Tuesday, October 5, 2010

Roll the ball

Hari tu masa saya pergi A Famosa, saya sempatlah main Roll the ball ni dekat dalam Cowboy Town.   Saya main sebab teman adik. Dia nak main sangat (alasan...). So boleh baca kat situ, 3 balls for Rm4.00 ye. Mahal ye.

 Ni permainannya. Haa boleh agak sendiri kan macam mana? Kita kene jatuhkan bola dari bawah papan tu pastu bola tu lalu la kat celah-celah paku tu then tengok masuk lubang mana. Setiap lubang tu ada markah dia. 

Mula-mula saya rasa permainan ini macam bodoh saja sebab saya seorang yang agak particular mengenai wang dan rasa bermain benda ni sangat membazir namun sebagai manusia biasa, saya terpedaya juga dan mula bermain mengalahkan adik saya..

Semakin lama, semakin tidak dapat mengawal perasaan.. Semakin lama, semakin banyak pula point yang dah dikumpul.. Sebab nak kumpul sampai 1000 points sangat. Dan semakin lama, semakin banyak ya A Famosa dapat duit hasil dari wallet ayah saya.. Bukan saya.. Kami berhabis lebih Rm50.00 jugak untuk beli balls tadi.. Berkat usaha, doa dan tawakal, kami akhirnya berjaya mendapatkan 1000 points tadi. Masing-masing pun menggelabahlah tak sabar nak tahu apa present yang dijanjikan tersebut?! Woh sebagai penulis blog picisan, saya dengan gagah telah bersedia bersama kamera untuk mengambil gambar hadiah untuk dimasukkan di dalam blog. Dan akhirnya present yang kami dapat tersebut ialah ini....

 Bingkai gambar kosong yang bergam tidak kemas. Pasrah. Tapi tak mengapa. Boleh terima. Tapi lepas pusing belakang bingkai gambar ni, ternampak pulak ini...


Berhabis Rm50.00 untuk hadiah Rm9.90?! Okay pasrah bertambah. Tak boleh terima kenyataan ni...



Sunday, October 3, 2010

Cinta


Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin

ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan . Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN .
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu
juga yang akan MENYESAL....





Saturday, October 2, 2010

Terima kasih...

Assalammualaikum..

Heeee lamanya tak menulis..Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak tak terhingga kepada kamu, sahabat saya di blog picisan ni, Encik Umar, Cik Zirconia, Cik Ungu Violet, Encik Melz, Cik Nurul Majdah, Cik Mira Nisa, Cik Najwa Qaseh, Encik Liquid, Encik Loco, Cik Cidut Ciput, Cik Nurul Ain, Encik Aizat, Encik Nazrii, Cik Khaizarien, Cik Teja Suraya, Cik Nur Al Ain, Encik Rashid, Cik Amira, Cik Farihah, Encik Izuddin, Cik Nur Hidayah, Cik Sweety Mui, Cik Lili Sakina, Cik Nurhafizah, Cik Lalalovy, Encik Yohani, Cik SiBulan, Cik Aweng Spanar, Cik Nadia, Cik Syariniey Amran, Encik Atok Pantera, Encik Rafiq, Encik Andy, Encik Afiq Aiman, Cik Muniey, Cik Ain Shaufe, Cik Ika, Cik Makpinat, Encik Joegrimjow, Encik Fatul Akrul Ramli, Encik Hami Asraff dan semua yang bagi kata semangat dan mendoakan kesihatan ibunda saya. Terima kasih!! :')

Yang wish dekat Facebook..

Terima kasih banyakkkkkkk. :') Mama saya sudah selesai operation hari Jumaat lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Kedua-dua ketumbuhan sudah selamat dikeluarkan. Lepas dah operation tu, masa tu Mama tak sedarkan diri lagi. Saya dan Papa boleh masuk Operation Theater tengok Mama. Doktor letak ketumbuhan tu betul-betul sebelah Mama dalam balang kaca. OMG. Ketumbuhan itu agak besar ya... Dia macam bentuk oval. Besar lagi sikit dari bola takraw. Ketumbuhan tersebut akan dibawa ke Hospital Pantai untuk ujikaji. Nanti dia bagitau result. Terkejut jugak masa tu tapi Alhamdulillah semua baik sahaja. :')

Kami sekeluarga tinggal sini dari hari mula Mama masuk hospital sampai keluar hospital. Papa ada juga balik rumah. Abang ada keluar kerja semua. Adik pun banyak tidur kat rumah Pakcik. Saya sorang stay takde keluar langsung. Sampai terus berkenalan dengan nurse-nurse cantik yang ada.

Balang kaca. Wuuuuuuww.

MakTeh dan Abang. 

My gorgeous aunties. ♥

Terima kasih jugak pada korang yang wish birthday saya kat Facebook or mesej hari tu. Heee (poyo). Masa 20 September, saya sangat emosional. Emosi sangat terganggu. Masa tu la masalah ni nak datang, masalah tu nak datang. -_-'. Wuu tak dapat nak reply. Dah alang alang lama tak online, lama tak update, entry ni pun dah panjang so meh kita panjangkan lagi dengan ucapan-ucapan hari jadi kat sini ek. Saja. Memang kegemaran entry panjang-panjang.Dan saya menghargai ucapan-ucapan itu. Sayang banyak la macam ni. Jom peluk-peluk jom. Yang laki boleh peluk pokok saneee tuh. 

Kawan kepada Encik Fatul Akrul Ramli iaitu Cik Nurhafizah siap buatkan entry... Thank you dear.. :')) Terharu! 

Kawan kepada Cik Nurhafizah tadi, Encik Fatul Akrul Ramli pun turut wish dalam blog beliau. Walaupun kuang ajaq cakap selebriti dan hari jadi yang ke tigapuluhlima, tapi thank you!! Gambaq ni masa Fatul datang raya rumah saya hari tu. Dia takde bagitau pun nak datang. Memang terkejut beruk tengok eh eh macam kenal je omaigod blogger femes datang rumahhhhh. Terus gembira.



Dear lovely readers,


Sometimes life will make you trip,
Kick you when you're down,
Leave you in mud,
Only you can lift your head up high.

And dust away your past.
Then soon enough you'll be ready for more.

:')