Sunday, November 9, 2014

How it started....



Assalammualaikum..

Okey mari start blogging hari ni! Kerana apa? Kerana kalau tak start hari ni kompom momentum jatuh dan pastuh terus tak update sampai berbulan lagi hiks *bearyblossomsharapmaklum* xP 

So entry permulaan nih saya nak menceritakan bagaimana saya boleh tercampak ke negara padang pasiaq ni. Dulu kat UiTM opkos saya bukanlah ambik jurusan kepramugarian, tapi mungkin memang rezeki mencampakkan saya disini. 

Dua tahun saya mencari kerja lepas graduation. Adalah kerja kat company swasta kejap di KL. Saya keep mencari cari kerja. Memang susah nak cari kerja. Adala beberapa kali putus asa. Its not easy mannn. Pastuh entah macam mana saya terfikirkan kerjaya sebagai pramugari. Fyi, saya memang bercita cita nak jadi pramugari dari kecik lagi. Sebab dulu suka tengok dorang jalan kat airport dan semua orang pandang dan dorang cantik haha boleh tak okbai. Dan ada satu cerita yang masih segar lagi dalam ingatan, masa tu baru masuk Form One kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Saya 1 Objektif. So masa tu adalah orientasi, beberapa kelas Form One ni dikumpulkan di surau dan tak ingatlah topik apa tapi ustazah pilih randomly ke depan dan tanya apa cita cita. Nak dijadikan cerita, masa tu dalam ramai ramai tu saya di panggil ke depan. Lalu Ustazah Saripah bertanya apa cita cita saya.Tanpa segan silu saya jawab, 'Saya nak jadi pramugari' eh. Hahaha. Sumpah lawak bila teringat. Dan opkos satu surau mentertawakan saya. Masa tu serius sedih haha. Kecik kecik lagi sentap la sebab pramugari mestilah cantik dan saya dulu comot saje. 

So bila saya dah terkenangkan kembali cita cita zaman mumaiyiz itu, saya pun google la airlines apa yang bertudung yang boleh saya apply. Dan saya jumpa airlines ini,
 

Pastu frust sebab airlines ni dah tak ambil Malaysian as crew lagi. Pastu google lagi terjumpa ini,


Tahun 2012. Pada masa tu hati agak berbunga sebab boleh cuba nasib. Then saya pergi interview kat Park Royal Hotel masa tu bertemankan Mama. Interview dengan Mdm Chong. She is really really nice. First interview dengan Inter Excel ni recruitment agency untuk airlines. You can check them out kat Facebook :) Pastuh balik dapat berita terpilih untuk 2nd interview which is dengan pak pak Arab ni. Dah semangat gila nak pegi. Sekali ditegah habis habisan oleh Mamaku sebab taknak saya kerja jauh jauh. So masa hari interview tu saya habiskan masa menangis sajo dalam bilik kahkah. Its just sedih gila if you can feel me. 

Sejak dari tu, terus takde mood nak cari kerja dan saya menganggur hampir setahun dirumah. Adalah buat bisnes kek sikit sikit tapi apalah sangat. Dan kerap kali emosi sebab tengok kawan kawan dah nak habis degree, dah start praktikal, ada life masing masing. Tapi saya? Menganggur, menangis dalam bilik tak tahu nak kerja apa sedih masih guna duit parents dan tak membantu parents. Owh.. sangatlah tragis bila terkenang. Almost setahun pastuh, saya jumpa lagi vacancy ni and decide to go. Masa tu fikir like I have to go. I have to try. This is my dreams and what most important is I'm talking about my future now. So sehari sebelum interview baru saya bagitau Mama yang saya pergi interview Saudia. Mama masa tu agak sedih I knew. Tapi... I have to... :(

Kali ni dari 1st interview, 2nd interview, buat 1st medical check up, 2nd medical check up, settlekan passport and visa, final briefing semua saya buat sorang sorang T_T Hujan panas, gerak dari subuh, jalan jem semua sorang. Ada juga ajak cousin cousin join masa tu tapi pelawaanku takde yang terima :( So masa 1st interview, terjumpa lagi dengan Mdm Chong, saya ni baru nak berangan macam first time datang interview. Sekali Mdm Chong bersuara..

Mdm Chong : Noor Ajwin... Why you didn't show up last time? We are waiting for you and we are quite dissapointed because you didn't show up...

Huaaa masa tu tak ingat dah apa alasan yang saya bagi dan because she is really nice, she gave me one more chance. She also said that this is the last and only one chance for me so do not take for granted.:') So pastuh semangat la pergi 2nd interview. 2nd interview ni dengan pak pak Arab so memang nervous gils babs. Demi Allah kene teruk gila masa interview. Salah seorang interviewer mempersoalkan kenapa dalam IC tak pakai tudung tapi sebenarnya pakai. Pastu siap baling pen, potong cakap saya dan siap kata saya tak menjawab soalan. Serius teruk. Balik drive sorang berhenti kat Tasik Permaisuri untuk nangis haha. Serius wallah rasa memang tak dapat. Mdm Chong kata result dapat pukul 8 malam. Kalau dapat text suruh proceed medical means berjayala.. Walaupun rasa tak dapat tu tapi pukul 8 malam tetappp tunggu k haha. Dan ya alhamdulillah pukul 830 malam, Mdm Chong text me..

Mdm Chong : Congrats! You've passed Saudia interview. Pls go for medical at Klinik MediAssist4U, Block A 08/G, Garden City business centre, Taman Dagang, Ampang. Pls fast min 8 hours before.

Me : Oh my god. Thank you so much Mdm Chong! I seriously thought i did not pass. 

Mdm Chong : You are selected because you are a nice girl. Pls recommend anymore friends who are like you. Good luck.

Yes. That was her replied :') Takde sebarang tokok tambah ye haha. Sila PM untuk bukti kahkah. Masa ni hanya tuhan je yang tahu betapa gembiranya rasa hati haha. So..disinilah bermulanya perjalanan hidup saya di Jeddah ini. Its not easy. Macam macam kena tempuh. Dan Alhamdulillah before ke sini, Mama dapat terima dan izinkan saya untuk berhijrah. Tahu susah sangat Mama nak lepaskan saya but from the beginning I promise you Mama, segala penat lelah kat sini just for my Mama dan Papa, InsyaAllah.


What am I now was just my dream. Don't ever give up on your dreams. No matter how impossible it might seem now. Patience pays well :)

Xoxo!


31 comments:

Atiqah Radzuan said...
This comment has been removed by the author.
Atiqah Radzuan said...

awin, nak tanya saudi takde open iv lagi ke?

Unknown said...

Wahh best ye dengar cite awin. Tahniah sbb dpt capai your dream 👍😄 hah mdm chong kata boleh promote kwn apa lg awin.. Ehemx2 hahahaha

Emi said...

Haha awin ni...

tp seriously kita pulak yg rasa sebak baca cerita awin ni. Bestnyee keje cam awin ni. btw yg part susah nak cari keje tu sangatlah setuju. Kita skrg keje kat company swasta, ni first job lepas grad. Tp keje sini terasa mcm kuli sgt, tenaga dikerah habis2an..gaji dibayar ciput je. Masih mencari2 keje yg sesuai dgn jiwa ni..

FadMN said...

Auw so inspiring.suka sangat tgk u.young & talented.dulu zaman muda saya pun kuat berangan nak jadik stewardess .tapi mmg payahlah nak dapat.huhu.

FAD

Jard The Great said...

OMG!! am happy for you in achieving ur dreamS!!

Aku baru je naik saudi airlines bulan 9 tahun lepas. hehehe

Ammar said...

Bestnya dapat jadi pramugari. Rezeki Ajwin.. Tahniah ya

Huda Luna said...

omg bi ai tak power acane nak join
T___T

teringin gak tapi tau sure mesti gagap gila iv dgn pak arab

amiraismira said...

Awin, Mdm chong pesan recommend more friends..apa lagi suggest la mira.hahaha

Anis said...

Best nye keje macam awak. Teringin pulak dengar. Tapi tinggi tak lepas, 157 cm :(

Chilabaey's Spot said...

Masih ada yang membacanye.... Welcome back sis.... :)

Akmal Hakim said...

Congrats Awin ;)

Ezzaty said...

lama btol akk tggu entry ajwin.. heeee.. finnally ada jgk entry.. sebak bila part " penat lelah kat sini just for my Mama dan Papa"


from Mama Zareef Aizat

nienakeylla said...

Salam kak awin..sya nak sgt jd pramugari.cam mne nak apply ye?ade lg open inteview x?

nienakeylla said...

Salam kak awin..sya nak sgt jd pramugari.cam mne nak apply ye?ade lg open inteview x?

Najwa said...

assalamualaikum . u punya cerita sangat interesting .actually i just want to know masa u cuba apply to be stewardess ,selalunya airlines dia akan amik for yang mempunyai pendidikan dlm pramugari only and how do u get even u dont have any pendidikan tentang pramugari? apply gitu je pun boleh ke? actually im the one who really want to be stewardess . help me pleaseee . thank you :)

PINATBATE said...

Awin,tulislah lagi

Luthfi Suib said...

Tahniah!

Fatin Nabilah said...

Salam. Kak ajwin, nak tanya sikit. Kalau interview dgn inter-excel ni mesti kena jadi student dia dulu ke? Or bila dia open interview anyone boleh pergi? Frust la asyik failed je interview :( Huwaaa

Unknown said...

assalamualaikum kak .. first of all, best sgt baca cerita kak. saya memang minat nak jadi pramugari dari kecik . saya paling suka nak jadi pramugari airline ni sebab pakai tudung. saya follow ig kak, saya punya semangat search kat google kak punya blog. dgn harapan kak tulis ttg pramugari ni. i really want to be like u kak. :') saya harap sgt2 one day dapat jadi pramugari airline ni. saya nak sgt .. tapi nak tau dulu, berat and tinggi berapa paling minimum utk jadi pramugari airline ni ? hope u dont mind to answer me. thanks a lot for sharing this awesome story .

seketul khaleeda said...

Wow.. akak cantik saya baru nak masuk 16 Dan bercita -cita nak jadi pramugari.selain airline tu take de lagi me airline lain Yang mengambil gadis bertudung sebagai pramugari? BTW nak E-mail boleh take?

pilot yohan said...

Dreams indeed come true! wow...u look happy my dear friend.

nabilpotter said...

Tahniah Ajwin

jamil said...

hai alwin...tahniah atas keputusan yang paling berani dibuat olih seorang gadis yang begitu tabah dalam menharungi kehidupan ini...tahniah sekali lagi

Unknown said...

Tahniah ! And kak awin please recmmd me to Miss Chong.. I know u bz if u free i alwys wait u ..reply please

Shakirah said...

Akak, how to apply for this job ??

Unknown said...

Assalamualaikum. Nak tanya, apa kriteria yang dicari oleh Saudi Airlines ya? Kalau macam saya ni berkulit gelap, agak-agak ada chance ke?

Admin said...

a very useful website, very good to always remember and must be taken care of thanks for the information.

Bisnis

Kuliner Online Laris


Bisnis Online Indonesia

Bandar Judi Online said...

very nice post, thankyou. Please Check Our News Update too

the solution to being rich

Judi Online Impian

gowatchseries said...

Enter Bradley Cooper as the dedicated DEA agent who has to muster considerable time and resources to even begin to piece youjizz things together and Michael Pena as his partner.

N said...

Salam sis, utk 2019 ada lagi tak bukak ambik cabin crew saudi airline?sy bminat nk jd cabin crew tp sy btdung.