Sunday, December 30, 2018

NAMIR Grapefruit Soothing Makeup Cleansing Gel Review

Assalammualaikum and hi everyone!

Anybody ever heard NAMIR brand before? NAMIR is actually a skin care brand, which is made in Taiwan. Ya, rasanya produk ini baru je nak berkembang pula di Malaysia. I am glad that I got to try their Grapefruit Soothing Makeup Cleansing Gel. I am using it for almost a month now and I am super love this makeup cleanserrrrrr! I even brought one inside my handbag whenever I went out because the size is just nice to fit in most of my bags and senang gila pakai and cuci segala makeup bila nak solat. Like seriouslyyy. Sebabnya ialah I memang jenis suka pakai liquid eyeliner, so paham pahamlah bila pakai liquid eyeliner ni memang kalau nak cuci, kena guna makeup cleanser yang bagus kalau tak habis merah la mata korang. Nak kena tonyoh tonyoh and all. So masa I dapat tu memang terus try, sekali seriously senang gila nak remove my eye makeup! Liquid eyeliner and my waterproof mascara all vanished like that. Tak perlu pakai kapas and gosok kuat kuat pun. Also, I was actually cuba pertama kali masa kat luar, so I just basuh muka and cuci macam pencuci muka biasa tanpa tengok cermin pun. Lepas tu baru tengok cermin and I was like, OMG clear gila weh!


Tapi korang jangan ikut macam I! You have to actually use this with dry hands and face. I pergi basuh macam pencuci muka. But it still work ok! Takde beza pun. Still kasi licin terus muka I. If you have any beauty tool/Foreo, maybe lagi work wonder sebab boleh cuci dan massage sekali your face. 

Also, if you wanna know why I really wanna try this NAMIR Grapefruit Soothing Makeup Cleansing Gel, is because it is NOT only makeup remover but it is also act as face cleanser and moisturizer! Sebabnya ialah bahan bahan yang ada dalam makeup cleansing gel ini yang buat dia bertindak macam tu. So bila masa anak I meragam, or if you are a super busy person, dah tengah malam tak larat nak buat night skincare routine, you can just this NAMIR cleansing gel. It does it all for you. Remove makeup, cleanse and moisturize. Pakai satu ni je pastu boleh terus tidur. Alaa semua orang ada masa masa yang kita super tired dah malam pastu memang malas nak pakai satu satu semua ni kan. Don't deny it! Haha.

Bahan bahan utama dalam NAMIR cleansing gel ini juga semuanya menggunakan bahan semulajadi. It has grapefruit oil atau minyak limau gedang. Berdasarkan nama, ini memang bahan utama. Limau gedang/Grapefruit siapa tidak tahu, rich with Vitamin C, has anti inflammatory effects and soothes tension. Jangan tak tahu, bila ada ingredient yang anti inflammatory effect ni, walaupun kulit korang jenis sensitif, berminyak atau kering pun boleh guna juga cleansing gel ni. Malah, sangat sesuai especially to those yang ada kulit sensitif. Sebabnya? NAMIR cleansing gel ini TIADA minyak mineral, TIADA alcohol, TIADA pewarna, TIADA paraben, TIDAK dicuba terhadap haiwan, TIADA heavy metal, TIADA pewangi tiruan dan TIADA bahan bahan pengubahsuaian genetik. Bau NAMIR cleansing gel dari ekstrak limau ni pun sedap tau. Rasa relax je bila sapu kat muka. Bukan bau bahan kimia no no.


So this is me with full make up on. Foundation and all.


Tadaaaa! Lepas remove makeup dengan NAMIR Grapefruit Soothing Makeup Cleansing Gel. Senang, pantas. Tak perlu gosok kuat kuat pun kat muka. I did not use cotton pad or any beauty tool. Senang jer cuci. Dahla 3 in 1. Kalau penat, boleh tidur terus. Dia dah siap cleanse and moisturize. No worriesssss. Kalau korang nak cuba, boleh beli kat IG NAMIR , www.tian-ishop.com , LAZADA atau 11StreetMY. Harga pun sangat berpatutan. Produk wajib cuba!
You'll not regret.

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Wednesday, December 19, 2018

Althea x The Butterfly Project Christmas Party

Assalammualaikum and hi everyone!

For those yang mengikuti my Instagram, sure tahu I ada ke Butterfly x Althea Christmas Party last week. I am lucky though, almosttttt want to cry bila tahu I got invited by The Butterfly Project and Althea BECAUSEEE I know hundreds of girls yang apply untuk ke gathering party ni and due to limited space, mereka hanya boleh pilih 30 orang blogger sahaja. Yes, I am one of the 30 girls. I just start to blog back few months ago, and saja sajalah apply dan bila terima email tu, rasa macam memang tak sangka sangat. Thank you for recognize me :')


First and foremost, before I start sharing my experience during Butterfly x Althea Christmas Party, I would like to thank our sponsor, Althea Korea! Thank you so much for sponsoring this Christmas Party and showering us with lots lots lots of gifts! Seriously weh, banyak sangat dapat gift. Masa Tammy aka Mamasan bagi welcome speech, Tammy terangkan kita kena buat apa semua and semua aktiviti tu ada bagi gift! Lepas tu ingatkan dah habis hadiah, sekali nak balik pun dapat hadiah lagi besar! Ok tak sabar nak share kat korang!


Butterfly x Althea Christmas Party tahun ni diadakan di ChubbeeCloud , Damansara Utama. Very cosy and cute cafe to hangout. Masa sampai je I terus masuk ke dalam cafe and dengar welcome speech by our Mamasan, Tammy and we got our ticket to enter the wonderfully magical world, Althealand! 


So the first thing I did was of course taking a photo at the special Althea Christmas Sticker Photobooth by Tagbooth. Ini adalah photobooth pertama di Malaysia yang ada sticker ok! Lepas dia snap gambar kita, kita boleh edit sendiri nak letak sticker apa dan kat mana dalam gambar kita tu. Best kan?


Inilah hasilnya! I edit sendiri tepi tepi tu letak sticker :) 

After taking photo, I masuk semula ke dalam Butterfly x Althea Christmas party dan terus disapa manis oleh Melissa, one of Althea's elves that day. 


Melissa memperkenalkan new babies from Althea which is this Althea Flawless Creamy Concealer! I tried it and it is super creamy, pigmented and easy to blend! Concealer is actually one of my MUST HAVES product sebab my dark circle is quite teruk. So walau macam mana pun I akan pakai concealer jugak kalau nak keluar. So bila Althea keluarkan produk baru, concealer ni, memang I sangat teruja. 


Comes with 4 shades for now, which is Vanilla, Ginger, Honey and Mocha. Anda jangan risau, inshaAllah Althea akan kembangkan lagi their shades in the next future. Yang penting, Althea bring us a an excellent quality of concealer guys! Congratulations!

Anda boleh click SINI untuk order Althea Flawless Creamy Concealer ini ok?


Sambil check out Althea Flawless Creamy Concealer, jemputlah juga cuci mata dengan produk produk Althea yang lain. Semuanya harga sangat berpatutan dan kualiti yang terjamin. Shopping kat Althea pun senang, delivery cepat walaupun packaging kita tu is directly from Korea ok. Setakat ni my experience beli dengan Althea semua tiada masalah. Packaging pun comes with very cute and nice box. Not forget to mention, FREE DELIVERY to Malaysia! Tu paling best for me. Basically korang kena beli 2 items ke atas. Kalau satu item saja mereka akan charge you RM18 for premium delivery. Kalau 2 items ke atas you dapat free delivery. So baiklah order terus dua barang kan? Hehe.



Next, I terus ke bath tub full with Althea Christmas box ni! Dari jauh tengok all the box kat situ,geram nak pegang haha. Sebab selalunya Althea box warna light pink, tapi this time in conjunction with holiday season, Althea keluarkan limited edition Christmas theme box ni for December! Looking so sleek, and classy! Lain dari yang lain, sebab selalu Christmas theme mesti white/red kan, but this one macam warna navy blue, tapi tetap terasa holiday season vibes tu.


Our next activity is this Claw Machine with Althea Elves! 



Each one of us got 5 tokens to try out our luck here in this claw machine. Nervous weh! Haha. I never ever got lucky bila melibatkan game seperti ini. Tapi of courselah excited nak main! But you know what..... token pertama I masukkan, terus dapat catch the ball!!! Hahaha. Sumpah menjerit jerit. Cuma malangnya tiada gambar atau bukti yang sempat direkodkan huaaaaaa sedih. But I'm still happy first time masukkan terus dapat. Tapi yang tak bestnya tak dapat nak main banyak kali haha sebab kejap je dah dapat. So easy one lah. Gimme more adventure please haha 😂

So nak tahu tak apa yang I dapat? Jeng jeng jeng...

I got this!



It is an Althea Discount Shopping Voucher!! 15% OFF for any Althea Exclusives. Best part is, this voucher is only for Althea concealer, lip tint, eye glitter and body mist. I mean, what? Concealer? I just checked out their concealer kottttt haha and now got discount voucher some more. So of course lah, terus add to cart!


Grabbed my Althea Flawless Creamy Concealer using the voucher that I won! Tapi sedih sikit (not sikit, banyak ok), I just missed their promo Buy 1 Free 1 for this concealer....... Not my rezeki this time. Untuk anda semua, do not worry, anda pun boleh dapat 15% OFF tau by using Mamasan's referral code, TAMMY15. Boleh guna sekali jer for each Althea's account so guna sekarang guys! Jangan terlambat macam I tengok dah melepas promo :(. Tapi I masih boleh shopping lagi guna Mamasan's referral code pulak lepas ni. Thank you Mamasan! Love!


Moving on, dah main game and ambil gambar semua, time to check out the desserts table! Desserts table so cantik, so magical. Just look at those beautiful balloons.. You guys really did a great job. About desserts, I am such a sweet tooth. Memang pantang nampak kek. I am so amazed semua kek and desserts ni cantik cantik ok! So neat, beautifully done. Kudos to the baker, Askjoey !

  






Cantik kan semua? I am so gonna keep AskJoey name. In case in future nanti nak buat birthday party for my son,Anaqi boleh contact mereka. Semua desserts bukan sahaja cantik dan kemas tapi sedap jugak! Cupcakes tak kering sangat, just nice for my liking. Madeleine, sugar cookies, semua sedap! I siap tapao weh haha sebab memang sedap. Sejenis-tak-boleh-bawak-pergi-majlis. Sangat memalukan -_-.


Kami turut dijamu dengan menu istimewa dari ChubbeeCloud, iaitu Kimchi Toast and Brown Sugar Boba Bomb Toast. Kimchi Toast sedappp dimakan panas panas. For the other one, first I thought, it is a blueberry toast. Rupanya bubble eating with toast, surprisingly not bad ya. Rasa macam makan jelly toast. Very good combination. Minum pula dengan Mermaid Vanilla Milkshakes and Hot Chocolate with Marshmellow on top. My favvvvvv! Feeling so festive already.



Happy face at Althea x The Butterfly Project Christmas Party 2018.


Yang paling tak tersangka sekali. They printed my faceeeeeee onto this marshmellow guys. Don't know how to say thank you anymore laaa. Feeling so grateful. Thank you so much! How come I not love Althea Korea and The Butterfly Project? I promise I will try to give my very best for the community and will always supporting Althea! Hugs and kisses!


Nearly come to an end, Tammy aka Mamasan announced the 3 lucky winners for the Best Dress of the day! Kriteria untuk memenangi Best Dress mestilah mengikuti tema pada majlis itu and I bet, mereka susah nak buat pilihan. Semua yang datang ramai sangat yang cantik cantik dan kreatif. Hadiah yang akan mereka menangi ialah metallic shoulder bag with full of goodies inside it! Bestnyaaaaa kan?


Tadaaaaa!
The 3 winners for the Best Dressed of the day.
Lia Hasty, Cindy Tong & Ayue Jean
Congratulations!
I personally love tiga tiga baju mereka ni. Satu macam Anna dalam Frozen, one more cute pinky reindeer and pinky winter. You guys so creative and it takes effort untuk menghasilkan semua look ni. Tahniah semua berjaya. Hugs!


That's just me and Sarah trying to slow talk to Cindy to let her share her Best Dress prizes with us. xD


Yay gotta meet Farah again! Cantik kan? <3 font="">


With all the beautiful girls. I am so happy to finally met some blogger yang I selalu tengok kat IG je, so nice to meet everyone of you, Tammy, Mira CikCit, Aiin Baharom, Innanie Ariffin, Nadratul Syazwana and so many girls. Tak terlist. Hope to see you guys again. 

For Althea, thank you again for sponsoring the Christmas Party. We are beyond lucky. For The Butterfly Project and Tammy, thank you so much for this opportunity. Much appreciated. I love you guys!

Cool photography credit to : The Butterfly Project and Fishmeatdie

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Colgate Dare To Love Limited Edition Toothpaste

Assalammualaikum and hi everyone!


OMG guys.. THIS IS PROBABLY THE MOST CUTEST TOOTHPASTE IN THE WORLD! This Colgate Dare To Love Limited Edition toothpaste really caught my eyes laaaa. Cute to the max! I memang suka anything pink or lovey dovey ni. So bila I dapat tahu about this Colgate, memang terus jatuh cinta sangat!


Thank you Watsons and Colgate for this sweetttt Colgate Dare To Love Limited Edition toothpaste, siap ada surprise Colgate tooth brush warna biru and pink. One for me and one for my hubby love!


This toothpaste has two bundles into one so it forms heart shaped in front packaging. Also, the heart shaped is written I LOVE YOU in local languages. See? Kita kan hidup di Malaysia berbilang kaum. Jadi sesuai sangat untuk semua pasangan bercinta di seluruh Malaysia gitu.


Disebabkan memang comes in bundle macam ni, so korang boleh tulis nota cinta dibelakang Colgate Dare To Love Limited Edition toothpaste ni. Untuk student ke kalau nak confront dengan crush tu, bagi toothpaste ni jer. Confirm cair terus haha.


Yang buat lagi comel is it has tiny heart shaped strips in it! Comel sangat. Macam ni nak gosok gigi pun sayang nak pakai.


Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan Colgate Dare To Love Limited Edition toothpaste ni, tak kisahlah untuk kegunaan sendiri ke, untuk collection sendiri ke atau untuk hadiahkan kepada yang tersayang, jom cepat cepat dapatkan di Watsons yang berdekatan ya! Ubat gigi ini eksklusif hanya terdapat di cawangan Watsons sahaja ya. Nama pun limited edition, jadi jom dapatkan segera! 

Thanks for reading.

Much love,
Ajwin Ajeera

Monday, December 17, 2018

RAES Collagen Mist Review

Assalammualaikum and hi everyone!

Sebagai wanita, I pasti mesti setiap korang semua ada menggunakan face mist kan? Face mist dah jadi one of skincare/make up product yang memang wajib ada dekat vanity table uols tu. I pun memang guna face mist, before and after make up, and even if tak keluar rumah pun, tetap juga pakai face mist. I akan spray face mist 3 kali kalau tak keluar rumah. Tiga tiga is lepas waktu solat sebab my skincare routine pagi pagi dah pakai segala toner,serum, day cream. Lepas waktu Zuhur kita dah basuh muka kan, so I tak buat la semua step tu lagi. Malam sebelum tidur baru continue skincare routine untuk malam. Tapi lepas waktu solat I selalu merasakan muka I dah naked lol. So lepas solat, I akan spray face mist baru terasa kulit berbaju sikit haha.


I just found out this NEW face mist, which is NOT ordinary face mist. It is actually a collagen mist. Diperkenalkan oleh jenama RAES, I merasakan ini satu invention yang sangat bijak sebab kita selalu menggunakan face mist kosong biasa je kan, tapi RAES Collagen Mist ni mempunyai banyak bahan-bahan dan kelebihan yang bukan hanya untuk set makeup, tapi dalam masa yang sama, dapat merawat kulit juga! Bila spray pun rasa kulit sejuk dan fresh. 

Kenapa I kata RAES Collagen Mist merawat kulit? Kerana kandungan istimewa yang terdapat didalamnya iaitu Propolis Aloe Vera dan Hyaluronic Acid! Propolis Aloe Vera dan ramai sedia maklum kan, dari zaman dulu dulu lagi, mak mak kita potong je aloe vera tu untuk merawat kulit. Terdapat banyak kajian saintifik yang mengesahkan propolis boleh merawat,meredakan dan menenangkan kulit yang bermasalah. Ia juga dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan sel kulit, dapat mengecilkan pori, melindungi kulit dari bakteria dan dapat berfungsi sebagai agen anti inflammatory. Banyak sangat kelebihan propolis aloe vera ni! 

Hyaluronic Acid pula dah banyak kali I terangkan dalam blog, sebab most of skincare sekarang memang akan ada bahan ni. Its a powerful humectant,yang membantu memelihara kulit supaya terus hidrat dan lembut. Bila kulit terhidrasi, lembut, jadi kulit tidak keringlah. Bila kulit tak kering, kulit pun akan terhindar dari kedutan, bila tiada kedutan, kulit akan kelihatan kekal muda dan anjal lah gituuuuu. So kalau sesiapa yang ada kulit kering atau bermasalah, carilah toner dan serum yang mengandungi hyaluronic acid. Lebih senang, hanya menggunakan RAES Collagen Mist je, dah cukup segala bahan, ada collagen, hyaluronic acid, propolis aloe vera dan bermacam lagi. Tak perlu gunakan kapas, spray spray je dah cantik!


RAES Collagen Mist

- Menyihatkan kulit
- Mencerahkan dan memutihkan kulit
- Melembutkan kulit
- Menegangkan dan menganjalkan kulit
- Meningkatkan hidrasi
- Anti penuaan dan anti kedutan
- Merawat jerawat
- Menghalang pembentukan bintik hitam
- Menyegarkan kulit
- Mengatasi bakteria secara semulajadi
- Membantu rejuvenasi sel kulit
- Anti oksida
- Meratakan tona kulit
- Merawat sunburn

Tentang status produk RAES Collagen Mist pula, jangan risau! RAES Collagen Mist telah didaftar bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Notification Number : NOT1701704650K. RAES Collagen Mist juga diproses oleh kilang yang memiliki sijil halal Malaysia. Produk muslim dan gunakanlah tanpa was was. Selain itu, kilang yang memproses collagen mist ini juga ialah kilang yang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. Formulasi daripada alam semulajadi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 


Anda semua boleh dapatkan RAES Collagen Mist di :

www.raes.com.my
Instagram : @raes.skincare
Facebook : Raes.skincare
Email : raes.skincare@gmail.com

Jom dapatkan RAES Collagen Mist!
Spray spray cantik!

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Christmas Hi Tea @ Oceania Buffet, Summit Hotel

Assalammualaikum and hi everyone!

Sempena sambutan Krismas ni, jom cuba Ayam Belanda Panggang, kambing, daging, hidangan tempatan dan pencuci mulut yang pasti menggiurkan di Ocenia Buffet Restaurant, Summit Hotel USJ!

Ahad lepas, saya bawa Papa and Anaqi makan tengahari di Oceania Buffet Restaurant di Summit Hotel USJ, tak jauh dari rumah pun. One way je lalu KESAS. Senang sangat nak ke sini dan parking pun tak susah. Sebab Summit Hotel ni bersambung dengan Summit Mall. Hi Tea buffet ini bermula pada pukul 12 tengahari sehingga pukul 4 petang. Yang paling best ialah, dalam banyak banyak buffet musim cuti ini, inilah bufet Hi Tea yang menawarkan harga yang paling murah! Hanya RM55 sahaja bagi harga dewasa! Murah kan? Makanan pun sedap sedap. Pilihan makanan pun bermacam jenis. Ada bubur station, bihun station, soup station, salad station, makanan seafood dan macam macam lagi! 


Hidangan istimewa, Ayam Belanda Panggang sempena Hari Krismas yang akan datang. Buat mereka yang menganut agama Kristian, bolehlah bawa keluarga atau sahabat handai menikmati Christmas Lunch disini.


Dihidangkan bersama sos perang berkrim lazat dan grilled vegetables!




Untuk melengkapkan hidangan makan tengahari/hi tea, pelbagai pilihan pemanis mulut turut disediakan. Beraneka jenis buah-buahan, chocolate chip cookies, bread butter pudding, aiskrim, swiss roll cake, aneka roti dan pastry, aneka kuih, ais kacang dan sempena Hari Krismas, terdapat juga Classic Chocolate Yule Log Cake.


Bagi anda yang berminat untuk menikmati juadah buffet disini, bolehlah buat tempahan dulu ya sebelum kesini. Bukan apa, sebab harga yang ditawarkan sangat murah, sebelum hampa table penuh, jangan lupa booking reservation dulu ya!

Harga : RM55 (dewasa) / RM38 (kanak-kanak)
Tempat : Oceania Buffet Restaurant, Summit Hotel USJ
Tarikh : 22 Disember 2018 - 1 Januari 2019
Masa : 12 tengahari - 4 petang
Telefon : 03-8023 3000 ext 3021

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Sunday, December 16, 2018

Fast Track to Free Flights with AirAsia Hong Leong Bank Credit Card

Assalammualaikum and hi everyone!

Berita baik buat semua traveller sejati! AirAsia kini telah bekerjasama dengan Hong Leong Bank untuk menawarkan kad kredit perjalanan terbaik di Malaysia, pemegang kad akan diberi ganjaran easy-to-earn free flights dengan setiap pembelian menggunakan kad kredit itu.

Majlis perasmian ini juga merupakan majlis perkenalan serantau untuk AirAsia Credit Card, kad kredit yang boleh dikatakan a must have untuk semua traveller atau sesiapa sahaja yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia bagi tujuan kerja atau bercuti, kerana dengan menggunakan kad kredit ini, anda boleh memperoleh BIG points dengan lebih cepat, dan boleh ditebus untuk penerbangan percuma dan banyak lagi dengan AirAsia, penerbangan tambang murah terbaik di dunia!


As a kick-start, supaya lebih cepat anda mendapatkan penerbangan percuma, pemegang kad kredit akan menikmati welcome-to-card yang paling best iaitu bonus suku tahunan sehingga 25,000 BIG Points - berita baik untuk semua pemegang kad yang menggunakan AirAsia Hong Leong Bank Credit Card secara aktif dalam usaha untuk menebus penerbangan percuma.

Pemegang kad AirAsia Hong Leong Bank Platinum 

Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas kad lulus = 5,000 Welcome BIG Points

Belanja minimum RM5,000 dalam tempoh setiap suku kalendar = 5,000 BIG Points per suku tambahan

Pemegang kad AirAsia Hong Leong Bank Gold

Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas kad lulus = 3,000 Welcome BIG Points

Belanja minimum RM3,000 dalam tempoh setiap suku kalendar = 3,000 BIG Points per suku tambahan

Pemegang kad juga dapat mengumpul BIG Points lebih cepat dengan menggabungkan perbelanjaan yang rendah tetapi dapat memperoleh kadar BIG Points yang tinggi - 6 BIG Points untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk penerbangan AirAsia dan 1 BIG Point untuk setiap RM2 perbelanjaan bagi luarnegara atau RM3 perbelanjaan domestik menggunakan kad kredit AirAsia Hong Leong Bank Platinum, atau RM5 perbelanjaan domestik menggunakan kad kredit AirAsia Hong Leong Bank Gold.

Sebagai tambahan, pemegang kad AirAsia Hong Leong Bank Platinum dapat menikmati hak keistimewaan penerbangan yang eksklusif seperti percuma pengenalan inflight WiFi plan, priority check-in dan boarding, Xpress baggage dan juga dapat menaik taraf dengan kadar segera kepada BIG Platinum Membership Status untuk mempercepatkan lagi pengumpulan BIG Points pada tempahan penerbangan yang layak.


"Today's launch of the AirAsia Hong Leong Bank Credit Card is part of our plan to transform BIG Loyalty from an airline loyalty programme into BIG life, a travel and lifestyle business. These cards not only allow our BIG Members to earn BIG Points faster and elevate their travel experience, they also make the points more accessible, a key step in making BIG Points a widely used and valuable digital currency, not just for flying but for every day use." - AirAsia Group CEO Tony Fernandes.

"Data has shown that Malaysians are ranked amongst the global Top 5 when it comes to flying, taking at least 5.5 average flights annually with 83% of them checking into flights online or via mobile for greater convenience. The savvy Malaysian travellers are also the most cost-conscious in Asia with 97% placing price as in important factor when it comes to air travel booking. As a Bank that is constantly looking for new ways to delight our customers, we know that we need to present a product that features simplicity in usage, superiority in value and seamless experience. It has to be intuitive and integrated in the day-to-day activities of customers and avoids the need for a separate interface. We are delighted that the AirAsia Hong Leong Bank Credit Card will reward customers with truly tangible value with each usage, enabling them to enjoy more exciting and memorable travel experiences as each spend will automatically earn points for their free flights seamlessly." - Hong Leong Bank Group Managing Director and Chief Executive Officer Domenic Fuda.

Inflight menu for lunch, Roast Chicken with Pesto Cream Sauce, Chocolate Brownie, Yam Cheesecake and Coconut Water.

Di Phillipines, kad kredit AirAsia ialah kad kredit co-brand untuk AirAsia yang pertama di negara itu. Kad kredit ini seterusnya akan dibawa masuk dan diperkenalkan di Indonesia juga tidak lama lagi.

Jom sign up AirAsia Hong Leong Bank Credit Card di airasiacards.com untuk memulakan perjalanan penerbangan percuma pelbagai hak keistimewaan prioriti yang eksklusif dan bawa pengalaman travel anda to the next level!



Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

Friday, December 7, 2018

Swissvita Mask by Allyoung Malaysia

Assalammualaikum and hi everyone!

Saya memang menggunakan face mask setiap hari, tapi tak pernah menggunakan neck mask. Yaaa tak pernah pun. Jadi bila Swissvita tawarkan untuk saya mencuba Swissvita Bio Cellulose Lifting Neck Mask, saya memang teruja untuk cuba. Selain neck mask,saya juga dapat mencuba Swissvita Micrite 3D All Use Mask. Mask ini pun agak baru bagi saya. 3D All Use bermaksud ekstrak yang ada didalam mask ini mampu menghidrasi, mencerahkan dan membaiki sel kulit wajah. Menarik kan? Mask seterusnya yang saya terima ialah Swissvita Bio Cellulose Lifting Eye Mask, mask yang sangat sesuai for this Mama. Jom scroll down for my review and details!





Swissvita Micrite 3D All Use Mask




Mask yang berwarna lutsinar ini 100% alcohol free, high performance dalam menghidrasi dan mencerahkan kulit wajah. Sangat sesuai bagi kulit yang meningkat usia, kalau korang dah start ada kedutan atau garis garis halus, memang sesuai lah. Sesuai juga bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering dan kulit tidak sekata. 

Bahan bahan : 

1. Ekstrak alga - Kelembapan yang berpanjangan 
2. Ekstrak daun zaitun - Antioxidant semulajadi untuk melambatkan penuaan
3. Mikroorganisma laut dalam - Mengurangkan iritasi untuk membantu memelihara kulit
4. Sea shine - Mencerahkan kulit
5. Arbutin - Membantu mencerahkan kulit
6. B Glucans - Memulihkan keanjalan

Bila kita duduk seharian dalam bilik berhawa dingin, keluar seharian bekerja, selepas satu hari, kulit akan menjadi sangat kering kan? Bila biarkan kulit kering terlalu lama, proses penuaan pun akan cepatlah berlaku. Penuaan ya. Tua. Haha. Tak nak kan? Tak kisahla berapa pun umur korang, kalau tak jaga kulit kering ni memang akan mulalah nanti garis garis halus timbul di wajah tu. Jadi dengan Swissvita Micrite 3D All Use Mask ini memang sesuai bagi semua usia, golongan! Orang mengandung pun boleh guna mask ni. Sebab bebas alcohol, bebas pewangi, bebas paraben, non irritating, non drying, menggunakan formula ekstrak semulajadi, senang kata memang selamat untuk digunakan. Lebih dari melembapkan wajah anda, tapi dengan pemakaian yang kerap dapat membantu dalam melanin production dan mencerahkan lagi kulit anda!


Swissvita Bio Cellulose Lifting Eye Mask



Direka dengan menggunakan Advanced Carnosine Technology, eye mask ini anti pengoksidaan dan anti penuaan. 100% bebas alkohol,mask direka menggunakan Special 3D Netted Structure Cellulose,100% semulajadi dan diformulasi dari AC-11.

Bahan-bahan :

1. Ekstrak alga - Menyejalkan kulit serta merta
2. LS 9736 - Aktif dan merawat kedutan kulit secara berpanjangan
3. Palmitoyl Tripeptide 5 - Mengurangkan kedutan
4. Acetyl Hexapeptide 3 - Menyejalkan dan menghaluskan kulit 
5. Ekstrak Saccharomyces Cerevisiae - Mengaktifkan kulit
6. Hyalo Oligo - Melembapkan dalam masa panjang

Sejak jadi ibu, memang selalu sangat tidur lambat. Masa baby lagi lah, memang tak cukup tidur, bangun banyak kali tengah malam and sampai sekarang memang eyebag dan lingkaran mata hitam memang ketara sangatlah. Bukan setakat fizikal je, tapi kita sendiri dapat rasa mata lesu dan tak bermaya. So bila saya pakai eye mask ni, rasa macam very fresh and rasa macam I need this every day!! Huaaaaaa. Seriously, mask mata memang penting juga ya untuk penjagaan mata kita. Lagipun, di kawasan mata nilah kedutan akan mula keluar,jadi dengan bahan bahan yang ada dalam eye mask ini akan dapat merawat semula kedutan kedutan dia area mata kita tu. Eye mask ini sangat sesuai bagi mata lesu, garis halus pada bahagian mata, kedutan, lingkaran hitam, kulit tak sekata dan sebagainya.

Swissvita Bio Cellulose Lifting Neck Mask



Neck mask ini juga direka menggunakan Advanced Carnosine Technology iaitu untuk Anti Oxidation dan Anti Aging. Seperti bahagian mata, dikawasan leher pun antara kawasan yang senang untuk kulit kita menjadi berkedut, menggelebeh dan sebagainya. Ini kerana kawasan tersebut ialah kawasan yang banyak berlipat, kita juga semakin berusia, jika tidak dijaga dari awal, cepatlah nampak kedutan dibahagian leher tu.

Bahan bahan :

1. Carnosine - Anti penuaan
2. Palmitoyl Tripeptide 5 - Mengurangkan kedutan
3. Acetyl Hexapeptide 3 - Menyejalkan dan menghaluskan kulit
4. Hydrolyzed Elastin - Mengetatkan kulit yang kendur

Sebagai wanita memanglah kita suka kan pada kecantikan, nak jaga kulit muka dan sebagainya. Tapi perasan tak kadang-kadang kita terlupa nak jaga kulit leher! Muka dah sapu macam macam hari hari. Tapi bahagian kulit kita tinggalkan sepi haha. Jadi, silalah kakak kakak, change your beauty routine now, start take care of your neck too. Nanti taknaklah kulit wajah anjal dan lembut tapi leher menggelebeh la pulak. So dapatkan neck mask dari Swissvita sekarang ya!

Jangan risau, semua produk Swissvita ini bebas paraben, bebas MI/MCI, dan selamat digunakan. Kalau berminat boleh produk Swissvita di SINI ya! Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera