Sunday, January 27, 2013

Cerekarama hujung bulan.

Assalammualaikum.

Malam semalam, dalam pukul 8 malam, lepas je makan terus rasa macam teringin pulak nak makan kek. Biasalah tekak ni memang saje bagi badan ni membesarrr. Pastu tak tau angin ribut apa yang datang, tiba-tiba je rajin gi dapur buat kek. So, pilihan kek untuk kita mengekek semalam adalah kek rainbow. Padahal leceh tu nak buat nak kene bakar satu-satu. Tapi tulah angin rajin dah mai. By the time dalam pukul 10 malam kek dah siap..Siap bakar jela sejukkan atas redai. Pastu pukul 10 malam tu terlayan pulak Cerekarama, Anak Sampah. Ok sedih gila menangis 232944 kali kat situ ha sengsorang depan tv. Ok bukan sengsorang. Dengan mama sekali. Haha. Mama lagi emosional nangis tapi saya kononnya nak usik Mama padahal nangis jugak kahkah. Nak tunjuk macho la sikit. Sedih woo. Mungkin sebab ada naluri keibuan dalam diri. Sila muntah sekarang. Lepas tu tadi tengok cerita, Janji Shirah. Oh my god nak nangis 3213198 kali jugak apesal?! (yang ni pun Mama nangis) Sedih jugak ok. Dua dua cerita pasal ibu anak, hmm memang naluri keibuan level 99 ni. 

Ok so semalam lepas je cerakarama nangis-nangis habis, saya sambung mengekek. 
Time for deco!  


Done! Cantik tak deco saya?! Wakaka. Ok malas nak buat cecantik sebab tak sabar nak mencekik. By the way hari ni ada kenduri doa selamat kat rumah saudara. Tak teringat langsung pun semalam yang hari ni ada kenduri tadi. So kenduri tadi saya bawakla sikit buah tangan kek rainbow tak berhias ni. Alhamdulillah rezeki orang nak pergi umrah. Kenduri doa selamat dibuat untuk ahli-ahli keluarga yang dah meninggal dunia and sempena pemergian Makteh and Pakteh saya ke tanah suci. Semoga selamat pergi dan balik. Doakan kami disini! 

Thanks for reading!


Tuesday, January 22, 2013

Lempeng Kari Ayam

Assalammualaikum..

Wah dah lama tak update makanan kan?! Ok kali ni kita bersiaran semula bagi membuatkan mulut-mulut anda semua berair (mouth watering. wth?) Menu kali ni simplest je you olls. Memang kejap je boleh siap lagi-lagi kalau Kari Ayam pun guna instant. Tapi kari ni tak instant la. Kitorang satu family memang suka sangat makan lempeng. Tapi lempeng biasa je la. Kalau lempeng kelapa ke,lempeng pisang ke sorry tak berapa nak masuk tekak huahua tak tau la kenapa. Tapi kalau lempeng biasa ni, memang berebut la semua.

Alahai nak bagi resepi lempeng macam segan je kan. Campak je tepung gandum, air, garam sikit, serbuk kunyit sikit masuk dalam blender, blend sampai sebati..settle. Serbuk kunyit tu jangan masuk segenggam pulak, sekadar nak bagi warna je. Bagi lempeng nampak kuning kekuningan sikit. Sebelum tu, masak kari dulu. Atau tak kisah la depends pada tekak engkorang nak cicah lempeng dengan apa. Tapi kalau stail saya, saya tak suka masak kari dengan santan. Suka jenis macam kari mamak la. Kira macam gaul serbuk kari dengan air pekat-pekat,banyak semangkuk, gaul sekali dengan daun kari. Mula-mula tumiskan bawang,then bila dah agak-agak ok tu, bau pun dah semerbak, hah masukkan pula bancuhan serbuk kari tadi. Tumis-tumis bersama sampai naik bau, then bolehla masukkan air. Masukkan ayam, kentang, garam. Haha senang je kan. Biasalah kerja kita mesti cari yang mudah je hihi. By the way, menu ni lah selalu kite masak kat Jepun dulu haha. Sebab santan takde, masak jelah kari tanpa santan pastu rasa macam lagi sedap je. Wakaka. 

Sediakan daun pandan and butter. Tapi sebenarnya lagi sedap kalau guna minyak sapi. Macam nak buat roti jala. Tapi minyak sapi takdok la masa ni.

Bancuhan tepung kittew..



Amboih. Dua keping teruih ni. Haha. Ok thanks to myself. Dah craving lempeng sekarang.


Thanks for reading!


Sunday, January 20, 2013

Mama's 47th Birthday

Assalammualaikum..



Ok tahu dah lambat tapi nak proceed terus. :D Pada 2 Januari 2013 yang lepas, Alhamdulillah we have celebrated my lovely Mama's 47th Birthday! Alhamdulillah. Semoga Mama panjang umur, murah rezeki, sihat and happy selalu. Sayang Mama! At first kononnya nak surprise..Tapi my Abang tak reti buat surprise lar derr.. -.-. Gerrrrramm jer and sabar jerla. Haha. Sebabnya pagi before birthday tu, sebelum dia pergi kerja konon cakap bisik-bisik suh saya beli kek sebab dia busy. Ok je la kan. So satu hari tu, saya dengan Cik Nurul cari hadiah for my mom at Mid Valley.. :)

Malam tu bila dah sampai rumah, ntah macam mana.. Tak jadi pun surprise haha. Sebab Mama tahu kitorang beli kek -.-. And abang, dia bagi handbag as birthday present to Mama. Saya pulak..terpaksa cakap sorry kat Mama tak sempat nak cari hadiah.. Dapat bawak balik kek and pizza je. Sorry Mama..Mama cakap takpe.. Dah cukup happy dah ni. :')


Choc Indulgence from everyone-knows-where-I-bought-this
*omg pls ignore the foot**bukan my foot**malas nak crop**omg!*


Before Mama blows out the birthday candles..


Lepas nyanyi Birthday song, terus saya keluarkan hadiah from my handbag..Hehehe SURPRISEEEE!!! Haha. Hadiah hasil perkongsian dengan Cik Nurul haha. We bought a 100ml Estee Lauder Pleasures! Mama terkejut gila sebab perfume Mama baru habis few days before tu..Haha. Mama memang pakai perfume ni sajeeee sejak dari zaman anak dara gitu. So botol perfume pun memang beli yang besar punya je. Tapi lucky us, birthday Mama 2 Januari kan , so masih sempat merasai year end sale haha. 


Mama with us and her presents


Adik sedih sebab dia takde beli apa -apa untuk Mama. Dang! Takpelar. Budak sekolah lagi. -.-

Lepas potong kek, kita semua ber cam whore dengan gaya bebas using my cousin's samsung galaxy s3! :p




Tiba-tiba semua datang ilham menari gangnam style o.o


:)



Esoknya, on 2nd January 2013, Makteh and Pakteh pulak buat surprise datang rumah! Siap bawak pulut kuning dan burger bakar especially for my mom and us! Alhamdulillah murah rezeki Mama. Nasib baik belum masak lagi masa tu hihihi.

Pulut kuning, dengan hirisan daging bakar di tengah , dan sambal udang, hirisan daging bakar (lagi) dan taburan bawang goreng on the top omg seriously sangat sedap. Fyi, Makteh saya memang pandai masak. Kalau ada kenduri apa-apa, memang Makteh yang masak hihi. 

Burger bakar homemade by Makteh with sambal udang kat tengah tu untuk dimakan dengan pulut kuning. 

Happy 47th Birthday Mama
We always love you 


Thanks for reading!