Ada peminat LuLu Hypermarket tak kat sini? Saya ler tuuu. Dari masa kerja dulu pun kalau singgah ke India, memang akan pergi LuLu Hypermarket sebab barang-barang dapurnya yang murah dan pelbagai jenis ada! Bila LuLu Hypermarket dah di buka di Jakel Mall, memang suka sangat sebab akhirnya LuLu Hypermarket dibuka di Malaysia! Tapi nak ke KL tu Allah hai terasa jauhnyalah kan untuk beli barang dapur.
Ha kini tak lagi tau. Bagi yang tinggal di area Cheras, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Permaisuri, Taman Shamelin, Ampang dan kawasan sekitar, korang boleh ke cawangan ke-2 LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall! Yerr kat sebelah Taman Rekreasi Pudu Ulu itu jer. Sangat dekat dah sekarang. Alhamdulillah, tahniah LuLu Hypermarket atas pembukaan cawangan ke-2 ni! Semoga bertambah-tambah cawangan lagi di masa akan datang. Sebabnya ramai kawan-kawan yang duduk di negeri lain tu makan hati je tengok kita shopping kat LuLu hehe. Jangan risau, sebab LuLu Group sedang dalam perancangan membuka 4 lagi cawangan baru di Malaysia pada tahun depan,2020! Yayyy!
LuLu Hypermarket cawangan ke-2 di Malaysia ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 1 Julai 2019 yang lepas. Cawangan baru ini sekaligus menjadi cawangan LuLu Hypermarket yang ke 174 di seluruh dunia, dan yang ke 2 di Malaysia. Apa yang menarik mengenai pasaraya ini yang tiada di pasaraya lain ialah gabungan jenama dari Timur Tengah. Pasaraya berkeluasan 80,000 kaki persegi ini juga mempunyai pelbagai section tau, antaranya barangan runcit, sayur dan buah buahan, electronik, ikan dan daging, makanan panas dan banyak lagi.
Bersempena dengan pembukaan cawangan baru ni, LuLu Hypermarket menawarkan harga promosi besar besaran selama 4 hari dari 1hb Julai 2019 sehingga 4hb Julai 2019 tau. Turut disediakan, hadiah istimewa buat 1000 pengunjung terawal! Jom kita bawa jalan jalan ke LuLu Hypermarket, 1 Shamelin Mall!
Beras wangi Jasmine 5kg ni cuma RM24.90 tau! Harga biasa ialah RM39.95.
Telur Gred C sepapan cuma RM5.99. Mana nak dapat harga macam ni?! Murah weh. Tengoklah sampai hampir licin menjadi rebutan.
Paling saya suka bahagian ikan segar ni mashaAllah memang segar segar dan cantik je susunannya tu. Nak pergi pasar beli ikan pun happy macam ni.
Bukan sahaja ikan segar, tapi tengoklahhh kerang ni. Besar kan? Sebesar tapak tangan ni. Nak masak rendang kerang atau sambal kerang pun puaslah niii. MashaAllah. Saya rasa kalau beli kerang ni, siap kena potong bahagi kot sebab besar sangat haha.
Roastery section. Serius macam kat Balad aje gayanya! Balad tu sebuah pekan kat Jeddah. Memang macam nilah susunan dan situasi di kedai kurma disana. Bahagian depan pelbagai jenis kurma, bahagian belakang pelbagai jenis coklat Arab..
Pilihan kekacang! Serius lepas ni takyah kirim kat orang dah weh. Nak kurma, nak kacang, nak coklat arab? Pergi sahaja di LuLu Hypermarket.
Tawaran harga promosi sepanjang 4 hari ni bukan sahaja pada barang makanan ya, tetapi untuk barang elektronik juga! Bagi sesiapa yang baru pindah rumah tu, sesuai sangat untuk belanja di LuLu Hypermarket ni. Peti Sejuk Sharp ni cuma berharga RM799 sahaja!!
Abang ni antara pengunjung yang bertuah sebab sempat grab TV Philips 40'' cuma berharga RM699 sahaja! Murah weh dahlah besar. Sis jealous T_T. Antara barang elektrik murah lain ialah, periuk nasi Pentec RM25, mesin basuh Samsung RM799, blender Panasonic RM60, pengering rambut Panasonic RM29.90 dan lain lain lagi.
Section untuk Cosmetics dan Body Care pun besar tau. Pelbagai jenama ada, dari botol hingga ke refill pack. Selain jenama Aiken ni, pelbagai lagi jenama penjagaan badan yang ada harga promosi. Semuanya murah murah belaka. Boleh beli stock terus sebab yang ni tiada had pembelian!
LuLu Hypermarket juga ada menjual homebaked cookies and cakes! Geramnya tengok chocolate chip cookies ni kan. Penuh dengan chocolate chips, banyak dan harga cuma RM5.20 sahaja. Pilihan pun macam macam jenis, ada oatmeal cookies, butter cookies. Ikut selera masing masing. Kalau sis, rasa macam nak semua sebab semua pun menggiurkan. Huaa.
Kalau lapar masa membeli-belah, jangan risauuu. LuLu Hypermarket ada menyediakan hidangan panas juga! Banyak sangat pilihan, tapi yang atas ni yang menangkap pandangan mata sis. Hyderabad Mutton Briyani dan Chicken Briyani. Sedapnya! Boleh terus makan kat situ sambil shopping sebab kerusi meja makan apa semua memang disediakan. Sangat mudah lagi lagi untuk keluarga yang bawak anak kecil nanti lapar nak makan nak minum, boleh terus duduk dan makan sahaja disitu. Para ibubapa pun boleh berehat juga sambil tu kan.
Apa lagi, jom ramai ramai ke cawangan baru LuLu Hypermarket, di 1 Shamelin Mall! Nak parking pun senang, dan mesti korang teruja dengan barang barang yang ada disini lebih lebih lagi jika korang memang tak pernah ke LuLu Hypermarket sebelum ni. Selamat membeli belah semua!
Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera
No comments:
Post a Comment