Thursday, February 7, 2013

Memancing di Kelong Telok Gong.

Assalammualaikum.

Disebabkan ketandusan waktu, entry yang sepatutnya update pada hari Isnin, kita update pada hari Khamis ya. Ahad lepas, saya dan Mama telah menjalani ekspedisi (la sangat) memancing di kelong Telok Gong, Klang. 

Lepas solat subuh, kitaorang terus la gerak ke Telok Gong. Dah sampai Telok Gong pun hari masih gelap lagi. Alhamdulillah kitaorang tak lambat wakaka sebab takut kalau orang dah tunggu kita. Biar kita tunggu orang takpe. So kereta kami adalah kereta kedua yang sampai awal. Kereta pertama sampai sudah tentulah kereta yang mengajaknye takkk. Thanks Uda sebab sudi ajak kitorang. Lepas ni kitaorang dah plan lagi satu aktiviti! Cant wait! x)

Sekali menunggu sampai dah terang daa..wakakaka

Then bila dah tiba di destinasi, kami order 10 bungkus nasi lemak sebab kami ada 10 orang! Order je and tak perlu nak bawak nasi lemak banyak berat-berat tu sebab nanti abang bot akan tolong hantarkan nasi lemak ke kelong kami! Yay! Nasi lemak delivery! And majoriti gender dalam 10 orang ini adalah wanita..Hanya 3 orang saje lelaki. See? Ingat lelaki je ke minat memancing?! 

So bot akan naik 5 orang means ada dua trip lah. Saya of course la trip ke-2, jadi sempatlah kita bercam whore di atas jeti ye.


Kak Miza, me, Mama and Uda. 
Thank you anak buah Uda tolong ambilkan gambar!

Mama yang teruja and sedikit cuak kerana life jacket tidak disediakan wakaka.


Okay, guess what, sampai je kelong terus rasa macam best sangat rumah atas air haha jakun. Sebelum ni kitorang pernah je tidur kat kelong kat Johor rumah Paklong saya. Meronda naik bot sekitar Desaru, lalu area hutan paya bakau. Best! So kelong kat Klang ni pun begitulah jugee. Disediakan ruang persis ruang tamu untuk para-para pemancing take a nap ke, dapur comel and bilik air. Paling penting yang tak tahan, kat ruang tamu siap ada set karaoke! Nak mancing sambil karaoke, kau hado? So next plan kitorang tadi tu adalah lain kali nak datang situ lagi tapi tidur sana! So malam boleh memancing sambil berkaraoke sambil BBQ! 

Lain-lain kelong.

Sampai je kelong, aktiviti pemancingan dijalankan! Umpan yang digunakan ialah isi ikan, sotong and udang. 

Amboi udang bosa hah, masak sambal tumis lagi sodap.

Saat dimana saya berjaya mendapatkan ikan!! Yay!! Tolong jangan tanya ikan apa.. 
Sebab ianya adalah ikan.....

IKAN BUNTAL!! Wakaka. Tak kesahla kan janji dah merasai detik berperang bertarik-tarik tali dengan seekor ikan. Padahal ringan je pun wakaka.So kita campak semula ikan ke laut okay. Tapi sebelum proses percampakan ikan buntal ke laut semula, kitorang sempatlah 'dera' ikan ni sikit wakaka. Saje nak tengok dia membuntalkan diri dan mengeluarkan duri-duri halus dari badan dia yang buntal tu. Kikiki. 


Akhirnya, inilah saja hasil tangkapan kami..Wakaka. Sebab tak berapa nak ada rezeki laaa. Bila dah balik sempat borak dengan orang kampung situ. Dorang cakap area Telok Gong ni ikan dah pandai. Bila sekali kita dah dapat tapi terlepas, pastu memang susahla nak dapat balik..And ikan sini tak makan sotong and isi ikan sangat.. Katanyee, umpan terbaik yang boleh digunakan di sini ialah udang dan umpun-umpun. So sad..memilih kau ye ikan. Tapi kami tak putus asa pun, insyaAllah kalau ada rezeki, nak datang Telok Gong lagi. Saya ni sunburn jela dapat wakaka. Tapi tak kisah pon. Sebab suka dengan aktiviti-aktiviti sihat sebegini cewahhh. Next plan nak mencandat sotong di Terengganu. InsyaAllah kalau ada rezeki :)) Oh by the way, sesiapa yang berminat nak memancing di kelong ni, satu kepala harga RM30. Tak campur dengan orang lain, means kelong tu kelong untuk kite-kite jelaa. Okay jumpa lagi! 

Oh saya akan away dari esok, 8 Feb hinggalah ke 13 Feb atas sebab nak melancong (melancong sangat) ke Kluang! Jodoh adik Cik Nurul, Liyana dah tiba. So,esok saya perlu pick up Cik Nurul kat Klia and terus zasss ke Kluang yawl. Pick up at 12am. Nice kan? -.- Sekarang Cik Nurul dah busy dengan kerja-kerjanya..Sobs sobs.Kesian kali ni site kat Papua New Guinea. Takpe, nanti bila ada project kat London or Italy or New Zealand, saya ikut k? Wakaka.


6 comments:

inna_risna said...

wah mcm best je tgok kelong2 tu. tetib excited pula nak memancing. hehe!

Deya Zanial said...

Awinnnnn pakai number mana ni? Deya msg tak reply ponnn. ввm tk on pulak. Tsk tsk ;/

RapunZeL DayNe said...

assalamualaikum cik awin...
whoaa...best baq hangg...hihi
msti pengalaman yg x dpt d lupakan la cik awin ekk? sewa bot mahal dak cik awin?? :)

Ajwin Ajeera said...

inna,

best! kite yg tetibe ni pun terus rasa semangat.

Ajwin Ajeera said...

Deya,

deya kalau rindu awin, dah boleh datang rumah skrg k. xoxo

Ajwin Ajeera said...

rapunzel,

best2. bot tak yah sewa. bot dh termasuk dgn rm30 tu :))