Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun.

Assalammualaikum. Agak sedih bila tengok berita tentang gempa dan tsunami yang berlaku kat Jepun semalam. :( Maybe sebab saya baru saja melawat negara tu akhir tahun lepas. Sebulan kat sana, saya mengaku saya jatuh cinta dengan tempat tu. Sumpah best. Cuaca sejuk. Sebab masa tu musim luruh nak masuk sejuk dah pun. Rakyat diorang yang hormat menghormati, sopan santun gitu. Kawasan bersih. Berdisiplin. Nak naik train pun beratur sorang-sorang. Takde berebut. Masuk lif beratur. Naik eskalator beratur. Sebelah kiri untuk biasa sebelah kanan untuk orang yang rush. Banyak sebab lah sampai saya rasa bila habis belajar saya nak kerja kat sana. 0.0 Kerja kutip sampah kat Jepun pun sama gaji dengan kerja kerani kat Malaysia. 0.0 Apatah lagi kerja kerani kat Jepun. Okay apa apa jela tapi Jepun memang best.

Rasa sedih sebab saya tak tahu keadaan keluarga angkat saya kat sana. Mr Takaaki, Mrs Chieko, Yu, Erin, Lee. Kawan kitorang yang lain, Kouhei dan Takuya. Ya Allah serius risau. Mama kata nak call malam ni :( Dorang tinggal kat Yokohama. Maybe jauh sikit but still kan. Maybe terputus hubungan telefon. Cikgu dan abang saya rasanya ok sebab dorang stay dekat Kyushu. Jauh dengan Sendai. Alhamdulillah cousin saya, Ernay baru saja balik Malaysia hari tu tapi area universiti dia tak kena pun tsunami. Just rasa gegaran gempa sikit je. 

Saje nak share, masa saya ke sana, ada one time tu saya dan Mama duk bersila kat sebelah katil tengah berborak. Cousin pergi kelas. Housemate dia, Kak Fatin je ada kat rumah masa tu. Kak Fatin ada kat dapur. And rumah tu sangat kecik so saya dengan Mama yang duk dalam bilik ni boleh nampak la Kak Fatin kat dapur tu. Lepas tu tiba-tiba kitorang rasa rumah bergegar. Rumah cousin saya tu tingkat 2. Lampu kat siling semua goyang-goyang. Takde lampu pendaflour kat sana. Masa tu saya ingat ada orang gerudi kat bawah. Tapi serius bergegar gila. Pastu Kak Fatin stay berdiri dengan muka cuak cakap ni gempa. Huhuhu tanak terus cuak kan. Tapi kejap je dalam 10 minit. Then dia kata gempa kecik macam tu memang biasa jadi. Tengok keadaan. Kalau gempa tu sampai lampu dah terlanggar siling, barang jatuh jatuh ke baru keluar rumah atau duduk bawah meja. Okay prefer keluar rumah lagi kot. Wuuu. Tulah pengalaman pertama saya rasa gempa bumi walaupun 10 minit je. Cuak jugak ok sampai rasa nak kene asthma. 0.0

Terfikir train bawah tanah, JR Lines yang kitorang naik ke Asakusa, Tokyo, Ueno semua tak boleh naik dah sebab gegaran gempa tu. Sedihnya. :(

Semoga semua rakyat Malaysia disana dan rakyat Jepun selamat.


4 comments:

izuddinrahim said...

mintak2 semua selamat. =)

LynnAiza said...

#prayforjapan (upkan trend twitter kt sni tetiba)

-anyway,my cousin pon alhamdulillah selamat..tp still risau jgk mula2..time jadi,dia bawak baby keluar shopping..so,time betul2 jadi smlm tu memang her husband cannot reach her..kecoh jugak la semalam..thank god la takde apa2..^_^

joegrimjow said...

xpernah lg rasa gempa bumi

Cute Mommy said...

pernah rasa gegaran masa tahun 2004..Tsunami yang melanda Acheh tu..tapi kan kat Malaysia pon rasa gegaran tuh..masa tuh tgh study nak exam..mmg menakutkan la...