Tuesday, October 27, 2009

Sawadeekaa

Pulang ke rumah tempohari adalah untuk berfoya-foya bersama Mama kesayangan saya di Hatyai,Thailand sedangkan peperiksaan Final sudah memanggil-manggil dari jauh.Dan semakin dekat,dekat,dan kian dekat dekat dan dekat.Yeah.Yelah tu Awin.

Tak lama pun kat sana.Hari Isnin at 4am lebih kurang macam tulah dah pulang semula ke tanah air tercinta,Malaysia.1 Malaysia.Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Sedappppp sehingga menjilat pinggan,sudu,garfu,kendi omg...,bahagian takungan air lepas basuh tangan kendi omggggg...dengan ada nasi-nasi sikit okay dah.

Waktu ni Awin dan Makteh tak makan sebab kami on diet.Ahah.Dietlah sangatttt kan.

Mama kata nenas comel lote ni manis.Tapi saya tak makan lahh.Saya memang tak makan nenas,durian,nangka,cempedak,okay you name it.

Okay.Ini pun saya tak minum,tak makan.Gila mengada kan.

Terserlah lah kegembiraan di muka berminyak dapat naik Tuk Tuk.

Kain cotton,Thai Silk sangat murahhh.Dan juga white gold disini sangat murahhh.Mama belikan saya bracelet dan cincin.Eheh.

Waktu ni depan mall ada satu upacara agama Buddha and budak budak ni semua pukul kepala dengan tukul lah,asah parang kat lidah lah.And ada seorang lagi tu bakar mercun cina yang merah tu sambil stay kat situ jugak.Perghh scary gila.

Siang esok tu tarian ini pula dihadapan mall.Ni macam untuk panggil orang pergi ke Fun Fair macam tulah kot.Dorang menari ni dengan lagu Nobody by Wonder Girls..I want nobody nobody but you..Yeahh.

Ya.Awin tahu Awin lah Wonder Girl Mama.Ceyyy haha.









Yeahh.Terliurlah anda disana. HAH HAH HAH.

Okay nak balik.Belajar.Finallllll issssss cominggggggggggg!

Friday, October 23, 2009

Eei mana passport Awin nih.

Pertama sekali,terima kasih ya pada kamu kamu yang meninggalkan komen di previous entry.Awin dah pergi klinik Penawar and Doctor Penawar kata Awin panas dalam.And sebenarnya kalau hidung berdarah tak perlu pergi klinik pun takpe.Tapi Awin semangat lebih,pergi klinik.And Doctor Penawar kata juga,Awak ni kelakar lah.Good sense of humour.
(-_-'')

Sebenarnya sekarang kena pergi bersiap sebab pukul 10pm kejab lagi Awin akan bertolak ke Jeng Jeng Jeng.Oh ya Awin dah ada kat rumah tercinta sekarang.Hee. Baru balik tadi.And tadi jugakla Awin online Facebook,Myspace,baca email, Blog.. Barulah dapat approve approve apa yang patut.Serious kat Segamat Awin susah sikit nak online.Kalau dapat online pun,sumpah lembab gila WiFi.Mentang-mentang free. Kalau ada pertandingan berlari antara Kura Kura dan WiFi UiTM Segamat,Kura Kura pun boleh menang dengan perbezaan mata sebanyak ala janganlah lebih lebih sangat Awin.

Kembali kepada topik.Waktu Awin online tadi,sempatlah baca beberapa blog sahabat handai.Kalau kat kampus,bukan tanak baca.Tapi memang tak sempat and dengan kelhembhatan internetnya lagi.Dalam banyak banyak blog Awin baca tadi,Awin ada terbaca satu blog kawan Awin ni.Dia cakap tentang sesetengah orang yang sombong tak reply komen semualah.Awin kan Awin kan Awin macam terasa ohh.Haha.

Awin memang sedar yang sekarang Awin dah tak banyak berbual dengan kawan-kawan blog especially.To KakYana,KakDida,Iwal,Zahra, and ramai lagi.Kalau dulu before Awin sambung study,kita selalu borak borak kan.And Awin setiap hari update blog.Heh heh.Sekarang jarang gila update sebab banyak sebab.Laptop pun tak beli lagi sebenarnya.Dan sebenarnya.Kalau Awin online tu,mesti diantara kat kelas,lab,cc,atau guna laptop Kakak Roommate.Awin rasa guilty jugak sebab semua rajin tinggalkan mesej kat shoutbox Awin even Awin tak sempat reply.Thanks and sorrrrrrryyyyyyyyyyyyyy sangat.

Okay nak siap ni.Passport pun dah jumpa.Sebab sambil update blog ni,sambil cari passport Awin hilang.Baguskan.Nak final dah ni.Sempat lagi merayau.Tolong lempang Awin sikit.Okay bai.

Wednesday, October 21, 2009

Somebody call 911,shawty fire burning on the dance floor

21 Oktober 2009-Rabu.Awin ada something nak cerita pada semua.And terasa sangat teruja nak cerita ni!Heh heh.Lately ni Awin memang selsema.Dah lama jugak selsema.Pergi klinik sampai 2 kali.And malam tadi sebelum tidur macam biasa kena hembus hingus banyak banyak semualah kan.Bayangkanlah hingus Awin hujau lekit lekit cendol okay tak lawak.

Then,pagi tadi masa Awin tengah tidur,tiba-tiba terasa macam ada hingus meleleh dari hidung.Tapi macam blur gila.Awin takde nak tarik balik pun hingus tu.Awin macam ni mimpi ke apa,biar jelah dia mengalir.Haha.And serious shit laju gila mengalir.Lepas tu bila dah tak tahan sangat,Awin bukaklah mata ingat nak lap ceyy dah ada kesedaran baru nak tahu malu ada roommate nanti tengok and cakap dalam hati,Eei apa budak ni pengotor betul tengah tidur dengan hingus meleleh leleh.Hahaha.And bila Awin bukak mata and lap je tengok kat tangan Awin penuh darah ambik kau.Daripada mamai mamai terus terkejut,segar terus.Haha.Lepas tu terus tengok bantal,basah dengan darah dah.Ambik kauu.

Awin pun terus bangun and tengok kat cermin.Hidung Awin berdarah!!Haha. Sumpah panik gila. First time kot.Awin terus kejut Kakak Roommate.And she was like,Hidung Awin berdarah?Pergi ambik tisu..Dan kembali tidur.Haha.So Awin ambik tisu and laplah sorang sorang akan hidung yang berdarah ni.Masa tengah lap pun,dia mengalir lagi.Perghhh agak risau jugaklah.

Awin rasa badan tak panas pun.Malam semalam mandi basuh kepala semua. And air mineral sentiasa menjadi teman.Cehh.Tapi kenapa hidung boleh berdarah ni?Dahla masa tengah tidur.Apa salah saya?Haha.Ianya macam kita tengah tidur dengan muka innocent tiba-tiba darah keluar dari hidung.Tak buat apa-apa pun ohhh.Ahaa.





Ingat nak ambil gambar muka dengan hidung berdarah tapi taknaklah.Muka baru bangun tidur busuk sangat nampak.Ehem ehem.

Time tengah pelik fikir macam mana hidung boleh berdarah tu terus terfikir masa tidur tadi mana ada mimpi basah oh.Haha.Sebab kalau lelaki tengok perempuan seksi,hidung berdarah kan?So,Awin mimpi apa ek semalam..Haaaaaaaaaa hah hah.

Monday, October 19, 2009

Bila Study Week tak ada,





makanya terus Final lah.

Wish me luck. Heh heh.

Dah plan macam macam dah untuk cuti nihhh

Haish semangat.

Mentang mentang kat Segamat.

Sapa suruh malam malam guna minyak gamat.

Eh dah la panjang cerita lah.Tensionnn!(emo tetibe tanpa sebab.(-_-''))

Saturday, October 17, 2009

LipIce, ya Lipice.


Okay dulu dulu dulu dulu Awin telah memasuki Peraduan Bibir Menawan Lipice.Menawan ker? And dapat saguhati.Dah gembira dah. Tapi baru sekarang sekarang sekarang sekarang nak update.


Jadi,ucapan saya sempena kemenangan saguhati ini ialah terima kasih kepada semua yang mengundi ceyyy ceyyy dan tak lupa juga buat Mama yang belikan saya Lip Balm LipIce dulu dulu dulu dulu kat 7 Eleven tu.Ya.Saya juga sudah berubah sekarang sekarang sekarang sekarang kerana telah mampu membeli sendiri Lip Balm LipIce.Terima kasih kepada Insentif Makanan.PTPTN bila entah nak masuk.Kalau PTPTN dah masuk,boleh upgrade beli sendiri LipIce Sheer Color pulak.(-_-'')

Boom!

Baru nak update cerita baru tapi mengantuklah pulak.
So,esok jelah update.
Good night!
Haha.

Thursday, October 15, 2009

Perghhhhhh

Lama gila dia tak update siot.
Hahahahaha.