Thursday, December 27, 2012

Generasi Y!



Assalammualaikum.


Hi blog. So just nak cerita bende yang dah lama. Deepavali aritu. Sekarang ni kite cite benda lama-lama jela ek sebab takde benda baru pun wakaka. So,maybe I should change my blog title as 'I blogged history' ? Wakaka. Kalau blogger lain maybe may called this title as cite basi something liddat la tapi tak kisahla hihi. 

Actually sebelum Deepavali lagi, pada 9 Oktober 2012 , penerbit talk show, Generasi Y, En. Hisyam send invitation email pada saya, menjemput saya sebagai panel di studio. OMG OMG OMG!!!! (gaya Dian in IstanbulAkuDatang) Masa tu sangat terkejut, dalam hati cakap aku nak masuk tv ke ni??wakaka. Happy sampai dah terkinja-kinja atas kerusi ni pastu konon nak tengok kalendar, 9hb tu free ke tak. 

Sekali tengok hari tu adalah 11hb Oktober 2012.........Boleh tak, tak ingat tarikh? 
Okay Guy Rage Face Meme Round Sticker
Okay. Tarikh dah terlepas akibat tak reti check email selalu. Perasaan sedih hati hancur. Lagi sedih dari tengok The Vow. Saya reply pada penerbit. Say sorry sebab tak check email. Lol. Malu je kan. :( Then cerita dengan dengan Mama and berlagak dengan adik beradik. 

'Awin lagi sikit je lagi sikit jeee nak masuk tv tau..'

'Terlepas sebab tak check email je tahu..' 

Dorg replied, 

'Eleh dah terlepas dah pun..bukannya masuk tv betul-betul pun.tak yahla nak kenang-kenangkan lagi..entah-entah orang saje je kenekan kau..'

Lagi sekali..

Okay Guy Rage Face Meme Round Sticker

So the next day, saya check email lagi (ceh sejak tu terus rajin check email), OK. Penerbit replied!! 

'As Salam.

Awak 6/11/2012 (selasa depan) free tak? nk jemput sbg panel..

pape text sy dkt no yg sy kasi sblm ni.'


OMG OMG OMG!!!!! Ada second chance!!!! HAHAHA. Sorry saya gedik sikit. Penerbit offer second date, 6 November 2012. Hari Selasa. Hm malangnya pada masa tu, saya masih bekerja. Company saya kerja dulu susah nak cuti or even amik emergency leave. So dengan berat hati seberat badan saya sekarang (55kg aah dah naik :( ) saya just asking penerbit boleh tak bagi saya formal letter. (banyak sangat songeh kan) . Tapi hari Isnin, beliau email saya semula, tak dapat nak send formal letter sebab takde detail saya, and nak forwardkan hari rakaman saya pada 13 November 2012 sebab masa tu la Deepavali, so public holiday supposedly takde masalah la kan. Tapi..last minit masa 12 November 2012 saya dikejutkan oleh my team leader, saya kene kerja pada 13 November 2012!!!! Pissed off gila masa tu. Tapi nasib baik 3 jam je. Pukul 10am sampai 1pm. Rakaman at 2pm!! Bergegas la saya keluar ofis terus ke Angkasapuri. Ofis saya dulu di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan so agak dekat la dengan Angkasapuri. Thank you kepada my bestie , Umar yang drive kan saya hari tu :') 

So tu la perjalanan saya dalam memasuki dunia hiburan... weh masuk tv sekali je la oi wakaka. Maybe itulah yang pertama kali dan terakhir dalam hidup saya. Hihi. Thank you a lot to penerbit, En Hisyam, host Muaz and crew. Sebab bagi saya peluang ni! :) Muaz si pengacara pun sangat friendly and banyak ajar-ajar saya on belakang stage. Sampai - sampai je Angkasapuri yang memang first time saya masuk situ haha. Kitorang dah dihidangkan dengan Nasi Kukus Ayam Dara hihihi. Saya tengah menggelabah tak boleh makan haha. 

Ok so tu je ceritanya. Gambar? Sorry takde gambar haha. Gambar ada dalam phone my friend and my adik tapi tak ambik lagi kat dorang hihi sebab saya nampak gemuk. So takdela gambar hihi. Kepada blog!, thank you so much walaupun saya dah lama tak update kamu, tapi dapat jugak eh tawaran masuk tv kerana blog. Huhu. Sebab En Hisyam amik email saya dari blog ni lew. 

Ok bye! 




Tuesday, December 25, 2012

I've graduated!



Assalammualaikum.


Hi blog. Lama tak jumpa. Nyaris nyaris lupa password sudahhh haha. Dua kali signed in baru betul sebab tau password yang saya selalu guna dua tu je haha. Ok sekarang saya takde buat apa-apa, masa sangat banyak terluang disebabkan dah berhenti kerja. Huahua. First time kerja so rasa macam berat hati je plus kerja tu saya tak minatttt grr, and environment tak best, so saya resigned. Haha senang tak hidup?? -.- So sekarang saya just melepek kat rumah sambil tunggu result sambung study and at the same time, cari kerja jugak. Actually saya ada apply satu kerja ni dalam last month. Online application, submit resume, certificate etc etc. Pastu beberapa minggu tu, saya dapat email, dapat interview dengan company tersebut. OMG happy bukan main tahu. So I already went to the interview and..I passed the first interview and will be attending the last stage of interview on this coming January. Fuhh. Quite berdebar. Sebab job ni memang saya suka sangat sangat! Hihi. Dari kecik berangan nak kerja ni. So,kalau blog ni masih ada readers lagi, atau sesiapa yang membaca, wish me luck ok? :) Thank youuu.

Pada tarikh keramat (wah gitu) 3hb Disember 2012, adalah tarikh dimana penat lelah saya, mama papa dan semua kengkawan rasa hilang dan rasa bersyukur sangat dapat habiskan study saya selama 3 tahun di Uitm Segamat.   Dah lambat sangat nak say this, tapi nak cakap jugak Congratulations to me myself and friends!! Alhamdulillah. Thank you Allah! 

So this is us during the rehearsal or so-called Pre Graduation!








Tiba tiba ada the thinker. HAHAHAHA.


Semua nak jadi thinker sebab katanya bila pakai jubah konvo je, automatik rasa diri macam Einstein dkefhusehfvusdhv.















Enough with the pre graduation! Here comes the day.. my big day!! 

Masa ni banyak sangat benda berlaku, a day before grad, saya gi Sogo dengan Cik Nurul beli baju dan kasut grad (yes I love last minute shopping! Haha) Kat Sogo parking depan Surau so ramai orang macam tak risau sangat la sebab saya ada beg kat seat belakang. Beg baju sebab saya dari rumah kan malam tu nak tidur rumah Mama. Dalam bag tu ada, my journal, camera, charger, lens casing,payung lipat, botol air, beg mekap and tak ingat ape bende lagi. Lepas dari Sogo tu macam terus nak balik rumah sebab 2hb 12 birthday adik saya. Tapi tibatiba teringat berkenan kat satu beg ni kat Klcc. So masa tu fikir kalau beli masa tu, esok boleh pakai beg baru sekali. And yeah kitaorang singgah Klcc kejap lepas tu. Then parking kat basement. Beli beg and pizza lepas tu balik kereta tengok cermin belakang kereta kene pecah. Sangat sedih ok. Saya menangis nangis kat parking tu macam ...... Beg saya kat seat belakang tu kene curi. So habislah semua camera saya.. Sedih gila! Esok nak grad weh nak pakai camera apaaaaa! Memangla my fault tinggalkan beg dalam kereta tapi tak expect kat parking lot Klcc boleh jadi macam tu!! And frust jugak dengan guard Klcc tak take serious. Saya dah tak mampu nak cakap apa-apa and terus je balik. Tapi syukurla barang-barang yang saya beli kat Sogo (yang saya letak kat belakang jugak) dia tak curi!! Baju grad, kasut grad semua dia tak amik. Semua dalam plastik. Mungkin dia nak cepat kan. Pastu beg mekap saya terkeluar and terjatuh kat tempat kaki. Alhamdulillah. Sedih tapi terpaksa redha. Camera tu dah berkhidmat dengan saya lebih kurang 5 tahun. Sama usia dengan blog ni. Selama 5 tahun berblog, memang pakai camera tu je so memang sedih la cerita dia. Ok lupakan lupakan kisah sedih ini!! 

My parents. Keluar dewan tercari -cari mana mak ayah saya, jumpa Cik Deya, pastu Cik Nurul (Cik Nurul gave me that rose ferrero rocher purple bouquet! Hihi thank you love!) lepas tu baru nampak mak ayah saya dari jauh dengan Mama sambil memeluk teddy bear pink tu, Papa pegang bouquet lagi satu tu ala comelnya. Dalam hati rasa auwchhhhh terharunya!! I love my parents! Thank you so much! :')

**jangan tengok double chin saya**
Saya masih kategori kurus tettttttttt

Ok bye!