Friday, October 12, 2018

Home Spa by Total Beauty

Assalammualaikum and hi everyone!


Sejak ada baby, saya sangatlah jarang, eh bukan jarang lah tapi rasa macam takde masa langsung nak ke spa, tak boleh nak ingat kali terakhir buat facial bila. It's just everything turned up so busy. Weekdays memang duduk rumah, weekend pun ada je plan and sibuk. Sangat takde masa nak manjakan diri and all. 


Sampai lah last week saya jumpa di Facebook tentang sesi facial di rumah! Home spa gitu. Kita terus buat appoinment. So semalam, beauty enthusiast from Total Beauty iaitu Fiona datang rumah saya yayyy! Kalau nak cerita service dari awal ok, firstly, Fiona memang punctual. Appoinment pukul 8 malam. Memang pukul 8 malam sharp dia dah sampai even an hour before tu Fiona texted me cakap ada traffic jam di KESAS sebab ada kemalangan. But estimated time arrival still bagitahu pukul 8 malam akan sampai tapi dia tetap inform kita which is very good. 

Then Fiona sampai, I asked her, kat mana yang selesa so mestilah atas katil kan. Husband pun dah ready jaga baby kat living room. Kita masuk bilik terus apa lagiiiii, ME TIME! Haha. Nothing to ready actually. Just baring and let Fiona do her thang. Easy peasy. No hussle. Tak payah nak dress up keluar bagai. Wasting time, minyak and duit tol yang takkan dimansuhkan haha. 

Apa yang saya sangat sangat suka is, before kita start facial, Fiona akan start dengan 8 in 1 Skin Analysis. Dengan menggunakan Skin Analysis device, Fiona akan check Hydration, Sebum, Pore, Melanin, Elasticity, Wrinkle, Trouble and Sensitivity kulit kita. Dengan menggunakan device yang sudah di link kepada iPad Fiona tu, Fiona akan scan muka kita dan kita akan dapat lihat di skrin iPad kulit muka kita. Memang macam mikroskope. Jelas sampai nampak pori dah macam lubang congkak ahaha.



Skin Analysis device yang akan zoom in muka kita dan terus nampak kat skrin iPad. So canggih eh sekarang. Jangan ingat bila home spa, kita tak boleh tengok skrin kulit kita ya. Sesetengah spa pun tak secanggih macam ni.


Ni contoh gambar kulit sis yang dah di capture. Kiri tu kulit sis compare dengan belah kanan iaitu kulit yg boleh dikatakan bad. Nampak tak pori pori yang jelas kelihatan ituuu. Belum cerita pasal clogged pores lagi ni..


Selepas buat skin analysis, Fiona mendapati kulit saya kekeringan yang amat. Ya, kulit saya jenis kering. Memang takde minyak langsung. Kadang kadang jealous dengan orang kulit berminyak sebab nampak glow je dua puluh empat jam haha. Siap berangan la beli clot paper tu acah acah kulit berminyak. 

Jadi bila dah tahu jenis kulit, Fiona decide untuk saya buat rawatan menghidrasi kulit supaya kulit akan jadi lembap dan lebih sihat dan segar. Treatment yang saya buat is Deluxe Dermasonic Facial. 

Bermula dengan sapuan make up remover yang kata Fiona sangat pentinggg. Honestly, saya memang berpuas hati dengan servis Fiona kerana she is so friendly, tak kedekut kongsi ilmu dan sambil facial pun sambil educate kita cara macam mana penjagaan kulit wajah yang betul. Terasa noob sangat bila banyak yang kita tak tahu ni. Serba sedikit yang boleh saya kongsi is, kita MESTI WAJIB pakai sunblock setiap hari pada wajah walaupun kita tak keluar rumah. Sunblock paling penting untuk kulit kita kalau taknak ada pigmentation ya. Dalam bahasa melayunya, jeragat. Kalau taknak ada jeragat, silalah jaga kulit muka anda dari sekarang ya adik adik. Pastu bila dah pakai sunblock, malam kita WAJIB cuci muka dengan makeup remover walaupun kita tak pakai makeup! Sebab untuk mencuci sunblock tadi kerana dalam sunblock tu ada chemical jadi kita perlu cuci dengan betul sebelum cuci muka. 


Clay Mask session yang best sangat! Mula mula rasa cooling sensation lepas dah nak kering tu rasa burning okay which is very good sebab clay mask tu sedang menarik pori pori kita yang tersumbat. Keseluruhan treatment adalah dalam satu jam setengah.


Produk kecantikan dan tools yang digunakan ialah dari jenama terkenal dari Amway USA, Artistry. I totally recommend facial spa oleh Fiona sebab lepas buat facial memang rasa kulit lembap and segar je. Tapiiii disebabkan saya buat rawatan malam, esok pagi bangun terus terasa macam lagi nampak effect nya tu. Muka rasa clean gilaa. Selalu bangun pagi nak cuci muka terasa alamak berbulunya kat kawasan hidung sebab banyak blackheads tapi pagi tadi rasa clearrrrr and licin jeeee seriouslyyyy. Dah la sangat mudah rawatan hanya dirumah. Totally recommended!!


Selepas selesai facial, Fiona akan terus check semula kulit kita dengan device tadi and so sekarang kita boleh buat comparison. Graf belah kanan sebelum facial kulit DRY. 55 ialah angka average. Tapi kulit saya 32 sahajaaaaaa. Tapi lepas facial, scan kulit terus naik 79 tahap hidrasi kulit saya! 

Sebenarnya bukan ni saja result yang kita dapat, kita akan dapat keseluruhan result. Fiona akan email terus result kepada kita so kita boleh compare. Boleh tengok scanning machine tu sebelum ni banyak clogged pores, lepas facial clogged pores terus berkurang dan sebagainya. 


Thank you Fiona for the great service! Really love my skin after the treatment. 

PRICE : Rm 118 ONLY
Including transportation
(Klang Valley only, extra charge for other area)

Sangat affordable kan? Mana nak dapat harga facial macam niii. Siap datang rumah lagi! Tak perlu nak keluar rumah, traffic jam and all. Kalau ibu ibu memang sesuai. Setelah seharian penat buat kerja rumah, malam bagi husband jaga anak jap, kita boleh la facial kejap. Kalau untuk yang berkerjaya pun sesuai, petang dah balik kerja boleh terus buat facial kat rumah. Nak tunggu weekend selalu sibuk and ada macam macam planning kan.

Kepada sesiapa yang berminat nak buat home facial by Fiona,

boleh follow Fiona di Instagram @fififionachai

atau 

Whatsapp +6012-3351788

Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera



The Face Shop x EH! Beauty Workshop

Assalammualaikum and hi everyone!




Terasa dah lama sangat eh tapi takpelah kita nak update jugak, lol, I went to The Face Shop x EH! beauty workshop last few week ha ha, I actually really had fun at the workshop, walaupun pergi sengsorang. Omg pishang jugaklah mula-mula, tapi dah biasa. Kerja dulu pun fly sorang jugak, masa briefing lah baru berkenalan unless if kerja dengan same crew yang dah pernah kerja sebelum ni. 



Before the workshop starts.. Meja sis depan sekali okay. Good student gitu.



So dalam beauty workshop ni, The Face Shop turut promosikan juga skincare product terbaru mereka iaitu The Face Shop Nokyong Collagen Contour Lift Gold Capsule. Omg I tried it and geram sangat nampak comel betul. Rasa nak masuk mulut pun ada nampak macam tang yuan je. Cara pakai is ambil one capsule guna spatula and kuah dia sikit sikit, letak kat tangan you alls. Pastu pop kan dia dengan jari (alah geramnya), dia akan melt and boleh sapu kat muka korang before guna foundation! Yes function macam moisturizer lah. Tapi kalau kulit korang sejenis kulit kering teruk, pakailah moisturizer dulu. Sebelum pakai foundation, nak pakai sunblock dulu pun ok memandangkan kat Malaysia ni panaih, kita kenalah pakai sunblock ya anak anak. 


Next is makeup tutorial from Cilibling using all makeup products from The Face Shop!


Our first activity was we have to clean up our face and do makeup exactly like what Cilibling do to our model just now. Workshop ni start pukul 8 pagi tahu. Penat sis spend time make up pagi-pagi kemain. Sampai workshop kena cuci make up. Tahniah sis! Semua make up di atas dari brand The Face Shop ya. I really like the cleansing wipes, pakai satu je cukup. Senang je cuci!


With Cilibling. Ni je hasil make up sis. Make up biasa biasa je. Terlalu limited make up yang diberi. Rasa geram nak keluarkan bronzer dari dalam bag!! Tak dapat nak shading tak puas hati har har. 


Next activity was DIY beaded necklace! This was my first time experience ever buat rantai manik, so fun! Ralit sangat buat. I totally suka dengan kerja kerja art sebegini.


Siap! My DIY beaded necklace with tassel! Cantik kan? I know. Hiks.


I truly enjoyed my workshop and manage to make some friends, Kak Farah and Kak Mun! Thank you The Face Shop and EH! for having me.

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Get It Beauty On The Road

Assalammualaikum and hi everyone!

Ada peminat K-Pop tak kat sini? Kalau korang peminat K-Pop, mesti semua artis Korea korang kenal, sampai ke makanan apa dorang makan korang nak makan or make up apa dorang pakai pun korang nak pakai kan? Ahaha. I know some of you mesti tahu rancangan Get It Beauty On The Road ni kan? Ianya sebuah rancangan menarik yang membawa penonton ke setiap drugstore dan mencuba pelbagai produk kecantikan iaitu penjagaan wajah, alat solek dan penjagaan diri tau. Kiranya memang best lah rancangan ni kita dapat ikut selebriti tu masuk drugstore and cuba macam macam produk. 

Yang buat lagi best ialah, rancangan Get It Beauty On The Road ni kini telah berada di Malaysia! Yesss so sekarang ada Malaysia punya version pula dan akan dihoskan oleh penyanyi terkenal tanah air, Kaka Azraff! Kaka tidak keseorangan yaaa. Bersama sama Kaka, ada lagi dua orang wakil dari Korea iaitu Min dan Kim Jung Min! So, Kaka akan bawa kita masuk kedalam drugstore di Malaysia contohnya Watsons dan Guardian atau mana mana kedai kecantikan, untuk mencari dan mencuba produk dari Korea. Best kan? Disamping tu, banyak tips menarik juga bakal dikongsi oleh tiga jelitawan ni!


Premieres on TVN Asia


Cover girl now guysss


Pretty Kaka Azraff as one of the host for Get It Beauty On The Road Malaysia


Don't forget to watch Get It Beauty On The Road on TVN Asia every Tuesday at 6.30 pm !

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera