Saturday, August 11, 2018

Pulang Review

Assalammualaikum and hi everyone!

Akhirnyaaaaaa....selepas 2 tahun lebih rasanya tak tengok wayang, semalam kita finally pergi juga tengok wayang and bawa baby kita 1 tahun 2 bulan tu! Very first movie for Anaqi hehe. Rindu sangat nak tengok wayang sebenarnya tapi selalu keadaanlah tak mengizinkan. Selalu risau bawa dia ok ke? Takut dia cranky or nangis jer. Tapi Alhamdulillah ok jer dia semalam tak nangis and senyap je. Adalah dia cakap sikit sikit tapi everytime dia cakap kitorang suap roti so dia senyap haha. So hopefully lepas ni, boleh tengok movie lagi lah ya, ayah Anaqi? ;)


So berbalik kepada movie yang saya nak review hari ini ialah karya baru Kabir Bhatia, Pulang. Kisah benar perjalanan cinta Thom dan Othman yang di bawa ke layar perak. Sejujurnya, saya bergenang air mata dari awal hingga akhir. Ya dari awal lagi dah terasa sebaknya. Sakitnya perasaan ditinggalkan. Serba sedikit sinopsis mengenai filem ini mengisahkan pada tahun 1940an di Malaya. Othman seorang nelayan yang mengahwini Thom. Selepas tamat Perang Dunia ke 2, kehidupan sangat susah, desakan hidup memaksa Othman untuk bekerja lebih keras. Apatah lagi bila lihat rakan-rakan yang sama nelayan sudah menjadi kelasi dan pulang ke kampung halaman dengan bergaya dan berjaya. 

Semuanya bermula apabila Othman nekad untuk menjadi kelasi, berlayar sekeliling dunia untuk mencari rezeki, meninggalkan Thom dan anak mereka, Omar. Tanpa dia juga ketahui, bahawa peninggalan dia selama itu, adalah penantian bagi seorang wanita selama 61 tahun.... Selama 61 tahun, Thom setia menanti kepulangan Othman. Sedih kan? Jika nak tahu cerita lebih lanjut dan mendalam, silalah ke panggung wayang sekarang ya. Kita pun rasa macam nak tengok lagi sekali je. Sangat tersentuh dengan cinta sejati Thom dan Othman. Al-Fatihah buat mereka. Semoga Allah swt mencucuri rahmat.

Apa yang membuatkan saya lebih teremosi menonton filem ini ialah, sebenarnya filem ini sedikit sebanyak ada persamaannya dengan kehidupan saya. Saya pernah bekerja seperti Othman, mengelilingi dunia. Demi mencari rezeki untuk keluarga. Tapi tidaklah saya ini kelasi. Tapi pekerjaan itu sama. Cuma nama saja lain. Ya! Luarannya, orang melihat, wahh bestnya kerja keliling dunia. Gaji besar. Tapi secara peribadi, masa terlalu singkat bersama keluarga. Untung juga syarikat penerbangan saya dulu beri cuti setiap bulan ada 5 hari untuk pulang. Dan dari awal kerja, hingga tamat memang saya setiap bulan, PULANG. Alhamdulillah. Saya tidak pernah rasa menyesal sebab pulang setiap bulan tu walaupun ada yang kena keluarkan duit sendiri untuk beli tiket last minute. Tiket percuma hanya ada 8 tiket setahun. So lagi 4 tiket kena beli sendiri tapi discounted la. Walaupun rasa masa terlalu singkat bersama keluarga, tapi saya percaya Allah beri pekerjaan itu kepada saya bersebab. Segalanya yang berlaku kat dunia ni ada hikmahnya. Masa kerja dulu, bila terasa rindu sangat keluarga, dengan kerjaya sebagai pramugari, setiap hari lihat keluarga bahagia pergi bercuti bersama-sama dalam kapal terbang. Berhari raya bersama sama dan lain-lain lagi. Perasaan di hati siapalah yang tahu kan?Apa pun kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan dugaan yang Allah beri pada kita. Mungkin anda rasa saya bertuah, tapi ada juga sesuatu yang saya tidak ada, yang anda ada. Allah maha adil. Tidak perlulah kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Sentiasa ucapkan syukur kepada Allah atas setiap dugaan hidup dan rezeki sebab kasih sayang Allah kepada kita sangat tinggi, jika kita benar benar selaminya :)

Sekarang saya tidak lagi mengelilingi dunia, jadi dah tak samalah seperti Othman. Tapi di sisi yang lain, saya memahami pula perasaan Thom yang ditinggalkan suami untuk mencari rezeki. Sekarang saya merasai perasaan yang ditinggalkan bila suami perlu ke site Indo. Suami bekerja di bidang perkilangan sawit. Site Indo bukan ke kantor kantor Jakarta ya. Pergi site means memerlukan dia travel 2-3 flight sehari untuk ke destinasi. Dah sampai kena naik speedboat pula masuk site (hutan). Speedboat kampung hulu tak pakai life jacket. Belum lagi takde line nak contact. Setiap perjalanannya saya rasakan bahaya. Sekali ke site, seminggu paling sekejap. Tapi lagi perit untuk seorang Thom yang menunggu kepulangan suami selama 61 tahun..

Akhir kata, tanggungjawab dan desakan hidup yang memaksa kita mencari rezeki walau dimana pun kita. Untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Dari lepas tamat Perang Dunia ke 2 sehingga kini, seperti tiada beza. Masih ada lagi beberapa rakan seperjuangan saya yang masih bekerja mengelilingi dunia meskipun sudah berkeluarga. Kepada mereka, saya berikan sepenuh penghormatan dan respek kerana kental dan kuat dalam mencari rezeki dan berjauhan dengan yang tersayang. Bukan mudah untuk kita tinggalkan orang yang kita sayang. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan kita dan merahmati kita sentiasa. Usah dengar cakap cakap orang kerana hanya Allah yang tahu hati dan perasaan kita. :)

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin

2 comments:

PixieDust. said...

Lame x jenguk blog org. Xberkesempatan lg tgok cite ni...hope ade peluang.. Love u dik!

Unknown said...

Kak Zarien,

Tengok nanti kakkkk..sedih :(
love you too kak!!