Hey yo whats up people.Apa bikin cuti ini?Kalau tak cuti,belajar lah atau bekerja lah kuat-kuat ya untuk masa depan yang cerah.Nanti bila dah selesai berusaha, cuba ukur dengan pengukur kecerahan Garnier atau Fair and Lovely.Semoga berjaya.
Oh ya saya ada berita buruk disini.Dengar ya orang-orang Kampung Selasih,dukacitanya dimaklumkan saya mempunyai masalah besar sekarang. Kasihan saya. Saya harap saya dapat kongsi masalah saya ini dengan pembaca-pembaca yang setia bersama saya (cehh cehh budget gila tahi kerbau) Haishh. Sungguh berat hati saya untuk memberitahu kamu.Kerana saya tidak ingin kamu juga turut sedih akan masalah yang saya hadapi ini. Tetapi ingin saya maklumkan juga pada kamu yang Streamyx di rumah ku syurga ku mempunyai masalah dalaman.Saya,seorang yang mempunyai blog tidak dapat meneruskan kehidupan normal buat seketika.Tidak dapat berkongsi cerita saya di blog.Tidak dapat membaca email-email penting.Tidak dapat bertanya khabar rakan di Facebook.Kasihan saya.Rakan-rakan juga asyik bertanya bila nak update bila nak update.Bak kata Nani,Lambat gila update!Bila bukak je,asyik sawadeeka sawadeeka sawadeeka!Tension tahu tak rasa macam nak updatekan je blog awak ni Awin! Heh heh.
Okay lupakan kisah sedih.Kini kita ceriakan kembali hari kita! Cehh bajet macam dalam Macam Macam Aznil musim terbaru je.(-_-'') Saya kini berada di Kelantan untuk shooting filem terbaru,Ajwin's Body.Haha Gotcha tipu je!Kamera disana! Sebenarnya saya kesini ialah untuk menjadi Fasilitator kepada pelajar Tingkatan 2.Kem motivasi terletak di Pantai Cahaya Bulan.Oh ini ialah kali kedua saya menjejakkan kaki bersaiz 6 kadang kadang 7 and kalau pakai Converse saya perlukan saiz 5 ke Kelantan Darul Naim.Kali pertama ialah sewaktu saya berumur 12 tahun itupun kerana mengikuti lawatan sekolah selepas UPSR.Bayangkanlah wahai tuan-tuan dan puan-puan betapa lamanya peristiwa itu berlalu.
Saya juga mempunyai sedikit masalah ketidakfahaman bahasa disini.Haha. Sumpah bila dengar dorang cakap dialek Kelantan laju gila and tanpa disedari mulut ternganga dan terpinga-pinga.Haha.Malu dahh.Okay takpe.Esok saya cakap bahasa Sarawak pulak biar mereka pula yang mulut ternganga dan terpinga-pinga.Uwek uwek padan muka!Haha.
Okay saya rasa sampai disini saja hujahan saya.Oh sebelum terlupa sesuatu yang penting,HAPPY BELATED BIRTHDAY TO AJWINAJEERA.BLOGSPOT.COM .DAH SETAHUN SEMINGGU DAH UMUR KAMU.HARAP KAMU PANJANG UMUR DAN GEMBIRA SELALU..:')