Tuesday, February 19, 2013

Puding Roti

Assalammualaikum.


Dah lama tak hupdate resepi kan kat blog ni! Resepi ni terhasil di dapur saya adalah apabila perut ni tiba- tiba mengidam nak makannn. Bukan lah sebab ghajin ye. So google punya google, saya rasa resepi Aunty Nani adalah yang terbaik untuk kita cuba ya. Thank you Aunty Nani for sharing the recipe with us and now I wanted to share the recipe in my blog too. Have fun seeing my bread pudding and lepas tuh wajib cuba ok! Memang sedap. Buat dah malam, lepas siap sempat makan sepotong then masuk bilik. 12 malam keluar bilik tengok pudding roti tinggal seciput!!!! Esoknya terus bagi seciput tu kat rumah Makteh sebab dia dah tengok gambar I posted on Fb malam tu. So kesimpulannya, saya sempat makan sepotong sahaja........


Bahan-bahan

10 keping roti butterscotch
2 cups full cream milk
2 cups whip cream
1/2 cup gula halus
6 biji telur
Esen vanila
Cinnamon powder
Brown sugar
Chocolate chips
Kismis

Cara senang. Gris mangkuk caserol dengan butter. Carik-carikkan roti susun dalam caserol. Mix kan susu,whip cream,telur,gula dan esen vanila. Tuang atas roti tadi dan biarkan 1 jam. Then bila dah 1 jam, tabur sikit brown sugar and cinnamon powder di atasnya dan tabur je chocolate chips and kismis. Macam saya tak minat kismis yang dimasak so saya tak letak. Just letak choc chips. Then panaskan oven 10 mins dengan suhu 160. Masukkan dalam oven 30 mins!

Bahan sos vanila

Susu full cream
Esen vanilla
Gula
Tepung jagung

Panaskan susu atas api.Letak gula ikut manis tapi saya tak bubuh pun gula dalam ni sebab dah manis kat puding. Esen vanila sikit then masukkan bancuhan tepung jagung ikut likat. Memang best. 

Saat tunggu 1 jam. Akibat tidak bersabar, saya biarkan setengah jam je. lol.

Sebelum dibakar....


Selepas dibakar. Hihi. Sangat moist macam ada letak agar-agar. Dengan aroma cinnamon...

Ngap dengan sos vanila! Sedap gileeeee! Cuba jangan tak cuba! :))


9 comments:

Unknown said...

kak awin. saya lapar. nak sikit. nak banyak. eee geram!

Usy@M^^ said...

Terbuka selera..nk cubalh..tp sblm tu sy nak rase bnyk..

Ajwin Ajeera said...

fitrah,

sila cuba ok. haha

Ajwin Ajeera said...

Syamsul,

cubalah! pasti tak menyesal!

Mat Udin said...

whoaa...nyum nyum...cik awin buat msti sodap hgga mnjilat jari an? Jgn tipu...hihi :D

Bunda_nora said...

salam ukhuwah dari BUNDA...

Hati Bangkai said...

postkann aku sepototng..sedap owhh.
:)

-lama tak singgah sini~

Qider said...

tengok dalam gambar pun dah sedap,belum buat lagi ni..

*terliur

Unknown said...

kayaknya enak nih :),,terimakasih sudah berbagi