Mak mak macam nilah ya. Pagi pagi Sabtu, anak tak bangun lagi kita berblogging. Pagi pagi Ahad pergi pasar! Sejak berhenti kerja, dan kalau ditanya perkara apa yang saya gemar buat sekarang, jawapannya ialah, membeli barang dapur. Yes. Barang dapur aka groceries ni paling buat rasa jiwa tenang gitu. Over kau kan. Tapi memang ya. Sebab kita hari hari duk rumah tak keluar, hari hari masak, so bila dapat keluar beli barang dapur, rasa happy sebab pilih bahan nak masak dan finally macam dapat keluar dari sarang gitu.
Bila nak shopping barang dapur, kitorang memang suka pergi kat tempat yang kalau boleh, SEMUA ADA. So, nak beli apa, nak masak apa, bahan semuanya ada kat situ. Tak payah nak kena pergi kedai lain untuk beli bahan lain. Macam one stop centre la. Pastu, bahan mestilah segar dan murahhh. Haha siapa taknak beli murah kan. Jadi setiap minggu kalau takde tujuan lain, memang kitorang ke Segi Fresh Market di Subang Permai. Branch yang ni dekat sikit dengan rumah kitorang kat Shah Alam ni. Kalau balik rumah parents kat BTHO, baru kita ke Segi Fresh Balakong. Saya ada juga cerita membeli belah kat Segi Fresh Balakong, nak baca sila klik SINI ya.
Bila kat Shah Alam ni, kitorang ke Segi Fresh Subang Permai ni je dekat sikit. Sama je pelbagai jenis barang basah jugak ada kat sini. Saya jenis susah sikit nak keluar selalu, so memang biasa beli stok untuk seminggu. Memang siap bawak bekas tong ikan kalau pergi kat Segi ni. Paling puas hati beli sebab memang murah murah dan banyak sangat pilihan.
Kepingan ikan yang dah siap dipotong pun masih merah berdarah lagi. Nak pilih pun senang ambik yang besar je ops.
Banyak giler pilihan kan? Kalau setakat pilih stok untuk seminggu tu, memang kat sini ler kitorang pergi. Memang nampak apa je terus ada idea nak masak, tengok ikan merah terasa nak masak sup, tengok ikan cencaru besar terasa nak masak ikan cencaru sumbat sambal. Gitulerr.. Kalau korang jenis meniaga makanan, ada business, memang sis recommend datang ke Segi Fresh Market Subang Permai. Harga murah berbaloi korang beli.
Kalau tak percaya murah, tengok ni! Haha. Ikan Siakap seekor RM7.90 jer! Seekor tau. Hah pilihlah yang paling besar haha. Siapa yang meniaga makan tu enjoylah shopping ya.
Abaikan double chin sizz. -_-. Yang penting nak tunjuk dapat beli sotong putih segar ni hari tu. Balik terus masak Butter Chili Squid Pasta, sedap gilerrr memang fresh and gigit pun lembut macam melt in mouth jer tak liat langsung. Now I know the tricks to buy squid! Pilih yang putih dan segar! Serious balik dari beli tu korang terus masak. Kalau nak masak yang sis masak tu boleh check out resepi kat IG sis ok?!
Disamping tu, sis nak share juga tips cara pilih ikan segar kat pasar ni. Biasa orang buat check insang ikan kan, kalau merah darah tu memang segar lah tu. Tapi sebenarnya dari mata ikan pun kita boleh tahu juga. Contoh ikan atas ni, mata masih putih jernih,maknanya segarlah ikan itu. Double check, tengok insang pulak. Kalau mata ikan tu dah merah mengecut maksudnya tak segar sangat lagi lah ikan tu. Ok paham adik adik.
Pilihan sotong ada sotong putih sotong kembang. Pilihan udang ada udang harimau udang mantis. Isi kerang pun ada fresh bukan frozen ya. Isi pun besar besar. Nak raya haji ni, boleh beli nanti buat rendang kerang. Terbaik!
Pilihan sayuran hijau pun banyak dan segar segar! Mata kita pun sedap nak beli sebab takde yang rosak rosak. Kalau tengok sayur dah kuning kuning mesti hilang mood kan nak membeli. Lagi satu kalau korang perasan, masa ni saya dengan suami pergi pagi, so orang macam tak ramai lagi. Memang tenang je nak memilih dan pergi timbang. Bila dah nak dekat waktu tengahari, hambik mak datuk ramai dah orang datang, membeli dalam pukal. Saya syak orang orang meniaga makanan la tu ya datang Segi Fresh. So korang, kalau nak beli barang dapur tenang macam saya, datang awal pagi hehe.
Kitorang beli buah anggur dan laici ni. Susah tau nak cari buah laici segar! Selalunya duk beli laici dalam tin je kan. Ni makan laici segar sedap weh. Jarang nak jumpa. Kitorang beli stok buah untuk smoothies juga. Kalau nak tau resepi smoothies, boleh tengok kat IG jer. Sis selalu share resepi smoothies situ. Road to kurus kononnya..
Okay korang, sampai disini jer sis bawa jalan ke Segi Fresh Market Subang Permai. Kalau nak rasain sendiri kesegaran barang barang dapur mentah, korang boleh datang sini. Recommended for businesses and also, to housewives yang selalu kena masak macam saya. Lols. Dengan ini, sis akhiri blog sis dengan gambar udang segar ni! Sedapnya kalau buat masak lemak cili padi pedas pedas, pastuh hirup kat kepala dia tuh!!!
Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera
No comments:
Post a Comment