Thursday, March 15, 2012

Moist Choc Cupcake with Ganache

Assalammualaikum all..

Wah hari ni just nak update gambar Moist Chocolate Cupcake with Ganache Frosting ordered by Syaiful Rusli last week. Last week saya free and ada kat rumah so saya pun menyahut la cabaran yang diberikan Syaiful ini. Cewahhh. Sebabnya beliau ordered sebanyak 64 cupcakes. Banyak tuu. Dua kali adunan jugalah. Hari yang sama juga, ada orang order Kek Pisang. Maka sangat busy hari tersebut. Orang yang amik Kek Pisang nak tengahari so pagi-pagi tu bancuh Kek Pisang. Lepas tu ingat En Syaiful nak amik kek malam tu sekali siang tu jugak daa. Sebab dia tiba-tiba rushing nak balik kampung. Tapi takpe cupcakes sempat siap dalam masa yang diberikan cewahh. Maaf jika terlambat. Di sebabkan En Syaiful dah menunggu seketika, saya bekalkan 'free gift' kepada beliau beberapa ketul Red Velvet Cupcakes. :)))

Btw, beliau order ni untuk kenduri khatan anak saudara di kampung. Jom tengok Moist Chocolate Cupcake with Ganache yang diorder ni~ Gambar di sent oleh pembeli. Thank you :)

Kalau nak request frosting selain ganache pun boleh. Boleh request, buttercream, fresh cream, fondant, and edible image. Contoh gambar ada di previous entry, bulan March tahun 2011. Huhuhu.

Plastic packaging sebab order secara pukal..

Flash sikit.. Hahaha. Thanks for order and support! :)

Nak tahu reaksi pembeli ini selepas beli??


Hehehe. Berminat untuk order? Email me at
ajwin_ajeera@yahoo.com.my

:)


Wednesday, March 14, 2012

Rainbow Cake

Assalammualaikum all..


Cewah semalam update hari ni update lagi. Saje je boring boring kat sini kan. Hilangkan stress exam, kita update blog la ye tak? So hari ni saya nak share resepi Rainbow Cake. Nak tahu sedap ke tak tu kene la try kan. And saya juga menjual Rainbow Cake ni. Kalau malas nak buat sendiri, boleh order kat saya. :)) Lepas exam ni nak fikir logo for my bakery (amboi) . Ada juga orang yang dah order kek ni. Rainbow Cake sangat sedap.. Saya lagi suka Rainbow Cake instead of Red Velvet sebab Red Velvet, tekstur dia agak kasar sikit. Rainbow Cake ni moist, sedap and colorful. Sejuk hati sikit nak makan kan! Wakaka. Warna sangat memainkan peranan ye -.-. 


Bahan-bahan :


1. 3 cwn tepung gandum
2. 4 sdk baking powder
3. 1/2 sdk garam
4. 1 cwn butter (suhu bilik)
5. 2 cwn gula castor (kalau boleh, kurangkan gula)
6. 5 biji putih telor (suhu bilik)
7. 2 sdk esen vanila
8. 1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
9. Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Disebabkan buat kek ni tak prepare sangat hari tu, then tak perasan yang warna tak cukup. Pergi kat mini market depan rumah pun takde pewarna oren dan ungu. Nak buat warna lain konon nak tambah hijau dan biru tapi terlebih hijau, terpaksa ada dua hijau kat situ wakaka. Nak tambah pewarna biru lagi tak boleh, nanti kek rasa kelat pulak kan. So terpaksa redha jela haha. Kek ni pun bake untuk birthday Nurul hari tu. Tu pun nak buat surprise sebab Nurul baru balik dari Indonesia dan keesokkannya ialah birthday beliau. Dalam satu hari tu, dengan nak pick up Nurul kat TBS, dengan nak buat 2 Rainbow Cake (satu untuk birthday, satu ada orang order) sangat terkejar-kejar ye. Lastly Nurul sampai rumah pun kek belum siap lagi wakaka. Terpaksa tipu sunat cakap dua-dua kek orang order ekeke.

Cara - cara :

1.  Sediakan loyang 8 inc. Alas dasar loyang dengan baking paper. Kalau sapu pakai butter je kadang-kadang dia still melekat juga so better pakai baking paper terus ye. Kat baking paper tu baru sapukan butter

2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam.

3. Mix butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .

4. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.

5. Masukkan esen vanila.

6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Step ni tak perlu mix dengan mixer lagi. Just gaul adunan dengan spatula kayu je ok. Kalau spatula plastik pun boleh kot tapi bak kata Mama saya, spatula kayu memang tips untuk mendapatkan kek yang baik cewahhh. 


7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan. Pastikan semua adunan sama banyak atau nak lebih tepat lagi boleh timbang ye.

8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata then masukkan dalam loyang

Proses mewarnakan adunan selesai. Kalau banyak warna berlainan lagi cantik kan. 

9. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

10. Bila dah masak tu, sejukkan atas redai. Jangan sejukkan kek dalam loyang, atas surat khabar atau mana-mana tempat yang suka hati anda nak sejukkan k. Sebab lapisan lapisan kek ni nipis dan kek ni juga mudah melekat. Dah la lembut kan, jadi kene sejukkan atas redai ye.


Untuk Fresh Cream Frosting,


Bahan - bahan :


1. 2 cawan Non Dairy Whip Topping (sejuk)
2. 1/2 cawan gula icing
3. 1 sudu kecil esen vanila

Cara - cara :

Pukul whip topping dulu sampai kembang gitu then baru masukkan gula icing dan esen vanila.

Then hias mengikut kreativiti anda. Bagi saya bahan-bahan nak buat Rainbow Cake ni murah dan senang je. Apa yang membuatkan harga Rainbow Cake ni mahal ialah nak buatnya sangatlah leceh ok. Lagi - lagi saya yang ada dulang satu je ni. Memang berzaman kan nak tunggu. Kek tu ada banyak lapis nak tunggu satu-satu masak memang ............ Plan nak beli loyang baru nanti tapi pun tak berkesempatan lagi. Tak sabar nak tunggu cuti!! 

Okay. Saya tahu buruk. Haha. Tapi hakikatnya inilah Rainbow Cake khas untuk birthday Nurul. Nurul = Yeyye. Buat hiasan sepantas yang boleh masa ni sebab nak lari balik Segamat terus. Btw walaupun birthday bulan lepas, nak wish juga kat sini, Happy 27th Birthday Nurul~ Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kahwin! Hihihi. I love you so much!!

Alhamdulillah semua orang suka! :) Kek ni pun tak sempat nak sejukkan dalam fridge before potong kan sebab dah buat last minute terkejar-kejar gitu. Kalau sejukkan, fresh cream keras bila potong kek jadi lebih kemas.

Okay. Dah craving for Rainbow Cake dah ha. Mana nak cari kat Segamat ni?? Haha.

Contact me if you want to order! :)

Tuesday, March 13, 2012

Entrepreneurship Presentation

Assalammualaikum all..

Wahhhhh memang lama sangat update lepas my last entry kan. Haha. Genap sebulan okay. Last entry 13 Februari, latest entry hari ni 13 Mac. Okayy finee. Yes like I told you before.. February will be much much much much much hectic month for me. Hectic and full of STRESS okay. Just happy sebab ianya dah lepas and taknak jumpa bulan Februari 2012 tu lagi.. Dalam satu bulan tu, banyak sangat assignment nak kene submit, presentations, tests and quizzes. Dahla ada satu assignment tu yang suppose kena buat by group of 4 or 5 pax tapi SAYA BUAT SORANG OK... Yes.... Dengan nak fikir issue, nak cari population, nak buat questionnaire, nak edar questionnaire, nak kira questionnaire, nak kumpul data dan sebagainya. Sangat mentensionkan saya. ;( Luckily saya ada Nurul yang sentiasa bersama saya cewahhhhh dan juga family yang menyokong.. ;') I love you all. Kepada maklong paklong yang berada di kampung, eh eh tak payah nak bagi ucapan sangat. And saya sangat happy assignment yang saya buat sorang tu boleh dapat 8 markah sama dengan other group yang buat ramai ramai. Omg. Buat sorang je kotttt. Sampai tak tidur semua. Hahaha! Alhamdulillah thank you Allah. ;') 

Okay tak nak cakap pasal kemelut kemelut itu lagi. Saya memang agak busy sebelum ni sebab banyak sangat perkara sebenarnya. Bukan pasal hal sekolah je, tapi dalam preparation untuk wedding cousin saya, dia pulak buat 2 kali reception. Satu kat Segamat, and satu lagi kat KL. Memang busy lah kan. Then saya busy buat kek juga. Alhamdulillah ada menerima beberapa tempahan yang saya banyak kali nak masukkan dalam blog ni tapi tak masuk masuk juga ye. Akan di update dilain entry. InsyaAllah. :) Dalam kesibukan ni pun, saya sempat lari ke Popular (jangan nak bayangkan saya lari sangatlah kan) untuk membeli beberapa buku resepi menggunakan voucher! Wakaka. Voucher saya dah habis RM100 dengan membeli buku resepi sahaja ye. Lagi RM100 tengah fikir nak beli apa sebab kat Popular tu tak banyak choice. Nak tahu buku apa? Tungguuuuuuu ;)

Okay. Asal membebel panjang yang tidak ada kene mengena dengan tajuk? -.- Entrepreneurship Presentation merupakan presentation terakhir saya di sini. Hihihi. Dan we all begitu semangat sampai order banner, business card, name tag, buat model rumah (sebab kita pilih servis which is homestay services) and siap tempah baju you alllll. 

Kain ela ni beli kat Nagoya je. Tak ingat harga berapa tapi berpatutan lah and bila dah pakai pun kainnya lembut je. Takpela invest sikit kan. Baju kurung ni pun lepas ni boleh pakai pergi ke mana-mana ;)) And lagi satuuuuuuuu. Saya sebenarnya sangat tak biasa pakai tudung awning ni wakaka. Tapi masa presentation hari tu group members semua nak standardized kene pakai tudung awning. Makaaaaa saya dengan berat hati terpaksa pakai juga sobsobsob. Rasa muka gemuk sangat haha. Ke memang gemuk. Ok fine.

Tudung tu kita beli selendang biasa je kat bandar Segamat dengan harga RM10 je. Then tambah pulak dengan inner awning hitam tu. Inner awning tu saya cari kat bandar takde kalau ada pun mahal. Setakat awning je kan. Then nasib baik jumpa kat Segamat Bus Stand hahaha. Murah je dengan harga 
RM 8.

The girls. 

My groupmates! From left, Jiha, me, Shahrul, Aru, Eryn and Shila.
Congratulations guys!!