Friday, November 9, 2018

LAB11 Full Lift Shampoo and Soft Mask

Assalammualaikum and hi everyone!

Pada 27 Oktober 2018, GlobalStory telah mengendalikan satu produk rawatan rambut terbaru iaitu Full Lift Shampoo and Soft Mask dibawah in house brand, LAB11 yang bertempat di Eco Sky's Business Lounge.


Jenama LAB11 yang dikenalkan oleh team GlobalStory ini telah menjadi salah satu jenama kecantikan dan rawatan rambut yang terulung dengan 18 tahun pengalaman bersama 11 HairStory saloon branches, 1 HairStory academy, 2 SugarNails saloons and 2 FaceStory outlets! Begitu hebat jenama LAB11 ini di arena kecantikan dan rawatan rambut yang kita tidak sedari. Jadi of courselah, saya sangat rasa bertuah untuk terpilih menghadiri sidang media LAB11 ini. Sepanjang event juga saya sangat gembira mendengar ucapan ucapan daripada 'orang orang kuat' yang berusaha keras dalam menjayakan dan mengembangkan lagi perniagaan LAB11. Kudos to them!

Selain tu, apa yang membuatkan saya lagi terasa terinspirasi dari event media LAB11 ialah, the founder, Ms Joanne baru berusia 23 tahun! Muda muda dah berjaya mencipta jenama rawatan rambut yang terkenal dan diyakini dan juga digunakan oleh bermacam macam saloon rambut di Malaysia ni tau! Salute! 


GlobalStory juga meletakkan harapan tinggi pada LAB11 dalam memberikan rangkaian produk yang tip top dan berkualiti dalam produk rawatan rambut dan kecantikan ini. Visinya tidak lain tidak bukan, hanya untuk meningkatkan kecantikan dan keyakinan dalam diri kita!

Menurut ucapan Group CEO dan Founder of GlobalStory, Derick Ooi,

' LAB11 ialah ibu kepada jenama Full Lift Shampoo dan Soft Mask dimana tujuannya hanya untuk memberikan texture rambut yang kita dambakan dengan lebih dari 10 kelebihan iaitu rambut lebih padat dan penuh, menguraikan rambut, menjaga kawalan rambut berminyak, menjana pertumbuhan rambut, merawat rambut yang kepanasan lagi lagi bagi mereka yang bertudung serta dapat meluruskan rambut. Jadi kami mahu pengunaan LAB11 Full Lift Shampoo dan Soft Mask ini lebih menyeluruh kepada lebih banyak saloon rambut di Malaysia dan juga sebagai pengunaan harian di setiap rumah.'

'Team GlobalStory juga telah terus menerus mencari dan membuat pelbagai reseach and development untuk produk ini dari tahun 2016 sehinggalah terhasilnya Full Lift Shampoo dan Soft Mask dengan menggunakan pati semulajadi, essential oils dan 11 jenis asid amino yang baik untuk rambut.'

Seperti yang kita ketahui, penggunaan essential oils semakin meningkat kan di Malaysia? Semua sedia maklum mengenai kebaikan essential oil, jadi apatah lagi jika kita dapat menggunakan syampu rambut yang mengandungi essential oil di dalamnya? Best kan?


Full Lift Shampoo dan Soft Mask ialah produk pertama yang dikeluarkan dibawah LAB11 yang tiada pewarna tiruan, 100% pati semulajadi dan pure essential oils, tidak mengandungi pewangi dan juga menggunakan bahan bebas kimia. 

MY REVIEW :

Saya sangat suka dengan bau syampu LAB11 sebab mereka menggunakan pure lime, orange and peppermint, jadi bau syampu sangat wangi, menyegarkan dan buat kita rasa fresh sepanjang hari! Rambut juga rasa ringan dan mengembang. Bukan mengembang in a bad way, tapi mengembang rasa macam penuh dan lebat je rambut haha I hope you get what I mean. Make our hair looks fuller la. Sebagai wanita bertudung, I personally think LAB11 is very suitable and perfect choice for hijab sisters. You really should try yourself.


Thank you LAB11 for having me!

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera


1 comment:

Emi said...

Hai Awin. It's good to see you active on blog again, hehe. Dulu2 ingat awin memang dah totally taknak berblog dah sebab dah lama tak update blog.