Saturday, November 17, 2018

Benbat Yummigo Booster Review

Assalammualaikum and hi everyone!

Kalau korang perasan, sejak beberapa bulan yang lalu kerap sangat kita dengar berita mengenai penyakit kaki, tangan dan mulut atau hand, foot and mouth disease (HFMD) ni kan? Memang sana sini dengar baby atau kanak kanak yang terkena HFMD ni. Kat berita pun keluar statistic yang sekarang punya gelombang HFMD agak teruk. 

Jadi bila kita dah aware dengan berita tu, memang kami jarang terus makan di luar sebab nak elakkan letak Anaqi dalam baby high chair, dan juga jarang dah bawa Anaqi ke playground whether indoor and outdoor. Saya juga perasan ramai ibu-ibu dah mula beli antiseptic spray dan juga alas kerusi untuk high chair awam. That is a very good move! Kami juga ada sediakan antiseptic spray bila pergi mana mana sebab nak spray high chair. 



But luckily, I just found out about Benbat Yummigo Booster seat dari Bloom & Grow Asia. Saya rasa ianya sangat bagus dan praktikal! Saya boleh buat ia sebagai booster seat ketika di luar dan juga diaper bag! All in one. Tak perlu risau lagi mengenai baby high chair awam yang perlu kita kongsikan dengan ramai kanak kanak. Kadang kadang, sesetengah restoran atau cafe juga tidak menyediakan kerusi kanak kanak ni, jadi baby kena duduk atas riba atau hanya di stroller. Jadi, dengan adanya Benbat Yummigo Booster seat ni, kita boleh hanya pakaikan ia dia atas kerusi biasa sahaja! Mudah kan?

Dengan rekabentuk dan design yang comel dan trendy ni, pastinya nak menggalasnya di bahu pun tak menjadi masalah. Sangat cantik. Ayah Anaqi pun suka galas Benbat Yummigo Booster seat ni. Berat pun agak lightweight depends dengan apa yang kita isi di dalamnya. Saiz dalam pun agak luas, memang tak perlu bawa diaper bag lain. Hanya Benbat Yummigo Booster seat je, kita boleh letak bermacam macam keperluan anak dalam masa yang sama sebagai booster seat.



Saiz dalam Benbat Yummigo Booster ni memang luas, kalau korang boleh tengok kat dalam dia ni, masih boleh isi lagi bekas makanan, dan up to 5 keping diapers. Baby wipes pun saiz yang besar. Botol air OXO Tot pun boleh simpan dalam Benbat Yummigo Booster ni. Sangat sesuai untuk dijadikan diaper bag, packing semua dalam ni dah boleh bawa pergi picnic!


Mudah je cara untuk pasang Benbat Yummigo Booster ni. Hanya pasangkan tali keselamatan pada bahagian bawah dan penyandar kerusi. Pastikan booster seat dikunci kemas dan kukuh. Kemudian boleh letak baby kita dan pasangkan tali keselamatan pada baby pula.


Anaqi pun gembira duduk atas Benbat Yummigo Booster ni sebab sama sama duduk atas kerusi sebelah Mama dan Ayah. No more public baby high chair lagi! I really recommend to parents this Benbat Yummigo Booster seat memang praktikal and berguna. Sesiapa yang berminat boleh dapatkan Benbat Yummigo Booster dari cawangan kedai barangan bayi Happi Kiddo, Bebehaus Malaysia, Sharing Babyland, The Babyloft, Baby Tree House and many more retailer near you!


Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

1 comment:

Bluebird Baby said...

soooo cute. We have a Disney booster at the best price. Have a look at here: bluebird baby