Sunday, November 9, 2014

How it started....



Assalammualaikum..

Okey mari start blogging hari ni! Kerana apa? Kerana kalau tak start hari ni kompom momentum jatuh dan pastuh terus tak update sampai berbulan lagi hiks *bearyblossomsharapmaklum* xP 

So entry permulaan nih saya nak menceritakan bagaimana saya boleh tercampak ke negara padang pasiaq ni. Dulu kat UiTM opkos saya bukanlah ambik jurusan kepramugarian, tapi mungkin memang rezeki mencampakkan saya disini. 

Dua tahun saya mencari kerja lepas graduation. Adalah kerja kat company swasta kejap di KL. Saya keep mencari cari kerja. Memang susah nak cari kerja. Adala beberapa kali putus asa. Its not easy mannn. Pastuh entah macam mana saya terfikirkan kerjaya sebagai pramugari. Fyi, saya memang bercita cita nak jadi pramugari dari kecik lagi. Sebab dulu suka tengok dorang jalan kat airport dan semua orang pandang dan dorang cantik haha boleh tak okbai. Dan ada satu cerita yang masih segar lagi dalam ingatan, masa tu baru masuk Form One kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Saya 1 Objektif. So masa tu adalah orientasi, beberapa kelas Form One ni dikumpulkan di surau dan tak ingatlah topik apa tapi ustazah pilih randomly ke depan dan tanya apa cita cita. Nak dijadikan cerita, masa tu dalam ramai ramai tu saya di panggil ke depan. Lalu Ustazah Saripah bertanya apa cita cita saya.Tanpa segan silu saya jawab, 'Saya nak jadi pramugari' eh. Hahaha. Sumpah lawak bila teringat. Dan opkos satu surau mentertawakan saya. Masa tu serius sedih haha. Kecik kecik lagi sentap la sebab pramugari mestilah cantik dan saya dulu comot saje. 

So bila saya dah terkenangkan kembali cita cita zaman mumaiyiz itu, saya pun google la airlines apa yang bertudung yang boleh saya apply. Dan saya jumpa airlines ini,
 

Pastu frust sebab airlines ni dah tak ambil Malaysian as crew lagi. Pastu google lagi terjumpa ini,


Tahun 2012. Pada masa tu hati agak berbunga sebab boleh cuba nasib. Then saya pergi interview kat Park Royal Hotel masa tu bertemankan Mama. Interview dengan Mdm Chong. She is really really nice. First interview dengan Inter Excel ni recruitment agency untuk airlines. You can check them out kat Facebook :) Pastuh balik dapat berita terpilih untuk 2nd interview which is dengan pak pak Arab ni. Dah semangat gila nak pegi. Sekali ditegah habis habisan oleh Mamaku sebab taknak saya kerja jauh jauh. So masa hari interview tu saya habiskan masa menangis sajo dalam bilik kahkah. Its just sedih gila if you can feel me. 

Sejak dari tu, terus takde mood nak cari kerja dan saya menganggur hampir setahun dirumah. Adalah buat bisnes kek sikit sikit tapi apalah sangat. Dan kerap kali emosi sebab tengok kawan kawan dah nak habis degree, dah start praktikal, ada life masing masing. Tapi saya? Menganggur, menangis dalam bilik tak tahu nak kerja apa sedih masih guna duit parents dan tak membantu parents. Owh.. sangatlah tragis bila terkenang. Almost setahun pastuh, saya jumpa lagi vacancy ni and decide to go. Masa tu fikir like I have to go. I have to try. This is my dreams and what most important is I'm talking about my future now. So sehari sebelum interview baru saya bagitau Mama yang saya pergi interview Saudia. Mama masa tu agak sedih I knew. Tapi... I have to... :(

Kali ni dari 1st interview, 2nd interview, buat 1st medical check up, 2nd medical check up, settlekan passport and visa, final briefing semua saya buat sorang sorang T_T Hujan panas, gerak dari subuh, jalan jem semua sorang. Ada juga ajak cousin cousin join masa tu tapi pelawaanku takde yang terima :( So masa 1st interview, terjumpa lagi dengan Mdm Chong, saya ni baru nak berangan macam first time datang interview. Sekali Mdm Chong bersuara..

Mdm Chong : Noor Ajwin... Why you didn't show up last time? We are waiting for you and we are quite dissapointed because you didn't show up...

Huaaa masa tu tak ingat dah apa alasan yang saya bagi dan because she is really nice, she gave me one more chance. She also said that this is the last and only one chance for me so do not take for granted.:') So pastuh semangat la pergi 2nd interview. 2nd interview ni dengan pak pak Arab so memang nervous gils babs. Demi Allah kene teruk gila masa interview. Salah seorang interviewer mempersoalkan kenapa dalam IC tak pakai tudung tapi sebenarnya pakai. Pastu siap baling pen, potong cakap saya dan siap kata saya tak menjawab soalan. Serius teruk. Balik drive sorang berhenti kat Tasik Permaisuri untuk nangis haha. Serius wallah rasa memang tak dapat. Mdm Chong kata result dapat pukul 8 malam. Kalau dapat text suruh proceed medical means berjayala.. Walaupun rasa tak dapat tu tapi pukul 8 malam tetappp tunggu k haha. Dan ya alhamdulillah pukul 830 malam, Mdm Chong text me..

Mdm Chong : Congrats! You've passed Saudia interview. Pls go for medical at Klinik MediAssist4U, Block A 08/G, Garden City business centre, Taman Dagang, Ampang. Pls fast min 8 hours before.

Me : Oh my god. Thank you so much Mdm Chong! I seriously thought i did not pass. 

Mdm Chong : You are selected because you are a nice girl. Pls recommend anymore friends who are like you. Good luck.

Yes. That was her replied :') Takde sebarang tokok tambah ye haha. Sila PM untuk bukti kahkah. Masa ni hanya tuhan je yang tahu betapa gembiranya rasa hati haha. So..disinilah bermulanya perjalanan hidup saya di Jeddah ini. Its not easy. Macam macam kena tempuh. Dan Alhamdulillah before ke sini, Mama dapat terima dan izinkan saya untuk berhijrah. Tahu susah sangat Mama nak lepaskan saya but from the beginning I promise you Mama, segala penat lelah kat sini just for my Mama dan Papa, InsyaAllah.


What am I now was just my dream. Don't ever give up on your dreams. No matter how impossible it might seem now. Patience pays well :)

Xoxo!


Saturday, November 8, 2014

Salam dari Jeddah

Assalammualaikum..

Amboih...lama sangat tinggal blog ni. Ada readers lagi ke tak ni?! 

HELLOOOOOOOO~~~~ *menjerit*


HELLOOoooo *bergema*


Hello.... *gemaansemakinperlahan*

Sigh. 


Okay paham. Berblog sorang sorang ajelah. Straight to the point, saya mungkin bakal berblog semula memandangkan sekarang ni saya dah ada lebih masa dan kurang komitmen. :) Kita back to basic okey? I miss the old me!! Huahua. Satu lagi sebab ialah saya dah pakai unlimited internet selepas 9 bulan menetap di Jeddah ni! So sekarang internet boleh connect laptop dan barulahhh dapat main laptop kat sini wakaka. Dan saya pun takde nak buat apa kat sini bila cuti 2-3 hari. So inshaAllah will start blogging again! 

Yes..saya stay Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia sekarang sebab dapat kerja disini. Alhamdulillah. Never ever thought of it. Bila fikir balik zaman belajar dulu, tak pernah terfikir akan bekerjaya ini. SubhanaAllah benarlah segala perancangan Allah adalah rahsia dan segala rezeki ni datang dariNya. Syukur Alhamdulillah. 

InshaAllah will blog about my journey as a Flight Attendant, Cabin Crew, Pramugari, Air Hostest... *u name it haha* soon! 

Xoxo!