Wednesday, September 12, 2018

Safi Dermasafe Review

Assalammualaikum and hi everyone!


So these past few weeks saya telah mencuba produk rangkaian Safi Malaysia yang terbaru which is Safi Dermasafe. What can I say is.. I am so amaze with the results! Honestly, untuk cuba produk ni memang saya tak rasa risau langsung sebab Safi Dermasafe ini memang dicipta TANPA paraben, TANPA pewangi, TANPA pewarna, TANPA minyak mineral, TANPA alkohol dan TIDAK diuji ke atas haiwan! So basically Safi Dermasafe untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan saya bukan kulit sensitif, jadi memang takde risau dan memang teruja nak cuba. Selepas menggunakan Safi Dermasafe beberapa lama ni, I really love the results, memang membuatkan kulit lebih bersih dan kurang lesu. I really love the fact yang memang produk ni tiada pewangi tapi berbau yang menyenangkan. Bau yang buat kita tak risau terlalu banyak pewangi dalam produk penjagaan kulit muka kita.

Very good job, Safi Malaysia. Thank you so much for creating Safi Dermasafe!! Mungkin memang kulit wajah saya memang sesuai dengan kandungan Safi Dermasafe tapi seriously guys, you really should try Safi Dermasafe. Percayalah korang cuba 3 hari pun dah nampak kesannya. Saya menggunakan kesemua rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe jadi memang terasa lebih keberkesanannya. Apa yang saya suka juga, rutinnya sangat mudah. Hanya 3 steps saja sehari. Pembersih muka, semburan booster dan pelembap! Tiada cotton pad diperlukan ya dengan Safi Dermasafe! Mudah kan? Dah cuci muka, keringkan muka dan spray je semburan booster pastu apply day or night moisturizer. Alhamdulillah I glad I tried Safi Dermasafe and rasa bangga sangat Safi Malaysia dapat keluarkan produk penjagaan wajah yang setanding dengan jenama antarabangsa! 

Ok jom saya ceritakan rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe!


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
RM 28.90 (150 ml)


Safi Dermasafe mempunyai 2 jenis pembersih muka iaitu mousse dan gel. Saya memang personally suka yang mousse ni! Mousse ni saya pakai waktu pagi memang bangun terus tekan je dan boleh terus cuci muka. Pembersih muka Mousse ini lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam sahaja! Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. Formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. 


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
RM 19.90 (100 g)


Ini pula pembersih muka yang gel saya pakai pada waktu malam sebelum tidur. Hanya picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Sama juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile yang membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesaan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.


SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
RM 39.90 (100 ml)


I reallyyyyyy love this one!! Sebab booster mist ini bukan sahaja sebagai pengganti toner, tapi boleh juga dijadikan sebagai setting spray selepas makeup! Kalau dah tengahari rasa lesu dan mengantuk pun saya spray booster mist ni je terus rasa segarrrr. Memang banyak kebaikan dalam 1 produk sambil mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama!


SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
RM 35.90 (50 g)


Day moisturizer ini tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam! I used this moisturizer before applying make up too and nak blend foundation pun senang dan lebih mudah sebab kulit memang soft sangat lepas guna penjagaan muka Safi Dermasafe ni. Basically day moisturizer ini akan menghidrat kulit wajah kita sepanjang hari yang akan kita mulakan! Kulit akan kekal hidrate gitu.


SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
RM 48.90 (50 g)


Setelah seharian yang sibuk, penat, muka pun dah kena macam macam debu dan kotoran, ha kita pakai night moisturizer ini pula selepas cuci muka dan semburan booster. Night moisturizer ini akan merawat kembali kulit kita selepas seharian kulit kita terdedah kepada kotoran, cahaya matahari dan sebagainya ketika kita sedang tidur. Esok pagi bangun kulit akan rasa lembut sangat! 

Jadi you guys kalau nak cuba produk terbaru Safi ini, Safi Dermasafe, boleh dapatkan secara eksklusif hanya di WATSONS sahaja ya! Siapa lah yang tak suka masuk Watsons kan, kita ni perempuan masuk Watsons confirm keluar dengan barang ditangan haha. Cuba gaiss. Pasti jatuh cinta punya :)


Bila dah cuba nanti jangan lupa kongsikan kisah transformasi kulit sihat dengan memuatnaik foto atau video di media sosial anda berserta hashtag #SafiDermasafe dan #SafiSkinStory !

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin.

24 comments:

si tinggi said...

Ada jual yang satu set x ? Kalau ada jual berapa ye?

Unknown said...

Ada paraben sis..methylparaben dkt moisturizer
Im reading your review sbb i baru guna 2 days tp byk jerawat keluar ๐Ÿ˜ข

Norshazila said...

Saya nk tnya,klu bhn mcm paraben ni m'bhaya kn TP knp Ada dlm produk drugstore dan dijual,ingatkn produk sampah je Ada mknanya sama je la kan.klu cmni mcm mna nk bebas dari bhn2 mcm ni๐Ÿ˜ฃ

syafiqashahrom said...

Hai sis Norshazila . Apa yg sy tau , biasa kalau produk dalam drugstore ada paraben kat bahagian ingredient . Paraben bahagian last² . So kuantiti nya sangat sedikit . Jadi tak merbahaya pada kulit .

Unknown said...

Mana nak cari safi dermasafe ni ya ? sebab kulit saya sangat sensitif . produk safi dermasafe sesuai ke utk kulit sensitif dan alegic ?

Unknown said...

watson

Unknown said...

Akak nk tnye...kalau saya pakai pencuci muka yg dermasafe tp toner yg lama..blh tak?...

mek yunie said...

wow, good one .

Yana93 said...

Paraben selmat klau dlm kuantiti yg rendah. Klau xada paraben pn kesannya agak slow. Sy pn bru cuba yg trial kit dia not bad la cuma do no why still ada mr j kt dahi haha .. tp so far best la guna lagi2 booster mist

Fatin Farhanah said...

Paraben tu untuk preserve. Supaya tahan lama. Methylparaben tu takda apa sgt sbb ingredients last sekali.

Aini Munirah said...

Tak semua paraben berbahaya. Ada fungsi tertentu. Kalau pakai produk yg selamat tp naik jerawat/breakout, maksudnya tk serasi la.. Boleh rujuk vid siti awe berkaitan paraben/sls/alkohol.

Bob Zainal said...

Apela korang... Malas nak baca ke ape erk.... Sorg tnye beli kat mana... Sorg tnye pasal kulit sndri.... Die da ckp hanya ada di WATSON.... N aku harap sgt yg blogger ni doc or bakal doc.... Supaya die boleh jawab soalan kulit korang yg allergy tu.... Ksian weys rakyat Malaysia yg malas membaca ni.... Selamat hari raya guys.... ๐Ÿ˜˜

Shelin said...

Better research betul2 baru nak review. Even kat comp site pun takda mention tanpa paraben. Paraben mmg sikit, tapi klu dah pakai bertahun2 dia akan accumulate dlm badan sbb bukan suma toksin kua dari badan ditambah lg toksin lain.

Unknown said...

Saya dah guna 3 hari trial kit with is dlm dia ada cleanser gel,bosster mist and moisturizer harga rm27.90,kulit saya jenis berminyak so bila guna safi trial kit ni kulit saya dah tak berminyak sangat,so amaze dengan result even baru tiga hari,tapi bekas jerawat still ada,nanti nak try beli moisturizer night punya sebab akak watson tu kata yang tu boleh menghilangkan bekas jerawat sebab dia recover kulit kita๐Ÿ˜

Unknown said...

Tapi sis, dekat cleanser tu ada SLES

Mina said...

hai sis, this product. is it good for man??

Yasmon said...

Apa2 jenis produk muka adalah unisex.. takda perkataan 'men', x bermaksud lelaki xbole dipakai.. anggap lah produk tu sebagai ubat utk merawat kulit..

Unknown said...

Tengok kat shopee,guardian atau watson

Unknown said...

Ade sbb die letak paraben,utk elakkan drpd bacteria jahat ...kalau muka xleh kene paraben tukar la produk lain

Unknown said...

Sesuai SANGAT..even semua jenis kulit boleh pkai

Unknown said...

SLES bukannya bahaya,kalaulah SLES Tu bahaya ,knp die nk letak ?mesti ade sbb tertentu ..dh awak bukan amik SLES Tu letak kat muka ...kadang kadang cleanser yg ade SLES Pon X keringkan muka...sbb ape?sbb FORMULAS I die laaa

Unknown said...

Hahahahahha

Unknown said...

safe untuk fungal acne?

Jim said...

Muka saya breakout teruk sebab sensitive, kerja tngah site pastu pakai mask di tengah panas, takkan nak tukar sejam sekali kan mask tu sebab duduk 5 minit pun dh peluh, so start dri tu muka breakout teruk, sekarang saya try product ni dh 3 trial set skrang upgrade sikit trial set+ cleanser yg foam tu +night cream dia sbb ada niacinamide + tretinon cream + spf50 wardah , alhamdulillah baru 5 hari sbelum ni rasa muka nacam tar๐Ÿ˜‚ skrang even ada belas jerwwat rasa sekata walaupun x sempurna, lembut ja, rilek baru 5 hari kan, doakan saya ye kawan kawan, saya penat dah kena hina sebab kerja company sendiri sambil blajar, saya umur 19 , lelaki yee๐Ÿ˜‚ so yg lelaki yg nak try, silakan, jngan sabun muka guna shampoo kepala pulak