Wednesday, May 30, 2012

Happy 54th Birthday, Papa!!

Assalammualaikum..

Semalam, 29 May 2012 genaplah usia Papaku yang ke-54. We olls cadang nak buat surprise lah kononnya. Malam tu around 8pm terus saya ke dapur nak buat kek tapi perah jugaklah otak ni nak pikir kek apa yang paling simple and semua bahan yang ada kat rumah. Maklumlah masa tu nak celebrate pukul 12 tu kan. Takutlah tak sempat. Kene yang simple-simple. Lagipun creamwell,creamlite, buttercream, fresh cream, heavy cream ke apa apa segala jenis krim lah dah habis dah kat rumah ni wakaka. So macam fikir jugak nak buat kek apa ni kannn. Tapi terus terjumpa satu resepi ni yang amat mudah disediakan and I only took about less than 2 hours!! Kira okay lah kannnn..

Sementara Mama tengah call anak-anak semua free tak malam ni nak ajak celebrate. Kaklong free, tapi Kakngah tak dapat ikut sekali kerana kepenatan katanya.. ;( So tepat pukul 11 tu, we olls pun keluarlah sesame, menuju ke HR Steak House Kg Baru je. Sebab dah tengah malam tak tahu nak menuju ke mana. So yang join pada malam tu, Mama, Abang, Adik, Kaklong, Cik Nurul, Nurul dan saya ;)))

Inilah Papa saya!! tapi masa tahun 1980 la.. wakaka

Tahun 2012..;)) ;p Selamat Ulangtahun Papa.. Semoga dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki. Semoga akan terus menjadi suami/papa/atok yang penyayang pada kami semua.. Alhamdulillah.. The best Papa in the world! We love you Papa~~

I made Chocolate Fudge Brownies with hot chocolate sauce and OVER-grilled almond flakes on top. Haha. Tapi takpe. Rupa almond je buruk janji rangup dapnye dapnyee wakaka

Love you all!! 

Thanks for reading!! ;))


Sunday, May 27, 2012

Pink Velvet Cake

Assalammualaikum.


Waa sekarang Mama tengah bercucuk tanam kat luar rumah. Maka bau baja yang sangat wangi pun dah menerjah ke hidung sangatlahhh tak best kan bau dia! Tapi bukan tula yang saya nak cerita wakaka ntah apa apa kan. Actually saya baru balik dari rumah jiran saya, Kak Iza. Semalam buat kek tak perasan baking powder dah habis. Terpaksa pergi pinjam rumah sebelah hihihi. 


Lagi satu tak perasan chocolate strawberry saya dah tamat tempoh. Wakaka. Saya plan nak parut coklat ni pada kek. Sebab krim dah putih kan. Ni akibat malas nak warnakan krimlaaa. Pastu dah pergi rumah Kak Iza, ceritalah sekali coklat dah expired. Then Kak Iza yang baik hati bagi pinjam coklat putih hihi. Maknanya krim kena la warnakan but its ok janji ada coklat! Thank you Kak Iza bagi pinjam. Tu yang tadi saya baru balik dari rumah beliau hantar coklat putih, baking powder dan sepotong kek ;))

Saya parut coklat putih je atas ni.


Maafla decoration sangat simple and comott.. Akan diperbaiki dari semasa ke semasa cewahhhhhh


Sangat moist dan sedap. Kat rumah ni dah tinggal separuh je ha. Padahal baru malam tadi siap. Sebab pagi ni jadi lagi sedap la sebab dah sejukkan dalam peti ais kan. ;)

RM60 / 1.3kg
Boleh request nak Velvet or Rainbow Cake
Dan juga boleh request nak warna biru, hijau, kuning, oren, merah atau apa saja warna ;))

Thanks for reading!


Saturday, May 26, 2012

Viva ze vouge de vass.



Assalammualaikum.

Selamat Sabtu semua orang. So Sabtu uolls, uolls buat apa je? Hari ni saya ke Viva bersama Cik Nurul. Sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana wakaka sekali kat highway Cheras nampak signboard Viva, teruslah menuju ke Viva. Wakaka. 

Maybe some of you tak tahu or tak pernah dengar pun shopping mall named Viva kan?! Viva ni mall baru yang tak baru sangatlah and sebelum ni kat situ nama dia Plaza Uncang Emas. Nama tak komersil langsung kan? Wakaka. Lepas tu bankrupt and maybe ada projek baru yang tubuhkan Viva ni. Nama baru ni lebih vouge la kan. Viva ze vouge de vasss gitteww. 

Bila dah sampai dah jalan-jalan, memang jalan-jalan cuci mata ajelahh sebabnya Viva ni lebih kepada mall aksesori rumah sebenarnya. Memang tak la sekarang ni soping barang rumah kan wakaka. Kitorang dua duk berangan jela nanti nak beli ni, bathroom nak macam ni macam tu wakaka. Macam kat Ikea la. Wakaka. So bila dah rasa macam takde hala tujuan tu, we olls pun decide nak menonton wayang. Yang best nya Viva ni, mall dia tak ramai orang and semua pun ada. Ok sambung wayang, we olls sampai je cinema pastu tak tahu nak tengok cerita apa. Wakaka. Semua dah tengokkk. Then nak taknak we olls tengok ada satu Chinese movie ni. 

Yes. You Believe In Ghost? ini lah movie itu..

Saya suka sangat movie horror or psycho ni so nak tengoklah movie ni but then we olls agak kecewa lahh kerana ni cerita hantu yang bodo-bodo jewww. Ingatkan memang cerita seram serius. Cik Nurul dah menyirap je wakaka. Tapi we olls layankan jela sampai habis. 

Sebelum menonton, we olls sempat isi perut dengan..

Macam biasa, memang order my favouriteeeee, meatball la ekeke.

We olls actually dah makan nasi goreng kat rumah. Then beli Subway ni pun guna coupon yang saya dapat hari tu. Dalam 2 minggu lepas gitu, saya ke Subway and dapat 2 coupon ni.

Gile tak happy??? Wakaka. Saje je Subway nak bagi orang gemuk lagi kannn? Wakaka. Dapat 2, tadi dah guna 1, tinggal lagi 1!! Hihi. 

Bila dah habis movie, dah penat jalan, kita minum Hazelnut Chocolate Milk Tea sambil kunyah pearl. Sejuk je masuk tekak~ Upps dengan gelas paling besar ye. Wakaka.

Love my tote jeans bag! ;)

Nasi putih, tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar and watermelon juice for dins. Alhamdulillah.

Thank you Cik Nurul! Love you muah muah. Balik rumah, terus main Uno ramai-ramai dengan family dengan Cik Nurul Cik Nurul pun main Uno sekali wakaka. Esok ada misi yang perlu dijalankan. Chaiyok chaiyok! Jumpa esok insyaAllah. Thanks for reading~;))