Tuesday, March 20, 2012

Ayam Panggang Madu & Mashed Potato

Assalammualaikum all..

Hihi. Sebenarnya saya balik rumah hari Ahad hari tu lepas paper Research Methodology. Agak stress and boleh tahan susah juga. Kadang-kadang kami pun tak faham kenapa kami perlu belajar subjek tu??? Urghh.. Tapi takpe. Dah lepas kan. Tawakal jela sekarang wakaka. Harap my lecturer, Dr. Azman murah hati bagi markah lebih. Hopefully!! 

So bila dah balik ni kan, mulalah nak makan macam-macam dan sebagainya. So makanya semalam hari Isnin, saya dan abang terus ke Jusco untuk beli bahan-bahan. Saya plan nak makan Ayam Panggang bersos Madu dengan Mashed Potato. Ayam panggang selalu juga buat tapi mashed potato ni adalah pertama kali ye saya buat. Haha. Berdebar juga. But then alhamdulillah menjadi. Adik asyik cakap sedap sedap. Mama dengan abang komen terlebih lada sulah haha but still dorang makan banyak je! Wakaka. Yang pasti saya pun suka and rasa puas makan mashed potato instead of beli kat Kfc sikit-sikit tu kan. Ni saya buat terus 10 biji kentang ha! Ambik ngko makanlah puas-puas. -.-

Amacam? Ok tak? Memang sedappppppppp gila~~~~~ Dah buat dua-dua baru perasan takde sayur tapi takpelah kan sehari tak makan sayur wakaka. 

So saje nak share resepi Ayam Panggang Madu and Mashed Potato ni. Hope ada yang cuba ;)


Ayam Panggang Madu


Bahan - bahan :


1. Saya guna 5 ketul ayam whole leg dan 10 ketul peha ayam
2. 4 sudu kicap pekat (saya lebihkan)
3. 3 sudu madu (saya lebihkan)
4. Lada sulah
5. Serbuk lada hitam

Cara - cara :

1. Letak ayam dalam satu bekas besar. Pastikan ayam dah dipotong dan dibasuh bersih.
2. Then lumur ayam dengan kicap pekat dan madu. 
3. Then letak lada sulah and serbuk lada hitam. Segala sos dan perisa letak ikut citarasa masing-masing k. 
4. Bakar dalam oven dengan suhu 190C dalam masa 45 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.

Mashed Potato

Bahan-bahan :


1. Kentang 10 biji (kalau nak kurangkan pun boleh, ikut citarasa masing-masing)
2. 1 1/2 cawan susu
3. Lada sulah 
4. Serbuk lada hitam

Cara-cara :

1. Kupas kentang, basuh, potong dua.
2. Rebus kentang dalam masa 20 min. Pastikan air menutupi semua kentang.
3. Bila dah agak-agak empuk tu, boleh cucuk dengan garfu untuk investigate. Toskan kentang and boleh    
    start hancurkan kentang dah.
4. Masa hancurkan tu selang seli kan dengan susu.
5. Then tambah lada sulah and serbuk lada hitam. Jangan banyak sangat k.
Proses melecek kentang. Potato masher tu saya beli kat Langkawi akhir tahun lepas. Bukan sudip yang saya bengkokkan k. Wakaka

Gravy 

Bahan-bahan :

1. 4 sudu tepung jagung
2. 4 sudu butter
3. 1 labu bawang besar
4. 2 ulas bawang kecil
5. 4 cawan air 
6. Sedikit kicap pekat
7. Lada sulah
8. Serbuk lada hitam
9. 2 kiub pati ayam

Cara-cara :

1. Blend bawang besar dan bawang kecil bersama. Then tumis dengan butter.
2. Masukkan tepung jagung. Kalau bawang nampak banyak, boleh tambah tepung jagung.
3. Bila nampak dah nak kering tu, masukkan air. Kacau-kacau.
4. Masukkan kicap pekat dan kacau-kacau. And masuk kiub ayam.
5. Kalau sos nampak pekat tambahkan air. Last masukkan lada sulah dan 
    serbuk lada hitam ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh jangan banyak 
    sangatlah k.


Gravy atau sos mashed potato ni saya blend sekejap utk mendapatkan tekstur yang halus dan sedap je dimakan kan. Sebab kuah ni akan berketul-ketul sikit sebab dari tepung jagung tu. So kalau blend lagi best kan.

Ayam masak dalam loyang biskut je ha sempoi sempoi je. Janji sodappp kehkehkeh.

Ayam Panggang Madu~

Semua dah siap dihidang~ Puas kan dapat makan mashed potato masak sendiri kat rumah! Haha.



Thanks for reading! :)


Monday, March 19, 2012

Japanese-Themed Wedding Dinner

Assalammualaikum all.

Sebenarnya saya tengah tunggu gambar dari photographer tapi memandangkan lambat sangat photographer tu upload gambar, maka saya upload la dulu yang menggunakan camera cabuk saya ni hokey. Sebab photographer tu sekarang ada job kat Terengganu ke macam tu la. Biasala kan busy. Sebelum tengok yang cantik, kita tengok yang biasa je la dulu k wakakaka. So as usual, lets picture do the talking!! ;D

Btw, masa wedding kat sinilah saya arrange candy buffet tapi tak sempat ambil gambarrrrr. So mari berdoa dan berharap bersama-sama agar photographer ada ambil gambar candu buffet yang saya dah usahakan tu ok? Ekeke. 

Gambar atas ni dicuri dari blog my lovely sis wakaka. Boleh klik SINI untuk baca my sister's blog update about wedding ni! Yang comel atas tu ialah doorgift.  Kat penutup tertulis, ありがとう yang bermaksud Arigatou. Dalam dia ada super cute  candies!! Sedap pula tu!! Memang saya ambil banyak buat stock dalam handbag lah kan wakakaka. 

Tengok mulut gegirl penuh dengan candies siap muka serius makan tu sebab dia nak gigit je gula-gula tu. Tak puas hati kalau gula-gula tu tak pecah. -.-

Gegirl dah jadi the hulk dan berada ditahap kritikal dalam menghapuskan gula-gula comel..



My beloved parents.

Gegirl was actually holding my both hands ajak joget-joget sebab ada pasang lagu kan masa ni. Grrrrrrr geram and rinduuuuuuuu!!!

Love them both!

Dari dulu sampai sekarang mesti nak posing macam ni kenapa???!! Wakaka

Dengan mak-mak dan kakak pengantin~

Bersama pekerja Mr Teppanyaki. Wakaka

Acara last ada tarian Bon Odori. So kita ramai-ramai gedik gedik la join menari wakaka. Tengokla gambar saya paling shaking tu nampak sangat belum start apa-apa dah goyang-goyang dah hahaha. Yang lain semua focus tengok steps. Hihi.

Gambar penutup terimalah...


My Papa dengan misai terbaru! Wakakaka. 

Ok bye! ;)


Friday, March 16, 2012

Japanese Wedding Invitation Card

Assalammualaikum..

Today I just want to show you my cousin's wedding invitation card. It iss Japanese-themed wedding and the invitation card must be in Japanese-themed as well! :D The card is just too cute for me. Hihi. I wish that it's my wedding card wakakaka ok tak. Okay lets picture tells the story!

Sabar sabar. Ni bukan kad. Ni baru sampul dia. Ekeke.

Belakang sampul..

Jeng jeng jeng.. Inilah dia wedding invitation card - Japanese themed :) Ala-ala kimono or yukata kan. Sangat comelllllll!! Btw, yang Japanese-themed ni reception kat belah KL. Ni adalah wedding my cousin, Erny. Click HERE to view her engagement photos! Dia buat dua receptions. Which is kat rumah her parents dekat Segamat and satu lagi reception dekat KL. Yang kat Segamat, Moroccan - English themed and dekat KL, Japanese-themed. Kalau nak tengok gambar, kita sama-sama tunggu dari photographer ok? Yang belah pengantin lelaki the other day lepas reception kat KL. Bertempat di Dewan Merak Kayangan dengan tema Melayu Kontemporari. Classss gituuu.

Bahagian dalam kad. 

Formal or Japanese traditional clothes is compulsory? Which one do you think I would pick? Japanese traditional clothes of courseeeeeeee!!! *gedikgedik* 

So, kalau rasa berminat nak kad kahwin macam ni. Boleh order di....


Apa yang saya pakai ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.

Hihi. Teaser je dulu. 

Okay bye! Thanks for reading! :))