Assalammualaikum all..
Hihi. Sebenarnya saya balik rumah hari Ahad hari tu lepas paper Research Methodology. Agak stress and boleh tahan susah juga. Kadang-kadang kami pun tak faham kenapa kami perlu belajar subjek tu??? Urghh.. Tapi takpe. Dah lepas kan. Tawakal jela sekarang wakaka. Harap my lecturer, Dr. Azman murah hati bagi markah lebih. Hopefully!!
So bila dah balik ni kan, mulalah nak makan macam-macam dan sebagainya. So makanya semalam hari Isnin, saya dan abang terus ke Jusco untuk beli bahan-bahan. Saya plan nak makan Ayam Panggang bersos Madu dengan Mashed Potato. Ayam panggang selalu juga buat tapi mashed potato ni adalah pertama kali ye saya buat. Haha. Berdebar juga. But then alhamdulillah menjadi. Adik asyik cakap sedap sedap. Mama dengan abang komen terlebih lada sulah haha but still dorang makan banyak je! Wakaka. Yang pasti saya pun suka and rasa puas makan mashed potato instead of beli kat Kfc sikit-sikit tu kan. Ni saya buat terus 10 biji kentang ha! Ambik ngko makanlah puas-puas. -.-
Amacam? Ok tak? Memang sedappppppppp gila~~~~~ Dah buat dua-dua baru perasan takde sayur tapi takpelah kan sehari tak makan sayur wakaka.
So saje nak share resepi Ayam Panggang Madu and Mashed Potato ni. Hope ada yang cuba ;)
Ayam Panggang Madu
Bahan - bahan :
1. Saya guna 5 ketul ayam whole leg dan 10 ketul peha ayam
2. 4 sudu kicap pekat (saya lebihkan)
3. 3 sudu madu (saya lebihkan)
4. Lada sulah
5. Serbuk lada hitam
Cara - cara :
1. Letak ayam dalam satu bekas besar. Pastikan ayam dah dipotong dan dibasuh bersih.
2. Then lumur ayam dengan kicap pekat dan madu.
3. Then letak lada sulah and serbuk lada hitam. Segala sos dan perisa letak ikut citarasa masing-masing k.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 190C dalam masa 45 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.
Mashed Potato
Bahan-bahan :
1. Kentang 10 biji (kalau nak kurangkan pun boleh, ikut citarasa masing-masing)
2. 1 1/2 cawan susu
3. Lada sulah
4. Serbuk lada hitam
Cara-cara :
1. Kupas kentang, basuh, potong dua.
2. Rebus kentang dalam masa 20 min. Pastikan air menutupi semua kentang.
3. Bila dah agak-agak empuk tu, boleh cucuk dengan garfu untuk investigate. Toskan kentang and boleh
start hancurkan kentang dah.
4. Masa hancurkan tu selang seli kan dengan susu.
5. Then tambah lada sulah and serbuk lada hitam. Jangan banyak sangat k.
Proses melecek kentang. Potato masher tu saya beli kat Langkawi akhir tahun lepas. Bukan sudip yang saya bengkokkan k. Wakaka
Gravy
Bahan-bahan :
1. 4 sudu tepung jagung
2. 4 sudu butter
3. 1 labu bawang besar
4. 2 ulas bawang kecil
5. 4 cawan air
6. Sedikit kicap pekat
7. Lada sulah
8. Serbuk lada hitam
9. 2 kiub pati ayam
Cara-cara :
1. Blend bawang besar dan bawang kecil bersama. Then tumis dengan butter.
2. Masukkan tepung jagung. Kalau bawang nampak banyak, boleh tambah tepung jagung.
3. Bila nampak dah nak kering tu, masukkan air. Kacau-kacau.
4. Masukkan kicap pekat dan kacau-kacau. And masuk kiub ayam.
5. Kalau sos nampak pekat tambahkan air. Last masukkan lada sulah dan
serbuk lada hitam ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh jangan banyak
sangatlah k.
serbuk lada hitam ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh jangan banyak
sangatlah k.
Gravy atau sos mashed potato ni saya blend sekejap utk mendapatkan tekstur yang halus dan sedap je dimakan kan. Sebab kuah ni akan berketul-ketul sikit sebab dari tepung jagung tu. So kalau blend lagi best kan.
Ayam masak dalam loyang biskut je ha sempoi sempoi je. Janji sodappp kehkehkeh.
Ayam Panggang Madu~
Semua dah siap dihidang~ Puas kan dapat makan mashed potato masak sendiri kat rumah! Haha.
Thanks for reading! :)
20 comments:
Trs rasa lapaaaar
heee
hehe tryla!
sedapnye... boleh jadi tukang rase tak? hahahaha
sedapnya ayam tu.pandai ajwin masak ek.:) nak try jugak la.!
sepul,
nak jd tukang rasa boleh tp masalahnya dh habis la. cane haha
azza,
hehe sedap! u should try!! ;D
ayam madu tu nampak sedap sangat =)
hee thanks dear~
sedap nya :D
teringin nk cuba.
tadi masa kat william fikir juga, nak makan mashed potato ke nasi. at last makan nasi.
ainul,
yup sedap~ ;)
fazreen,
haha. awin teringin nk mkn western je tu yg buat mashed potato tu hehe
nak try! thanks kakak :D
welcome~ good luck!!
Dah salin resepi..hehe..thanks 4 sharing aween..
emm..ayam tu nk kena perap lama x??
ur welcome.. ;)
masa ni perap kejap je sbb tak sabar nk makan wakaka
tp kalau perap semalaman lagi sedap. baru perisa masuk smpai isi ayam ;)
waaaaaaaaa dah abis...~ kalau wat ayam golek seko best nehhhhh~
aah. terfikir nk buat ayam golek seekor tp ada bahagian2 ayam yg tak dimakan oleh family ni makan masak bahagian sedap je wakaka
hi, ajwin!
nak copy resipi ye :)
thank you :)
huh..lapar gila tengok ayam tu..
Post a Comment