Kau mahu caraku,sempurna untukmu,
Apa kau sangka ku ahli silap mata,
Ku berikan cinta,kau berikan dusta,
Kini kau kata hi hi,ku katakan bye bye.
Okay dan dan jer nak nyanyi lagu yang pernah meletup satu ketika dulu.Mentang-mentang title Hi 2010,Bye 2009.(-_-'')
Awin taktahu lah kenapa tapi masuk tahun baru ni,macam takde rasa apa-apa pun.Mungkin sebab dah besar (ceyy ceyy),dah matang (ceyy ceyy),dah boleh kahwin okay tu lebih.Sememangnya Awin bersyukur tapi mungkin perasaan ketika ini yang membuatkan sedikit tidak happy.Roh yang suci ni rasa tak tenang.Bila roh tak tenang,macam nilah kita.Rasa tak sedap hati la eh apa sedih-sedih di 1 hari bulan Januari 2010 ni?Hishhh.Shooohhhh shooooohhhh!!!
Awin tak celebrate New Year macam orang lain.Just duduk rumah tengok televisi sambil makan coklat buatan sendiri je.Tapi malam tadi,kami sekeluarga keluar jugak sebab seorang cousin Awin menyertai pertandingan karaoke.So,kami ramai-ramai pun support la.Terrbaikkkkkk wok.Wok disini bukan kuali ya.Harap maklum.
Lepas tu nak dijadikan cerita,Awin baru nak snap gambar kami sekeluarga, sekali bateri kamera kong daaaa.Sadis gila.Dahla semua dah lawa-lawa (ceyy ceyy hak tuih),kecewa je tak dapat ambil gambar.Paling sedih,tak boleh nak show off dalam blog.Heh heh.Jadi korang bayangkan jelah kami macam mana semalam.Takyah tengok gambar la eh.Sekarang memang stail bayangkan je.Ini serius.Tak tipu.
Seperti biasa,azam tahun baru Awin memang banyak.Macam-macam.Tak terlist kot.Nak dapat four flat,nak berjaya dalam apa yang Awin ceburi,nak berubah kepada yang lebih baik untuk Mama Papa,nak rajin update blog.Heee.And banyak lagi la.Nak ambik lesen kereta,nak cuba try Roti Gardenia Coklat Kismis pulak asyik makan Butterscotch je.
Okay jika anda mempunyai azam baru juga,marilah kongsi bersama.Teehee.Mana tahu saya dapat membantu anda mencapai azam tersebut kerr.
Sweet kan saya?(-_-'')