Thursday, July 4, 2019

Grand Opening LuLu Hypermarket, 1 Shamelin Mall

Assalammualaikum and hi everyone!

Ada peminat LuLu Hypermarket tak kat sini? Saya ler tuuu. Dari masa kerja dulu pun kalau singgah ke India, memang akan pergi LuLu Hypermarket sebab barang-barang dapurnya yang murah dan pelbagai jenis ada! Bila LuLu Hypermarket dah di buka di Jakel Mall, memang suka sangat sebab akhirnya LuLu Hypermarket dibuka di Malaysia! Tapi nak ke KL tu Allah hai terasa jauhnyalah kan untuk beli barang dapur. 

Ha kini tak lagi tau. Bagi yang tinggal di area Cheras, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Permaisuri, Taman Shamelin, Ampang dan kawasan sekitar, korang boleh ke cawangan ke-2 LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall! Yerr kat sebelah Taman Rekreasi Pudu Ulu itu jer. Sangat dekat dah sekarang. Alhamdulillah, tahniah LuLu Hypermarket atas pembukaan cawangan ke-2 ni! Semoga bertambah-tambah cawangan lagi di masa akan datang. Sebabnya ramai kawan-kawan yang duduk di negeri lain tu makan hati je tengok kita shopping kat LuLu hehe. Jangan risau, sebab LuLu Group sedang dalam perancangan membuka 4 lagi cawangan baru di Malaysia pada tahun depan,2020! Yayyy!



LuLu Hypermarket cawangan ke-2 di Malaysia ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 1 Julai 2019 yang lepas. Cawangan baru ini sekaligus menjadi cawangan LuLu Hypermarket yang ke 174 di seluruh dunia, dan yang ke 2 di Malaysia. Apa yang menarik mengenai pasaraya ini yang tiada di pasaraya lain ialah gabungan jenama dari Timur Tengah. Pasaraya berkeluasan 80,000 kaki persegi ini juga mempunyai pelbagai section tau, antaranya barangan runcit, sayur dan buah buahan, electronik, ikan dan daging, makanan panas dan banyak lagi.

Bersempena dengan pembukaan cawangan baru ni, LuLu Hypermarket menawarkan harga promosi besar besaran selama 4 hari dari 1hb Julai 2019 sehingga 4hb Julai 2019 tau. Turut disediakan, hadiah istimewa buat 1000 pengunjung terawal! Jom kita bawa jalan jalan ke LuLu Hypermarket, 1 Shamelin Mall!


Beras wangi Jasmine 5kg ni cuma RM24.90 tau! Harga biasa ialah RM39.95.


Telur Gred C sepapan cuma RM5.99. Mana nak dapat harga macam ni?! Murah weh. Tengoklah sampai hampir licin menjadi rebutan.


Paling saya suka bahagian ikan segar ni mashaAllah memang segar segar dan cantik je susunannya tu. Nak pergi pasar beli ikan pun happy macam ni. 


Bukan sahaja ikan segar, tapi tengoklahhh kerang ni. Besar kan? Sebesar tapak tangan ni. Nak masak rendang kerang atau sambal kerang pun puaslah niii. MashaAllah. Saya rasa kalau beli kerang ni, siap kena potong bahagi kot sebab besar sangat haha.


Roastery section. Serius macam kat Balad aje gayanya! Balad tu sebuah pekan kat Jeddah. Memang macam nilah susunan dan situasi di kedai kurma disana. Bahagian depan pelbagai jenis kurma, bahagian belakang pelbagai jenis coklat Arab..


Pilihan kekacang! Serius lepas ni takyah kirim kat orang dah weh. Nak kurma, nak kacang, nak coklat arab? Pergi sahaja di LuLu Hypermarket.


Tawaran harga promosi sepanjang 4 hari ni bukan sahaja pada barang makanan ya, tetapi untuk barang elektronik juga! Bagi sesiapa yang baru pindah rumah tu, sesuai sangat untuk belanja di LuLu Hypermarket ni. Peti Sejuk Sharp ni cuma berharga RM799 sahaja!!


Abang ni antara pengunjung yang bertuah sebab sempat grab TV Philips 40'' cuma berharga RM699 sahaja! Murah weh dahlah besar. Sis jealous T_T. Antara barang elektrik murah lain ialah, periuk nasi Pentec RM25, mesin basuh Samsung RM799, blender Panasonic RM60, pengering rambut Panasonic RM29.90 dan lain lain lagi.


Section untuk Cosmetics dan Body Care pun besar tau. Pelbagai jenama ada, dari botol hingga ke refill pack. Selain jenama Aiken ni, pelbagai lagi jenama penjagaan badan yang ada harga promosi. Semuanya murah murah belaka. Boleh beli stock terus sebab yang ni tiada had pembelian!


LuLu Hypermarket juga ada menjual homebaked cookies and cakes! Geramnya tengok chocolate chip cookies ni kan. Penuh dengan chocolate chips, banyak dan harga cuma RM5.20 sahaja. Pilihan pun macam macam jenis, ada oatmeal cookies, butter cookies. Ikut selera masing masing. Kalau sis, rasa macam nak semua sebab semua pun menggiurkan. Huaa.


Kalau lapar masa membeli-belah, jangan risauuu. LuLu Hypermarket ada menyediakan hidangan panas juga! Banyak sangat pilihan, tapi yang atas ni yang menangkap pandangan mata sis. Hyderabad Mutton Briyani dan Chicken Briyani. Sedapnya! Boleh terus makan kat situ sambil shopping sebab kerusi meja makan apa semua memang disediakan. Sangat mudah lagi lagi untuk keluarga yang bawak anak kecil nanti lapar nak makan nak minum, boleh terus duduk dan makan sahaja disitu. Para ibubapa pun boleh berehat juga sambil tu kan. 

Apa lagi, jom ramai ramai ke cawangan baru LuLu Hypermarket, di 1 Shamelin Mall! Nak parking pun senang, dan mesti korang teruja dengan barang barang yang ada disini lebih lebih lagi jika korang memang tak pernah ke LuLu Hypermarket sebelum ni. Selamat membeli belah semua!

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Sunday, May 26, 2019

Barang Dapur Murah di Segi Fresh Market, Balakong

Assalammualaikum and hi everyone!

Kejap je kan kita dah sampai 22 Ramadan dah. Ada berbaki lagi 8 hari je nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni. Semua dah settle ke tuu? Setiap orang ada something nak catch up kan sebelum berakhirnya Ramadan kan? Ada yang sedang struggle cari duit untuk beli kelengkapan raya satu keluarga, ada yang dah siap sepenuhnya hanya tunggu raya je, ada yang sedang cuba menghabiskan bacaan Quran jadi dapat khatam pada bulan Ramadan ni, dan macam macam lagi kan. 

Bagi mak mak pula macam mana? Mesti tengah standby nak beli barang basah, barang dapur untuk memasak di hari lebaran nanti kan? Selalunya memang kena beli cepat sebab nanti cepat je kehabisan stok. Time tu baru nak pergi beli dah semua ayam daging habis. Harga pun zaman sekarang semuanya terasa makin mahal je kan. 


Worry not. Hari tu saya ke Segi Fresh Market, Balakong, Cheras. Ala yang dekat jer dengan The Mines Serdang tu. Pergi ke sana untuk mencari barang dapur untuk juadah buka nanti. Jarang pergi ke sana sebab saya tinggal di Shah Alam. Tapi masa tu balik rumah Papa di Bandar Tun Hussein Onn,so memang dekat la nak ke Segi Fresh Market. Kalau dari kedua dua belah arah pun takpe sebab tempat u turn nya tak jauh. Parking space pun lebar dan mudah. Sekali bila pergi terkejut tengok macam macam jenis barang basah segar ada. Harga pun tersangatlah berpatutan. Terbuntang mata tengok hasil timbang ikan keli 4 ekor cuma berharga RM 3 jer! Haha. 

Kita bukan membongak ya haha. Bak kata orang nismilan lahh. Cuba tengok ni,


Keli bersih dah siap siang dah, takyah risau kalau tak reti nak siang ikan keli tu xD. Cuma RM5.99 per kilogram. Tinggal cuci dengan air asam jawa dan goreng je. Boleh masak sambal ikan keli belado dahhh.


Buat orang Pahang atau peminat ikan patin, ni haa ikan patin sebesar alam pun ada. Size XL. Sampai tak muat gambar. Cuma RM 4.50 per kilogram. Kadang kadang susah juga kan nak cari ikan patin segar ni. Sekarang boleh terjah ke Segi Fresh Market je untuk dapatkan ikan ikan segar dan murahhhh.


Ni harga ikan Siakap. RM8.90 per pieces. YA! Seekor tu cuma RM8.90. Sebagai surirumah sepenuh masa gitu, saya memang dapat compare la harga ni. Setakat ni, ini ikan siakap per pieces yang saya jumpa paling murah. Pasaraya lain jual juga harga per pieces tapi tak dapat harga semurah ni ceqq. Sesiapa yang ada buat business kedai makan, memang berbaloi lah beli ikan Siakap disini. Segar segar semuanya dibawakan dari Segi Fresh Market setiap hari.


Ada banyak lagi jenis ikan ikan segar yang lain. Ada ikan bawal emas, ikan pari, ikan merah, ikan salmon, ikan cencaru, ikan tongkol dan macam macam lagi. Bukan ikan sahaja, ayam segar, burung puyuh, daging segar pun ada, hati, limpa, paru segala isi organ dalaman lembu ada dijual di Segi Fresh Market. Kalau nak buat rendang paru, hati, limpa raya ni sesuai sangat datang ke sini. Sedap tau rendang campur macam tu. Mama selalu masak kalau musim raya ni.


Selain dari pilihan barang basah segar, pilihan daging frozen pun banyak juga tau! Ada daging lamb chop, mutton cube, segala jenis seafood, lala, siput buluh dan macam macam lagi. Nak masak shell out pun senang, semua beli kat satu tempat jer.


Korang selalu sahur masak apa tu? Sis bila time terlambat bangun ke apa, memang goreng ikan bilis je haha. Sedap dah makan dengan nasi panas dan telur goreng. Kat Segi Fresh Market terdapat pelbagai pilihan ikan bilis juga tau. Ikut kesukaan korang nak pilih yang mana. Nak yang ikan bilis halus ke, ikan bilis putih ke, ikan bilis dah siap kopek ke, ikan bilis mata biru ke ha semua adalah di Segi Fresh.


Selain barang basah, hasil dari terpengaruh dengan mak mak yang lain, saya juga mencuba Mackerel/Sardines dan air laici tin jenama Trader's Choice ni. Dua bahan ni dalam bulan puasa memang masuk sangat lah kan. Buat air laici sejuk sejuk untuk buka dan sardin untuk sahur. 

Mackerel Trader's Choice tu satu tin besar tu cuma berharga RM 3.90 jer. Percaya tak percaya tak?? Kalau saiz besar macam tu selalunya dah nak dekat RM8 ya. Memang berbaloi sangat dan sedap pun sedap. Sama jer rasa ikan sardin tu! Memang rasa nak repeat lagi beli lepas ni sebab hari tu beli satu tin jer untuk mencuba. Now dah dapat green light dari husband, pas ni nak ke Segi Fresh Market nak beli lagi dua tin besar buat masak sardin masak lemak bersama belimbing buluh haa. 


Ni bukti pembelian sis yang tak cecah RM170 pun untuk 11 jenis barang dapur basah! Semua ni tahan lebih kurang untuk 2 minggu tau. RM170 tu kalau bahagi 11 cuma RM15 sehari. Mana dapat dah sisturrr belanja dapur RM15 sehari. Macam macam ada tu. Lengkap ayam segar, sotong, udang, ikan banyakkkkkk jenis, kambing 2 kilo. Sebagai pengguna, memang berpuas hati dengan harga dan kualiti yang ditawarkan oleh Segi Fresh Market. Barang dapur semuanya segar dan berpatutan! Good job Segi Fresh Market!

Untuk peniaga kedai makan, bazar ramadhan, or simply just a housewife nak masak untuk keluarga dan tetamu raya nanti, bolehlah datang ke Segi Fresh Market, Balakong ya nanti. InshaAllah berpuas hati! :)

Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera


Monday, May 20, 2019

Dookki Topokki Buffet Restaurant, IOI City Mall

Assalammualaikum and hi everyone!

Hari ni genaplah hari yang ke 15 kita berpuasa. So lagi 15 hari je lagi untuk kita sambut hari raya. Kejap je kan tak terasa pun. Tiba tibadah half way. Baca Quran dah juzuk berapa tu korang? For me masih banyak lagi yang tinggal. Harap sempat khatam sebelum Ramadan berakhir. Aamin ya rabbal alamin.


Sepanjang berpuasa tahun ni, memang jarang sangat kami berbuka di luar. Selalu memang masak sendiri jer and sebab ayah Anaqi pun busy outstation. So memang takde keluar. Tapi kebetulan hari tu Yeyye balik outstation, kitorang pergilah picked up di KLIA and terus ke IOI City Mall untuk berbuka puasa. Sampai je terus cari Dookki Topokki Buffet Restaurant. Senang jer nak jumpa, restoran ni disebelah Ice Skating Rink, Level 1.

Honestly, this is my first tried to Korean cuisine. Haha seriously. Rasa macam noob pulak. Tapi memang first timelah. Restoran ni buffet ya jadi memang boleh try semua jenis makanan. Pelbagai pilihan makanan juga yang ada, memang sampai kitorang tak tahu nak choose mana satu. So, really recommended to beginners la yang nak cuba Korean food. Alhamdulillah sedap juga ya HotPot Topokki ni? The gravy is actually a mixture from a clear soup and sauces. So, it's way different from instant noodles kinda soup la. Sebab this is my first time, so before memang I thought rasa macam instant noodles but it's actually not and way way different. Memang sedap serious. 

Selain HotPot Topokki, ada juga Kimchi Fried Rice, pelbagai jenis ramen, odeng, rice ball, seafood, pelbagai jenis sayuran, Korean fried chicken, kimchi, tteokbokki and macam macam lagi. Tteok bokki pun sedap gila okayyy kenyal kenyal gitu and dorang ada 6 jenis tteok bokki! 


Pelbagai jenis ramen dan pasta.


Korean fried chicken, chicken balls, fries etc. All kids friendly. Tak pedas and rangup! Semua makanan di Dookki adalah free flow buffet ya.


Odeng. Ada macam macam jenis and you all boleh pilih nak from clear soup (left) or red soup (right).


Tteokbokki! Tteokbokki sahaja ada 6 jenis pilihan. Ada plain, cheese, pumpkin, keladi and dua lagi pun plain tapi jenis lain. Seriously sedap. Siap ambil dua kali. Masa tulis ni pun rasa macam lapar tteokbokki haha. Rasa dia memang masuk dengan HotPot Topokki tu.


Beef ball, chicken ham, tauhu, corn, crab meat etc. Jangan risau tentang status halal ya kerana kesemua makanan di sini semuanya halalan toyyiban.



Ni diaaaa haa jenis jenis sos di Dookki Topokki Buffet Restaurant. Korang boleh pilih nak pedas gila or mild je. Semua ikut selera masing masing. 


Anaqi nak suap Mama tapi mata tetappp ke kamera.


Yeay ready to boil dalam HotPot! Yes marinated chicken, lala, mushroom semua ada. 


Heaven on earth! Datang pula dengan cheese ring panas panas ni. Boleh balut ayam or tteokbokki dengan cheese tu. Sedap bak hang!



Sempena Ramadan ini, mereka juga ada menyediakan promo Ramadan Special juga! Promosi seorang dewasa cuma RM 35.80 untuk free flow buffet ni tau! Berbaloi sangat kan.. For me, sangat murah dah tu untuk harga buffet. Kalau korang student lagi pun bolehlah ajak kawan kawan buka sini nanti. 

Buat non muslim, sama juga promosi untuk lunch cuma berharga RM29.80 dan untuk student cuma RM27.80. Promosi valid pada hari Isnin hingga Jumaat pukul 11.30 pagi hingga 4.30 petang sahaja ya.

Bagi korang yang tertanya tanya desserts nya apa pula kan? Desserts dia memang korang pun sukaaa. Favourite semua ni! Tapi belum ada lagi ya sekarang. Dookki Buffet Restaurant akan memperkenalkan menu desserts mereka nanti iaitu Matcha and Chocolate Bingsu!

 

*COMING SOON*
Chocolate Bingsu


*COMING SOON*
Matcha Bingsu


Dookki Malaysia IOI City Mall Putrajaya

Address : L1-12B, IOI City Mall, Putrajaya

Operating hours : 1130am to 10pm

Contact No : 03-86854439

Facebook : https://www.facebook.com/Dookki-Malaysia-IOI-City-Mall-737615759914031/

Instagram : https://www.instagram.com/dookki_malaysia_ioi_city_mall

Website : www.dookkisg.com

Google Map : https://goo.gl/maps/RjniuHZaJtK2

Waze : https://www.waze.com/zh/livemap?h=w282fkxsz @ Dookki Malaysia IOI City Mall

Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera