.
Nak jugak kan. Wakaka
Ok bersedia semua..Dah masuk dah ni~ Hihi
Itulah dia Makam Mahsuri update khas untuk my readers yang belum berkesempatan ke sana lagi. Hihi. Boleh juga nak masuk dalam kawasan tu sebenarnya. And sebenarnya kubur ni macam panjang tau. Dalam gambar tak nampak sangat. Lepas tu agak macam orang dulu-dulu besar dan tinggi agaknya kan.
Dekat tepi batu tu ada tertulis,
Mahsuri binti Pandak Mayah
Mahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 Hijrah bersamaan 1819 Masihi akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman, beliau bersumpah,
'Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan...'
Agak scary kan. Bila dah ke Makam Mahsuri ni barulah saya tahu tentang sejarah Mahsuri. Sejujurnyalah. Sebelum ni tahu tapi macam tahu tahu macam tu je kan. Siapa yang fitnah, siapa yang hukum tu semua tak tahu. Wuwuwu. Tapi sekarang ni dah tahu la serba sedikit mengenai sejarah Mahsuri.
Mahsuri dilahirkan di Pulau Langkawi. Ibubapa Mahsuri datang merantau ke Langkawi dari Siam untuk tingkatkan quality of life la masa tu. Dorang orang susah sangat tapi selepas kelahiran Mahsuri, kehidupan dorang bertambah baik. Rezeki mencurah-curah macam tu lah. Cerita ni based on saya baca sendiri masa kat muzium Mahsuri. Nama timangan Mahsuri dulu ialah Siti. Jengjeng. Masa Mahsuri kecik lagi, macam dah tunjuk kebaikan yang budak lain takde. Sampailah bila dah besar dah anak dara gitu, Mahsuri terkenal di seluruh Langkawi dengan kecantikan, kelembutan, kesopanan macam tu la~
Semua lelaki masa tu teringin nak sunting Mahsuri sebagai isteri. Tapi Mahsuri akhirnya dikahwinkan dengan Wan Derus. Wan Derus ialah adik kepada sultan Langkawi ketika tu, Sultan Pekerma Jaya. Dipendekkan cerita, lepas berkahwin tu, Wan Derus kena pergi belayar tinggalkan Mahsuri untuk sementara. And Mahsuri pula tengah pregnant masa tu. Masa Wan Derus takde, ada sorang pedagang datang ke Langkawi yang bernama Deraman. Masa ni, isteri kepada Sultan, Wan Mahora, memang benci sangatlah dengan Mahsuri sebab semua rakyat Langkawi sukakan Mahsuri, Mahsuri cantik dan baik so dia jealous sangat. Dahlah dia isteri Sultan kan. So dia rasa macam tak aci kenapa orang semua suka Mahsuri. Isk isk isk.
Lepas tu satu hari tu, Wan Mahora ternampak Mahsuri bercakap berduaan dengan Deraman. And terus Wan Mahora ni bagitahu kat suami dia, Sultan yang Mahsuri dengan Deraman ada hubungan sulit. Lepas tu pulak Mahsuri baru lepas bersalin. Wan Mahora menuduh Mahsuri lahirkan anak haram lah.
Tanpa usul periksa, Sultan terus tangkap Mahsuri dan ikat kat satu pokok besar yang tua. Terus nak jatuhkan hukuman mati. Kesian kan Mahsuri ;'( Suami dia Wan Derus belum balik lagi dari belayar masa tu. Mahsuri telah ditikam dengan tombak masa tu. Tapi tombak tu tak dapat tembusi badan Mahsuri. Dahsyat kan.. Sesetengah penduduk kampung and parents Mahsuri bermohon supaya Mahsuri dilepaskan tapi dorang tak heran pun. Parents Mahsuri siap kumpul harta untuk ditebus tapi tak dapat tebus jugak.. ;'(
Lepas beberapa minggu Mahsuri diikat, bayangkan kat pokok tua habis badan Mahsuri digigit pelbagai serangga masa tu. Tapi sebarang senjata pun tak dapat tembusi beliau. Mahsuri just bersumpah yang Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan dan tidak menghalalkan darahnya untuk jatuh ke bumi. Akhirnya Mahsuri berjaya ditikam oleh Sultan menggunakan keris peninggalan datuk moyang Mahsuri sendiri. Tapi darah Mahsuri yang mengalir berwarna putih jatuh kat bumi.. Takde darah merah. Mungkin sebab dah haramkan darahnya jatuh dibumi. Waktu tu satu Langkawi terkejut yela gila tak terkejut darah putih yang keluar. Lepas je Mahsuri dah berlumuran darah putih tu, sekumpulan gagak datang hinggap di badan Mahsuri untuk jaga dari terkena cahaya matahari. :'( Mahsuri dikebumikan oleh ibubapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang digunakan untuk menebus Mahsuri. Tapi Mahsuri tetap dibunuh juga kan. Keluarga Mahsuri pun kembali ke Phuket, Thailand.
And lepas tu kematian Mahsuri tu memang membawa kesan buruk yang sangat dahsyat kat Langkawi. Siam datang serang Langkawi. Sultan dibunuh kejam and Wan Mahora dirogol dan dibunuh oleh tentera Siam. Penduduk terpaksa bakar sawah padi sebab takut dirampas. Sebab tu wujudnya Beras Terbakar, dorang dapat simpan baki-baki beras yang dibakar masa zaman tu. Langkawi terus jadi padang jarak padang terkukur. Wuwuwu.
Masa pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tunku telah ke Langkawi dan mencari sendiri tempat pengkebumian Mahsuri. Akhirnya Tunku sendiri yang terjumpa sebuah kubur yang tersembunyi dan terus bangunkan menjadi Makam Mahsuri. Kemudian Tun Dr Mahathir yang majukan Langkawi dengan mencadangkan pertunjukkan Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) untuk menambahkan ekonomi di sana. Dr M yang wujudkan ye! ;)
Langkawi hidup semula lepas lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aisyah. Wan Aisyah pun memang menetap di Phuket.
Inilah Wan Aisyah, generasi ketujuh Mahsuri. Cantik kan?
Okayla dah membebel panjang kan. Let pictures do talking ;)
Dato Pekerma Jaya ialah Sultan Langkawi..
Hadapan kediaman Sultan Dato Pekerma Jaya dan Wan Mahora. Besar sangat rumah ni dalam tiga tingkat kot. Memang ala-ala istana la.
Kediaman Pandak Mayah, ayah kepada Mahsuri. Makanya inilah rumah Mahsuri. Kecil dan comel je..
In the house~
That's all for today. Esok sambung entry LIMA :))
Nites readers! Xx
17 comments:
WOOT3.awin! XD
ingatkan jelmaan Mahsuri dah gadis pakai dress merah tu.haha.
btw,lama gila tak jejak langkawi.lupa habis tempat2 tu semua.and thanks share abt Mahsuri tu. :P
eh janganla. tu generasi ke se2012 mahsuri tu wakaka
samala. awin pun baru la jejak aritu setelah sekian lama.. hehe welcome! ;p semangat kan cerita.
waaa no-obnye lynn. tak penah lagi tahu sedetail ni history mahsuri nih! ehhh cantik laaaaaa ajwin niii ;D
p/s: singgah http://lolascarflet.blogspot.com for tudung bawal cantik dan murah2 ;D
hehe kite tau pun sbb gi sini.
kalau tak pergi ni tak tau jugak haha.
bese2 je hehehe
dh tgk!! cantiklah tudung dual tone tu!!!!!!!!!
Tahun 2009 kot pegi Langkawi.. singgah gak kat tempat ni...
ari tu budak2 opis ajak gak gi langkawi.. dah malas ..
nape malas..peliknye..0.0
bestla langkawi!
awin pun belajar RM ke? td baru paper RM.hehe
last pergi makam mahsuri tu form 3 tp rasanya stil sama mcm dulu2 gak :)
aah haha
ok tak? kitorg not ok la wuuu
oyeke? haha yela kot.
tp sblah tu ada bangunan tgh in construction. dia bgnkan lg la tmpat ni..
bila tengok pic ni teringat lak masa zaman keja kat langkawi dulu...byk kenangan kat langkawi..I love Langkawi..hehe
ooo penah keje sini..
kite pun masa pergi aritu terus terfikir best jugak kalau keje sini
keje bank kat sini ke apa ke.
hihi
details sungguh cite pasal mahsuri ni..tp yang penting awekss dress merah tu kemain posing, prasan jadi mahsuri eh..hehhe
hahaha tak tau nk pendekkan mcm mana sbb rasa nk cite sume ;p
beselewww~ ada mcm mahsuri tak?? adakan kan kan? haha
bestnya dai dah ziarah makah mahsuri. tapi awin tau tak makam yg awin ziarah tu cuma replika? makam sebenar ada tak jauh dari makam replika tu tapi agak tersorok.
satu lagi fakta yg jarang orang tau, wan aisyah bukanlah keturunan ke-7 mahsuri yg sebenar. kewujudan wan aisyah diada-adakan utk pihak tertentu. sejarah ni dalam proses diperbetulkan sampai tahap nak masuk mahkamah. dan satu lagi, tun dr. mahathir sama keturunan dengan wan derus :)
betul ke tu abg adi?
yes i just found it on google wooohooo o.o
abg pun baru tau je sebenarnya hehe. tapi awinlah yg best dapat ke sana. abg jejak kaki kat langkawi pun tak kesampaian lagi setakat ni...
hehe awin pun baru tau sbb abg adi la bgtau haha.
iskkkkk rugi abg adiii
gi la nnti bercuti dgn wife n baby.
serious berbaloi lebih2 lg abg adi dh berfamily kan.
pinggan mangkuk sana murah2, chocs lagi. hee gi tauuuu~
cerita ni bagus for my research for contextual ,
Post a Comment