Thursday, December 9, 2010

Mochitsuki Festival.

Assalammualaikum. Hari tu saya ke rumah mak angkat saya di Yokohama. Lebih kurang dah 3 tahun tak jumpa. Memang tak sabar dan teruja sangat nak jumpa. Sebenarnya saya kenal anak dia dulu mula-mula, Yu Ishii sebab dia exchange student kat Malaysia masa 3 tahun lepas. Memang rapat la dulu dengan dia. Yu memang stay rumah saya. Lepas tu bila dia balik Jepun,masa tulah baru berkenalan dengan family dia semua. Orang Jepun ni memang baik gila. Kalau kita buat baik sikit je dengan dorang, dorang akan reply berganda-ganda lagi. 

Macam mak Yu ni, Mrs Chieko Ishii, sebab Yu stay dengan kitorang, terus hantar Malaysia macam-macam hadiah dari Jepun. Bukan sekali dua pula tu bagi hadiah. So kitorang pun berbalas-balas lah hadiah. Saya datang Jepun ni pun bukan main excited nak bawak jalan lah, ajak datang rumah semua. 

Masa datang rumah dia, kebetulan ada Mochitsuki Festival kat kawasan kejiranan situ sebab untuk menyambut tahun baru. Dorang pun bawaklah kami sekali kat sana. :)


Salah satu cara-cara membuat mochi (Japanese rice cake).

Beras pulut dimasak semalaman pastu ditekan kuat2 dalam tu menggunakan kine dan usu sampai jadi doh.

Ada hati jugak tu nak tekan mochi guna kine tu. Uh kayu kine tu boleh tahan berat ok. 

Mama and Yu Ishii.

Lepas tu kitorang terus ambik mochi dan makan kat rumah. Sedappppp oh. Yang putih tu mochi takde perisa, yang kedua tu mochi with soy sauce, ketiga mochi with soy powder and yang atas sekali mochi with sweet red bean. Saya paling sukaaaaa yang ada red bean tu sedap sangat! Oyishiiiiiiii!

Errrk alhamdulillah.

Take care! :)



18 comments:

cimut munniey :) said...

wooowww! bahagia nya dia disana! xhengat dah disini :) HIHIHI

aBoi said...

handsomelah yushi tu..

Dayana Nasir said...

wahhhhhh..bestnye dapat jalan2 kat negara orang.. erm..mochi tu rasa dia camne eyh??

nurayunni said...

bestnye...nak ikut jgk ajwin....

Cute Mommy said...

beshnye ader mak angkat kat luar negara..

kembatolo™ said...

makan makan makan.
best oh.. haha

FieZa9 said...

Tak tahu kenapa mula-mula baca nama Yu Ishii ingatkan dia perempuan (=.=!)

Nurul Ain said...

beshnye holiday..

(^.^)

Encik Tikus said...

awat mochi tue laen macam ? h

Db Cooper said...

perkh, gua ngidam kot nak pg jepun

Fxysche Nas said...

licin!!!
hehehe dap2

Amirez said...

seronoknya awin.
pengalaman yang sangat2 berharga

fifianggun said...

seronoknyeeeeee

FarhanaFabulous said...

beshnyeeee dpt g jepang ! hehe...

miyoshu212 said...

mcm sedap je mochi 2...sedap ke..??hehe

pilotHans said...

nak mochi gak laa..sounds cute..wahahahah....red bean? mane2 yg last pic ujung chopsticks tue ea...wow..

p/s peminat pau kacang :p wpun xde kaitan ngan pic..haha..

bukan photographer said...

kat malaysia xd ke jual kuih mochi?

akuzle said...

mmg mcm besh tgk mochi tuh...teringin nk rasa