Monday, September 30, 2019

Lunavie Portable UV Sterilizer & Dryer

Assalammualaikum and hi everyone!

Tengah buat apa tu? Kita ada jer kat rumah ni baru lepas buat susu Anaqi. Masa buat susu tadi tiba tiba teringat dulu jenuh bila nak buat susu, kena basuh botol lepas tu rebus, tunggu kering dan lap satu satu. Masa Anaqi baby pula memang everyday pump susu. Satu hari bukan sekali pump, mau empat lima kali atau lebih! So bayangkan everytime pump tu pastu kena basuh dan rebus dan ulangilah step tadi tu. Memang jenuh la time tu. Sekarang barulah terfikir kenapalah dulu tak beli jer Sterilizer kan haha.

Alhamdulillah Anaqi is still breastfeeding. So pump pun dah makin jarang. Bila macam nak tinggalkan dia for few hours jer. Itu pun still kitorang prepare juga formula milk untuk dia. Bercakap pasal rebus botol tu, itu memang sangat penting tau. Sebab dekat botol dan puting tu memang senang sangat bakteria dan germs nak membiak. Hati hati kalau tak sterilize dengan betul, boleh sakit perut nanti anak anak anda. 


Bagi sesiapa yang sedang mengandung, mencari dan memerlukan sterilizer, disini saya nak recommend satu Portable UV Sterilizer & Dryer dari Lunavie. Kita baru jer guna dalam seminggu ni tapi suka sangatlah jatuh cinta terus. Sangat sangat memudahkan! Dah lah warnanya cantik pastel green, tak berat sangat tapi besar! Boleh muat more than 5 bottles. Memang jimat ruang dan masa kan. Boleh buat semua sekali gus. Sterilize dan keringkan terus. Kita pun takdelah kejap kejap nak ke dapur check rebusan botol -_- dan juga nak kena lap satu satu nangis wooo. Lunavie Sterilizer ni ada timer sekali dah. 

Lunavie Sterilizer & Dryer ni menggunakan teknologi pengeringan suhu rendah dan menggunakan lampu sinaran UV untuk sterilize botol baby, puting baby, teether baby pun boleh tau dalam masa hanya 11 minit je. Sekejap sangat kan? Pagi pagi kalau dah lambat pergi kerja pun sempat lagi nak sterilize kejap. Device ni juga mampu membunuh 99.9% bakteria merbahaya dan selamat digunakan untuk semua perkakas keperluan bayi anda. Nak guna pun tak complicated just tekan touch screen with easy peasy steps and boleh dibawa kemana mana je bila anda nak travel by car.

Lunavie Portable UV Sterilizer & Dryer menggunakan lampu UV Phillips.

4 Program Khas ada di Lunavie Portable UV Sterilizer & Dryer ni ialah :

1. Auto - Sterilizer dan keringkan dalam masa 41 dan 61 minit
2. Sterilize - Sterilize sahaja dalam masa 11,16 dan 21 minit
3. Dryer - Keringkan sahaja dalam masa 41 dan 51 minit
4. Storage - Untuk penyimpanan mode dengan AUTO cycle sterilizer selama 2 minit setiap 2 jam untuk 72 jam. 

So, semua program ni anda boleh tekan jer kat Lunavie Sterilizer & Dryer ni ya. Dah siap 4 button ni. Bila nak off, just click semula program yang anda gunakan. Simple je. 


Disini saya dah siap sterilize dan keringkan 2 botol bersaiz tinggi, 3 botol bersaiz lebar, 1 manual breastpump, 1 part electric breastpump dan juga 2 puting botol bersaiz lebar. Banyak kan boleh sterilize sekali gus. Selain barangan baby, anda boleh sterilize pelbagai barangan lain tau menggunakan Lunavie Portable UV Sterilizer & Dryer ni. Boleh sterilize mainan anak, termometer, berus gigi anak, sudu garfu anak, handphone, mouse, remote control, kunci kereta yang anak selalu nak masuk mulut tu, gunting dan pelbagai lagi. Kalau mak kaki makeup banyak peralatan makeup pun boleh juga sterilize eyelash curler, berus makeup dan sebagainya. Lunavie UV Portable Sterilizer & Dryer akan membunuh semua kuman dan bakteria jahat yang ada.

Selain warna pastel green, ada juga warna hitam ya. Dua dua warna ni cantik! Harga cuma RM399.00 sahaja. Oklah sebab boleh digunakan untuk adik adik nanti kan. Banyak generasi boleh pakai ni. Warranty pun selama 2 tahun. Kalau anda nak tengok video tutorial saya menggunakan device ni boleh ke IG saya ya. Dan kalau nak terus beli boleh order di Lunavie k? Order je, sangat berbaloi, good investment di hari muka anda. Jangan jadi cam saya. Rebus botol 4x sehari, banyak kerja lain lagi nak buat weh! Haha.


Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: