Wednesday, November 24, 2010

Japan, here I comeeeeeeee!

Assalammualaikum. 25 haribulan 11 2010. Ini merupakan entry terakhir saya di Malaysia sebelum berangkat ke Tokyo sebentar lagi pada pukul 1 tengahari. Ecececeh suka ah tu Awin tu. Akan gerak ke Klia pukul 10 pagi sat gi. Perasaan of course la teruja. Takkan tiba-tiba nak batalkan semua ini kan. Kang jadi drama televisyen pula. Pakaian, berus gigi, kasut-kasut, makanan, beras, milo 3 in 1, kuali semua dah siap packing. Haha suka hati tak bawak kuali? Saya harap okay la. Saya harap kuali bukan salah satu bahan untuk membuat bom dan tak kena rampas bila dah sampai sana. -.- Mana tahu tiba-tiba betul boleh buat bom pastu kena rampas pastu siap masuk berita TV Malaysia, TV Jepun.. Bukan apa. Saya taknaklah popular dengan mudah seperti itu. Saya nak mula daripada bawah. Sikit sikit dulu ah kan. Pergh terbaik kuali (terbaik wok).

Flight transit kat Bangkok so maybe saya akan sampai di Suvarnabhumi International Airport dalam lebih kurang pukul 2 lebih. Gerak ke Tokyo pulak pagi esok tu pukul 8 pagi. Lama gila transit. Kira macam dah boleh buat rumah kat situ, pastu kalau kahwin dengan orang Thailand dah boleh dapat anak sorang. Okay tipu. Suka lebih lebih uh dia ni. Kitorang boleh keluar pergi jalan-jalan kat bandar Bangkok kalau mahu. Tapi kena bayar tax 700 Baht sorang. Convert dengan Ringgit Malaysia dalam RM70 lebih la sorang. Pastu bertolak dari Thailand pukul 8 pagi dan maybe sampai Narita International Airport dalam lebih kurang pukul 4 lebih. Pergh lepas tu baru sampai destinasi sebenar yang ingin dituju selepas melalui perjalanan yang penuh adventure onak ranjau (jika buat rumah dan kahwin dengan orang Thailand dan dapat anak sorang).

Sebenarnya disebalik keterujaan ini, saya rasa sedih juga. Harijadi dua lelaki tersayang bakal tiba. 2 Disember harijadi abang saya, 5 Disember harijadi adik saya. Tapi saya dan Mama tiada disini. Tiada disisi mereka.-.-. Mereka pasti sedih akan menyambut harijadi tanpa kami yang tersayang ni. Pasti syahdu nak tiup lilin nanti sebab lepas tiup lilin selalu dapat ciuman di pipi tapi kali ni tak dapat. Jangan risau saya akan beli hadiah baik punya untuk korang dari sana insyaAllah.

Doakan perjalanan kami selamat ya? :) Dah sampai sana nanti, saya email awak. Hekhek okay take care semua. Jaga diri baik-baik tau.


Monday, November 22, 2010

Diari semalam.

Assalammualaikum. Semalam saya ke The Mines dan membayar semua bil yang ada. -.-. Dan merupakan hari terakhir saya membeli segala keperluan (final shopping :p) sebelum berangkat.

Amboi.. Merah makngah.

Mereka ni tak mampu hidup tanpa saya. Ceh padahal saya yang tak mampu hidup tanpa mereka. :p

Wuuu lama suda tak makan Kfc. Dapnyer dapnyer!

Ada satu luggage tu warna pink oh cantik gilaaaaa. Tapi Mama tak kasi beli sebab dah ada. Saya tak tanya pun tapi saya tahu mesti Mama tak kasi beli. So baik jangan tanya untuk mengelakkan patah hati. Ekeke.

Abang saya baru potong rambut. Heeee suka sangat. Hengsem! (bagi duit bekal lebih sikit haa)

Dengan abang saya. Bila baik ni baik betul. Bilik sebelah pun nak mesej mesej. Bila gaduh ni gaduh betul. Wakakaka.

Apakah yang dibebelkan? Nak cakap, cakap jela. Tangan takyah macam tu.-.-

With Afdhal's mom, Mak Anjang.

Tension mengenangkan diri sendiri.

Kesian kat dia. Bagilah peluang rasa jadi model kejap..

Orang-orang yang bakal dirindui.-.-

YN, get well soon ♥.





Sunday, November 21, 2010

Happy 15th Birthday Afdhal!

Assalammualaikum. Hari ni genap la sudah adik saudara saya, Afif Afdhal berumur 15 tahun. Yeay! xD Ala comel je kan baru hari lahir yang ke-15. Selamat hari lahir adik. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, bahagia dan berjaya dalam apa jua perkara sekalipun. Kak Awin sayang Afdhal!
Afdhal, me, Wazien, Wany.

So demi untuk menyambut ulangtahun kelahiran adik, kitorang beramai-ramai 3 family pergi mandi-manda di Sungai Chongkak! Serius best gila tengahari tadi dahla panas pastu dapat berendam dalam sungai sejukkkkk. Hihi. Pastu ambik kau kaki saya merah merah dan luka luka kecil akibat geseran dengan batu. Air sungai tadi sangat deras. :( Buruk dah kaki. Cemana ni nanti nak kahwen ni kalau kaki buruk. Lalalala.

Birthday boy malu konon kitorang nyanyi lagu birthday ramai-ramai dalam kereta. Haha.

Hah hambik. Urm polis trafik takde baca blog ni kan...

Destinasi yang dituju.

Saudara mara yang seronok ya nampaknya sebab tidak pegang kamera.

Pehhh tak sedapnya. *ambik hati pembaca*

Mama dan isyarat tangan yang menyerupai isyarat tangan Doktor...

Bukan Mama saja.. Malah Papa juga..

Apakah semua ini?! Hampa gila. Nak buat video hampalah cam ni.

Okay kembali kepada sungai.

Gambar pembantu rumah yang pertama kali masuk internet.

Kek aiskrim yang dah cair namun sebab kebuluq masing masing licin juga kek ini ya dalam masa 5 minit dari sekarang cepat jalan.

Alo kucikuci.

Hah orang-orang besar sibuk nak tangkap gambar kat jambatan gantung nak buat profile pic, masa tu jugak orang-orang kecik datang mengembek-ngembek nak masuk jugak.

Nak tahu doktor mana tadi? Kalau nak tahu tu doktor mana, ah lu pikir la sendiri Assalammualaikum. *Nabil Raja Lawak*