Tuesday, December 1, 2009

Ohh kawe doh bole kecek kelate doh

Saya ke Kelantan hari tu.Okay dah 15 tahun berlalu baru nak update pasal pergi Kelantan la?Haha.Maafkan saya.Sebenarnya saya excited gila kot nak cerita sebab ini kali kedua saya ke sana.Dalam kereta pun kepala kat luar je tengok Kota Bharu dengan mulut ternganga tangan kat luar semua nak sentuh udara Kota Bharu okay penipu gila saya ni.Sila tepuk tangan.*tetibe

Awin menjadi fasilitator untuk pelajar Tingkatan 2 dari sekolah-sekolah area Kuala Krai.Program dari PPD.Saya ada kawan nama dia Atiq.Haha.Okay sebenarnya tengah tak tahu nak tulis apa dan kawan saya yang bernama Atiq suruh tulis macam tu.Jangan salahkan saya.Oh ya Awin kat McD depan rumah dengan kawan-kawan lama masa sekolah ni!!Lama gila tak jumpa ramai-ramai begini.:')

Baiklah,tentang Kelantan,dimana kita tadi?Aha. Saya dah tiada idea sebab dah lama dah cerita ni.Haha tapi nak masuk dalam blog juga.Haha entah apa-apa kan?Membosankan sungguh saya ni.Tapi apa yang pasti,saya suka Kelantan.hehe.

Okay.Dibawah adalah jadual kem saya pada musim cuti ni.

18-20 Nov - Hostel Pantai,Kelantan
3 - 5 Dec - Bendang Man Resort,Kedah
7 - 9 Dec - Hostel Pantai,Kelantan
11-13 Dec - Masjid Wilayah,Kuala Lumpur

Nampak tak sekarang?Nampak tak yang saya busy gila cuti ni?Ke awak nampak saya akan ke Kelantan lagi 7hb ni?Hee.Haishh takde masa nak vote diri sendiri di Dove 3R Freshy.Kahkah.

Ini ada beberapa gambar adik-adik di Kelantan.:) and tak lupa juga gambar fasi-fasinya.hehe

Saya,Kak Ira dan Nadia.Rindu seh dengan Kak Ira!


Takyah nak bajet panjat pokok kelapa la an an an totemodaisuki doraemon.


Excited lebih..


Okay cukup Awin.Kata tadi nak tunjuk gambar adik-adik.Ni kenapa gambar fasi pulak yang lebih?Haishh.Kantoi fasilitator tak cukup matang lagi ni..


Okay.Ini gambar adik-adik tersayang..(Ceyy nak selit jugak tu kakak fasi.Kahkah)


Adik-adik lelaki.Nampak kecil-kecil tapi jangan main-main nih.Dah habis kem,mesej Kakak Fasi cakap awak saya lagi.Amboi romantik lebih.


Adik-adik perempuan.Comel-comel nih.Nak kahwin esok,jemput akak.*tetibe


Masuklah juga gambar abang-abang fasi.Ceyy ceyy.Ni Shahmi dan Abg Leh.Gambar Abg Zuhan dan Abg Zool takde nak masuk.Sorry.Jangan merajuk pulak.Teruskan mengundi Awin kat 3R!!Haha.


Salah satu game kami.Mummy Returns!Di Star Movies channel 413 sekarang pergi tengokkk!!!*tetibe lagi.(-_-'')

Wednesday, November 25, 2009

Vote For Me!!

Bismillahirahmannirahim..Okay mula-mula sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya terpilih sebagai Top15 3R Freshy.Alhamdulillah..:)

Saya start masuk pertandingan ni pada tahun lepas.And bulan puasa hari tu dapat tahu yang saya terpilih sebagai Top150.Saya dipanggil untuk ujibakat.Ya.Macam-macam dugaan halangan cabaran dan rintangan yang terpaksa saya hadapi ketika tu.Haha.Audition habis pukul 5.Tapi saya dan kawan saya,Nadia sesat sampai dah almost pukul 6 lebih.Dahla datang lambat,tak bersedia,gila lah.Tapi Alhamdulillah saya terpilih juga sebagai Top15.

Saya gembira gila bila tahu saya terpilih.Lepas ni,kelima belas orang contestant akan diundi oleh orang ramai.Dan hanya 3 orang yang akan dipilih untuk menjadi pengacara 3R.Peserta yang mempunyai highest vote akan mendapat Miss Most Popular Award and automatically akan dipilih sebagai pengacara.

Okay nape tulis entry ni rasa macam sebak nak nangis ni.Eceyy.

Disini,saya nak mintak tolong pada semua orangggggg.Orang-orang pun boleh juga.Tolong VOTE saya!!Tolong tolong tolong!Please please please! Maybe cara mengundi a bit leceh tapi vote je.Hehe.Tak susah pun sebenarnya!Senang je!

Okay first klik website 3R atau klik SINI untuk lebih mudah.

Then click VOTE NOW.
Hanya perlu Sign Up.Dan masukkan email serta password.




Untuk melihat video,bole klik pada gambar ya.Ehehe.


Next,click VOTE ditepi nama.




Akan keluar ini, :)
So please please please vote saya ya..Oh ya satu email maksimum 5 kali saja vote.Jadi,gunakan semua email anda untuk mungundi saya!Hehe. Jasa baik anda amat saya hargai.Dahla saya baru tahu yang voting sebenarnya dah bermula!Sedih gila tahu lambat...:( Apa-apa pun,jangan lupa ya vote saya.Hehe.Terima kasih banyak banyakkkkkkkkk!

Wednesday, November 18, 2009

Kaki saya saiz 6 kadang kadang 7 and kalau pakai Converse saya perlukan saiz 5

Hey yo whats up people.Apa bikin cuti ini?Kalau tak cuti,belajar lah atau bekerja lah kuat-kuat ya untuk masa depan yang cerah.Nanti bila dah selesai berusaha, cuba ukur dengan pengukur kecerahan Garnier atau Fair and Lovely.Semoga berjaya.

Oh ya saya ada berita buruk disini.Dengar ya orang-orang Kampung Selasih,dukacitanya dimaklumkan saya mempunyai masalah besar sekarang. Kasihan saya. Saya harap saya dapat kongsi masalah saya ini dengan pembaca-pembaca yang setia bersama saya (cehh cehh budget gila tahi kerbau) Haishh. Sungguh berat hati saya untuk memberitahu kamu.Kerana saya tidak ingin kamu juga turut sedih akan masalah yang saya hadapi ini. Tetapi ingin saya maklumkan juga pada kamu yang Streamyx di rumah ku syurga ku mempunyai masalah dalaman.Saya,seorang yang mempunyai blog tidak dapat meneruskan kehidupan normal buat seketika.Tidak dapat berkongsi cerita saya di blog.Tidak dapat membaca email-email penting.Tidak dapat bertanya khabar rakan di Facebook.Kasihan saya.Rakan-rakan juga asyik bertanya bila nak update bila nak update.Bak kata Nani,Lambat gila update!Bila bukak je,asyik sawadeeka sawadeeka sawadeeka!Tension tahu tak rasa macam nak updatekan je blog awak ni Awin! Heh heh.

Okay lupakan kisah sedih.Kini kita ceriakan kembali hari kita! Cehh bajet macam dalam Macam Macam Aznil musim terbaru je.(-_-'') Saya kini berada di Kelantan untuk shooting filem terbaru,Ajwin's Body.Haha Gotcha tipu je!Kamera disana! Sebenarnya saya kesini ialah untuk menjadi Fasilitator kepada pelajar Tingkatan 2.Kem motivasi terletak di Pantai Cahaya Bulan.Oh ini ialah kali kedua saya menjejakkan kaki bersaiz 6 kadang kadang 7 and kalau pakai Converse saya perlukan saiz 5 ke Kelantan Darul Naim.Kali pertama ialah sewaktu saya berumur 12 tahun itupun kerana mengikuti lawatan sekolah selepas UPSR.Bayangkanlah wahai tuan-tuan dan puan-puan betapa lamanya peristiwa itu berlalu.

Saya juga mempunyai sedikit masalah ketidakfahaman bahasa disini.Haha. Sumpah bila dengar dorang cakap dialek Kelantan laju gila and tanpa disedari mulut ternganga dan terpinga-pinga.Haha.Malu dahh.Okay takpe.Esok saya cakap bahasa Sarawak pulak biar mereka pula yang mulut ternganga dan terpinga-pinga.Uwek uwek padan muka!Haha.

Okay saya rasa sampai disini saja hujahan saya.Oh sebelum terlupa sesuatu yang penting,HAPPY BELATED BIRTHDAY TO AJWINAJEERA.BLOGSPOT.COM .DAH SETAHUN SEMINGGU DAH UMUR KAMU.HARAP KAMU PANJANG UMUR DAN GEMBIRA SELALU..:')