Tuesday, August 31, 2010

Buka Puasa with Kak Yana, Nuna & Didie.




Semalam saya telah ke bandaq Segamat buka puasa dengan kakak senior saya, Kak Yana, Nuna dan Didie! Ya Allah nama je satu kampus tapi susah gila nak jumpa dorang. Sumpah rindu gila dengan dorang. Dulu masa kitorang sem 1, kitorang sama wing. And Kak Yana lah salah sorang senior kat situ. Bilik saya sebelah bilik Kak Yana. Bilik Kak Yana depan bilik Nuna. Bilik Didie jauh sikit. Tapi still sama floor lah. Dulu rapat sangat sebab yelah baru masuk bila nak manja sikit, datang bilik Kak Yana wakakaka, bila belakang badan gatal-gatal sikit terus nak pergi bilik Nuna minta garukan wakakakakkaa, bila nak nangis-nangis sikit terus pergi bilik Didie ngadu wakakakakaka. Best ek bila ingat balik.


So kitorang pun plan mahu jumpa dan buka puasa sama. Daripada masuk kereta, singgah rumah sewa Kak Yana, cari tempat makan, sampai dah nak makan tak berhenti sume mulut nak cerita. Sampai dah  masuk waktu berbuka pun tak sedar lagi. Bila nak sedar ni?! Bila nak berubah ni?! Okay hiperbola.

Kak Yana.

Didie.

Nuna.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sebelum berbuka bolehlah ambik gambar. Semua kurus-kurus lagi. Kalau lepas berbuka?! Anda boleh jawab sendiri.

Pastu masa nak balik, lalu kat sebelah bazar Ramadhan Segamat. Omg panjang gila kot bazar dia. Kalah bazar Ramadhan Uitm. Haruslah kan.-_-' Okay nanti kami datang ye bazar. Pastu sekarang tengah kecoh Segamat dah ada Secret Recipe. Biasalah kan budak sini takde benda nak kecoh, kecoh lah pasal benda ni. Walaubagaimanapun (;p) kami gembira ya. Okay semua kami ngaku kami gembira Segamat ada Secret Recipe buat kali yang ke-32 sekarang. Terima kasih kerana membaca! 

Saturday, August 28, 2010

Gathering Buka Puasa GengBlogger

Semalam saya sorang-sorang naik bas dari Segamat ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri gathering buka puasa ni. Hehe. Saya plan takmo balik minggu ni sebab hari Jumaat ni dah start cuti. Tapi rasa macam nak pergi juga sebab ada la beberapa orang blogger yang saya teringin nak jumpa. Heh heh. Parents pun dah bagi kebenaran. Pastu malam tu, Joe pun ada mesej saya ajak lagi buat kali yang ke berapa entah. Haha. Ada la beberapa lagi yang ajak, Andy, Mili, Munsyi dan beberapa lagi. Ariff pun ada tanya pergi ke tak jadi saya lagi lah rasa okay sekarang ni dacing dah berat untuk balik dan pergi gathering ya.-_-'

So saya sampai rumah dalam pukul 3 lebih macam tu. Saya dah plan nak buat kek memandangkan ada pot luck, tapi tak sempat sebab gathering pun start pukul 3. Balik rumah, tukar baju, ajak cousin saya, Wani yang kebetulan ada kat rumah tengah buat biskut raya haha sorry kacauuuuu. Haruslahhh. Mama kata nak pergi kene ajak someone teman. Kalau pergi sorang-sorang, tak boleh! Balik jangan lewat dari pukul 8 malam. Nanti dah habis, call Mama. Mama saya sangat-sangat risau sebab saya cakap nak jumpa kawan-kawan blog. Biasalahkan. Hehe. Ibu mana yang tak risau. Sebab saya jarang sikit keluar dengan kawan-kawan. Saya tak pernah couple, melainkan cinta monyet zaman sekolah lah :D so saya tak pernah la nak minta izin Mama nak pergi keluar dating ke apa ke tak pernah. Tapi Mama saya sangat sporting bila Mama dah kenal siapa kawan-kawan saya. So kalau saya dah berpunya nanti, kalau nak keluar, awak kene datang rumah dulu, minta izin dulu dengan mak ayah saya! Haa ambik. Okay saya dah tau kenapa saya single sampai sekarang. -_-'

Amboi excitednya awak.-_-'

Cousin saya, Cik Wani. :)

Tengah tunggu waktu berbuka. :)


Milo ais Mili dan saya. xD

Haha kenal Bro Framestone ni sejak saya berumur 17 tahun lagi tapi ni baru first time jumpa.-_-'

With Shazzzzzzzzyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Dengan Shazea pun kenal sejak sekolah. First time jumpa juga. Excited gila okay. Shazzy sangat comel! Nak jumpa lagi!!! ♥ Kepada cousin saya, Cik Tina jangan jealous ya. Hihi.

Kak Zarin yang baik sangat. :) Terima kasih ya kak bagi Awin pinjam air sume sume. Hihi.

Ariff and I. :)

Kalau gambar yang macam cantik dan berkualiti tinggi tu dicuri dari syahirul.com ya. Harap maklum. Heh heh. Sayang tak dapat ambik gambar dengan semua orang sebab macam rushing kan. InsyaAllah jumpa lagi. Terima kasih dan minta maaf banyak-banyak if ada apa-apa yang tak menyenangkan dari saya. Saya pemalu sikit sorry.-_-' Harap dapat jumpa lagi. :)

Thanks for reading. ;)

Friday, August 27, 2010

Qhayden's Facebook account.

Anak saya, Muhammad Qhayden Qhayl sudah ada Facebook. 
Bukan main niii kecik kecik lagi dah ada Facebook.
Nak kene babap dengan Mama dia niiii.
Ekekek.