Assalammualaikum and hi everyone!
Pada 20 Oktober 2019 yang lalu, saya berkesempatan ke Natugee x Mrs Malaysia World Healthy is the New Happy event yang bertempat di Furama Bukit Bintang. Bersempena dengan Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara. Terima kasih kepada The Asian Parent apps kerana menjemput saya. Dapatlah kejap lari ambil masa me-time saya :)
Para ibubapa wajib install The Asian Parent apps ni tau sebab dalam apps ni memang sarat dengan info info dan pengetahuan tentang anak dan motherhood. Jika nak bertanya soalan pun boleh ajukan kat situ, tips dan contest juga banyak untuk anda dan anak-anak. Hadiahnya semua pun bukan calang calang. Vacuum Dyson pun ada! Nak tahu lebih sila install apps The Asian Parent ya. Terdapat di Google PlayApps dan AppsStore.
Penganjuran 'Healthy is the New Happy! A Better You Today!' diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni.
Acara ini juga diadakan atas keprihatinan kedua-dua organisasi terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari semakin bertambah pengidapnya.
Sesi pertama - Dr Linda Mat Hassin
Kita kongsikan serba sedikit latar belakang Dr Linda Mat Hassin. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif, dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International Hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr Hertoghe yang dikenali sebagai 'Father of Hormones'.
Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.
Sesi pertama bersama Dr Linda Mat Hassin memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.
Sesi kedua - Pn. Rena Rifaee
Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd. yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.
Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Pn Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.
Sesi kedua bersama Pn Rena Rifaee mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik, namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.
Menurutnya juga, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.
''Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu, tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja, atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. 'Topi' mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi.'' katanya.
Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka disekelilingnya.
"Besar harapan kami, acara ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya, penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran.
"Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini," tambahnya.
Inilah yang menjadi faktor pelbagai pengisian dalam acara 'Healthy is the New Happy! A Better You Today'.
Acara kemuncak
Acara kemuncak menampilkan 4 orang panel iaitu Pn. Rena Rifaee, Dr Linda Mat Hassin, Datin Harveen Kaur dan juga Datin Diana Danielle. Mereka membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stress dan kesihatan mental yang bertajuk ' A New Formula For Happiness!'.
Sedikit info mengenai Datin Harveen Kaur, beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. Bekerjaya sebagai Jururawat Bilik Bedah, ibu kepada 3 orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.
Siapa yang tidak mengenali Datin Diana Danielle pula ya? Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato' Farid Kamil. Pasangan ini dikurniakan 2 cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
NATUGEE
Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.
Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES, dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita.
Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.
Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian.
Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.
Sementara saya di event ini menikmati me time, Anaqi pun sedang bergembira juga di Waka Waka Playland, Furama Hotel!
Terima kasih Waka Waka Playland bagi Anaqi main kat sini, sampai taknak balik. Puas pujuk dia menangis taknak balik sebab best sangat dalam ni. Sangat luas, penuh dengan permainan dan aktiviti, cafe juga disediakan dalam playland ni so memang tak risau kalauu dia haus atau lapar. Harga pun sangat berpatutan iaitu RM16.80 bagi kanak-kanak 90cm ke bawah dan RM21.00 bagi kanak-kanak 90cm ke atas. Berbaloi sangat kan?
Zipline ala ala dalam filem Tomb Raider pun ada tau. Bolehlah anak anak anda berimaginasi seperti dalam filem, nak selamatkan puteri raja kat istana haha sebab dekorasi Waka Waka Playland memang seperti di istana pun.
Tarikan utama di Waka Waka Playland.
Mountain climbing!
Bolehlah Anaqi repeat lagi main di Waka Waka Playland sebab Mama menang free entry ticket di Waka Waka Playland booth dekat event! Yahoooo!
Bukan sahaja tiket ini yang saya bawa pulang ya, saya juga dapat bawa pulang goodie bag yang jumlah keseluruhannya bernilai hampir RM750! Wow sangat kan. Ya Allah happy sangat. Thank you so much pada semua penaja yang sudi menaja. We mommies happy sungguh. Sekalung terima kasih kepada Natugee, Narinar Aromatherapy Oil, BondaHaven Spa, Jamu Tun Teja, Lovera Magic Jelly Baby, Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set, Eori Eczema Wonder Skin Oil, SnowDrop Dry Flux Thin Liner and CHIIO by The Nitty Gritty.
Saya ceritakan serba sedikit mengenai produk produk menarik yang saya dapat ni ya. Sebab produk produk ni semua sangat berkualiti tinggi dan organik. Sesuai digunakan untuk ibubapa dan apa salahnya jika kita berkongsi kan sebab ada yang sangat bagus untuk penyakit eczema tau.
NATUGEE
Saya dapat Deep Cleansing Lotion (RM89) dan Happy Skin Mask (RM60).
Saya dah cuba kedua-dua produk ini. Boleh ke IG saya untuk menonton video review. Pendapat saya, Deep Cleansing Lotion ini bukan seperti pencuci muka biasa yang kita gunakan selalu tu. Nama pun deep kan. So dia memang mencuci sehabis baik wajah kita dari segala kekotoran harian, melembapkan kulit yang kering, mencerahkan kulit dan juga terdapat Vitamin B3 untuk meransang pengeluaran ceramides dan fatty acids. Anda takkan rasa lagi kulit tegang selepas mencuci muka, memang wajah terasa lembut dan ringan je. Happy Skin Mask juga sebenarnya ialah pink clay mask so anda boleh pakai dalam sekali atau dua kali seminggu sahaja. So memang jimat. Mask ni boleh berfungsi sebagai scrub wajah juga ya. Membantu mengecilkan pori-pori, menghilangkan jerawat, blackheads dan sebagainya.
LOVERA
Tarikan utama di Waka Waka Playland.
Mountain climbing!
Bolehlah Anaqi repeat lagi main di Waka Waka Playland sebab Mama menang free entry ticket di Waka Waka Playland booth dekat event! Yahoooo!
Bukan sahaja tiket ini yang saya bawa pulang ya, saya juga dapat bawa pulang goodie bag yang jumlah keseluruhannya bernilai hampir RM750! Wow sangat kan. Ya Allah happy sangat. Thank you so much pada semua penaja yang sudi menaja. We mommies happy sungguh. Sekalung terima kasih kepada Natugee, Narinar Aromatherapy Oil, BondaHaven Spa, Jamu Tun Teja, Lovera Magic Jelly Baby, Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set, Eori Eczema Wonder Skin Oil, SnowDrop Dry Flux Thin Liner and CHIIO by The Nitty Gritty.
Saya ceritakan serba sedikit mengenai produk produk menarik yang saya dapat ni ya. Sebab produk produk ni semua sangat berkualiti tinggi dan organik. Sesuai digunakan untuk ibubapa dan apa salahnya jika kita berkongsi kan sebab ada yang sangat bagus untuk penyakit eczema tau.
NATUGEE
Saya dapat Deep Cleansing Lotion (RM89) dan Happy Skin Mask (RM60).
Saya dah cuba kedua-dua produk ini. Boleh ke IG saya untuk menonton video review. Pendapat saya, Deep Cleansing Lotion ini bukan seperti pencuci muka biasa yang kita gunakan selalu tu. Nama pun deep kan. So dia memang mencuci sehabis baik wajah kita dari segala kekotoran harian, melembapkan kulit yang kering, mencerahkan kulit dan juga terdapat Vitamin B3 untuk meransang pengeluaran ceramides dan fatty acids. Anda takkan rasa lagi kulit tegang selepas mencuci muka, memang wajah terasa lembut dan ringan je. Happy Skin Mask juga sebenarnya ialah pink clay mask so anda boleh pakai dalam sekali atau dua kali seminggu sahaja. So memang jimat. Mask ni boleh berfungsi sebagai scrub wajah juga ya. Membantu mengecilkan pori-pori, menghilangkan jerawat, blackheads dan sebagainya.
LOVERA
Lovera Magic Jelly Baby (RM70)
Hari tu saya buat unboxing video untuk goodie bag dari event ni, terus ada seorang kawan DM dan bagitahu yang dia pernah guna Lovera Magic Jelly Baby ni pada baby dia masa newborn sebab baby dia terkena eczema yang sangat teruk. Lepas guna ni je terus reda katanya. Memang recommended sangat. Memang Lovera Magic Jelly Baby ni merawat, melindung dan melembut kulit bayi sensitif secara terusan. Sesuai digunakan untuk bayi dari lahir hingga dewasa ya.
EORI ECZEMA WONDER SKIN OIL
(RM199)
Jangan terkejut dengan harganya. Ini pun sangat bagus untuk pesakit Eczema. Lebih kurang 97% dari pengguna mereka bebas dari rasa kegatalan eczema yang teruk tu tau. Kesemua ini adalah hasil dari statistik mereka apabila sudah menggunakan Eori selama 6 bulan. Sangat selamat untuk digunakan sebab minyak ni diperbuat dari botanical oils tulen iaitu Cocos Nucifera, Lavandula Angustifolia, Melaleuca Alternifolia, Pelargonium Graveolens dan Boswellia Carterii, Sacra, Papyrifera & Frereana. Disebabkan diperbuat dengan minyak minyak organik ni, selain membantu merawat eczema, Eori Wonder Oil juga bagus digunakan sebagai stress reducer sebab baunya wangi dan meransang otak untuk tenang.
BONDAHAVEN SPA
Relaxing Aromatherapy Rollers (RM40) dan RM50 Voucher.
Ya Allah masa buka roller ni, sangatlah sedap bau dia. Tenang terus! Memang wajib lah simpan dalam handbag. Kalau kemana mana, ada bau kurang menyenangkan ke, stress ke, sesak dalam jam ke, nervous nak exam ke, memang sesuailah cium bau ni. Memang buat rasa tenang macam dalam spa terus. Harga pun ok. Boleh roll kat lengan macam biasa. Roller ni adalah gabungan essential oils dan minyak kelapa dara. Tiada bahan lain. Memang organik sungguh. Essential oils yang digunakan untuk campuran ini ialah Lavender, Bergamot, Basil dan Grapefruit.
WIRDORA RIVOLI SWAROVSKI BROOCH SET
(RM85)
Hati berbunga terus masa nampak ni dalam goodie bag. Sebab ini bukan calang calang brooch ya. Brooch Swarovski ini siap ada warranty card ya. Dibungkus eksklusif dengan kotaknya yang cantik, memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. Pasti ibu atau ibu mertua tersenyum sampai ke telinga kalau dapat ni.
Thank you so much to TAP apps by The Asian Parent, Natugee, Waka Waka Playland and all the sponsors! Saya happy sangat sebab saya dan anak dapat macam macam benefit dari event ini. Semoga kita berjumpa lagi!
Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera