Monday, December 17, 2018

RAES Collagen Mist Review

Assalammualaikum and hi everyone!

Sebagai wanita, I pasti mesti setiap korang semua ada menggunakan face mist kan? Face mist dah jadi one of skincare/make up product yang memang wajib ada dekat vanity table uols tu. I pun memang guna face mist, before and after make up, and even if tak keluar rumah pun, tetap juga pakai face mist. I akan spray face mist 3 kali kalau tak keluar rumah. Tiga tiga is lepas waktu solat sebab my skincare routine pagi pagi dah pakai segala toner,serum, day cream. Lepas waktu Zuhur kita dah basuh muka kan, so I tak buat la semua step tu lagi. Malam sebelum tidur baru continue skincare routine untuk malam. Tapi lepas waktu solat I selalu merasakan muka I dah naked lol. So lepas solat, I akan spray face mist baru terasa kulit berbaju sikit haha.


I just found out this NEW face mist, which is NOT ordinary face mist. It is actually a collagen mist. Diperkenalkan oleh jenama RAES, I merasakan ini satu invention yang sangat bijak sebab kita selalu menggunakan face mist kosong biasa je kan, tapi RAES Collagen Mist ni mempunyai banyak bahan-bahan dan kelebihan yang bukan hanya untuk set makeup, tapi dalam masa yang sama, dapat merawat kulit juga! Bila spray pun rasa kulit sejuk dan fresh. 

Kenapa I kata RAES Collagen Mist merawat kulit? Kerana kandungan istimewa yang terdapat didalamnya iaitu Propolis Aloe Vera dan Hyaluronic Acid! Propolis Aloe Vera dan ramai sedia maklum kan, dari zaman dulu dulu lagi, mak mak kita potong je aloe vera tu untuk merawat kulit. Terdapat banyak kajian saintifik yang mengesahkan propolis boleh merawat,meredakan dan menenangkan kulit yang bermasalah. Ia juga dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan sel kulit, dapat mengecilkan pori, melindungi kulit dari bakteria dan dapat berfungsi sebagai agen anti inflammatory. Banyak sangat kelebihan propolis aloe vera ni! 

Hyaluronic Acid pula dah banyak kali I terangkan dalam blog, sebab most of skincare sekarang memang akan ada bahan ni. Its a powerful humectant,yang membantu memelihara kulit supaya terus hidrat dan lembut. Bila kulit terhidrasi, lembut, jadi kulit tidak keringlah. Bila kulit tak kering, kulit pun akan terhindar dari kedutan, bila tiada kedutan, kulit akan kelihatan kekal muda dan anjal lah gituuuuu. So kalau sesiapa yang ada kulit kering atau bermasalah, carilah toner dan serum yang mengandungi hyaluronic acid. Lebih senang, hanya menggunakan RAES Collagen Mist je, dah cukup segala bahan, ada collagen, hyaluronic acid, propolis aloe vera dan bermacam lagi. Tak perlu gunakan kapas, spray spray je dah cantik!


RAES Collagen Mist

- Menyihatkan kulit
- Mencerahkan dan memutihkan kulit
- Melembutkan kulit
- Menegangkan dan menganjalkan kulit
- Meningkatkan hidrasi
- Anti penuaan dan anti kedutan
- Merawat jerawat
- Menghalang pembentukan bintik hitam
- Menyegarkan kulit
- Mengatasi bakteria secara semulajadi
- Membantu rejuvenasi sel kulit
- Anti oksida
- Meratakan tona kulit
- Merawat sunburn

Tentang status produk RAES Collagen Mist pula, jangan risau! RAES Collagen Mist telah didaftar bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Notification Number : NOT1701704650K. RAES Collagen Mist juga diproses oleh kilang yang memiliki sijil halal Malaysia. Produk muslim dan gunakanlah tanpa was was. Selain itu, kilang yang memproses collagen mist ini juga ialah kilang yang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. Formulasi daripada alam semulajadi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 


Anda semua boleh dapatkan RAES Collagen Mist di :

www.raes.com.my
Instagram : @raes.skincare
Facebook : Raes.skincare
Email : raes.skincare@gmail.com

Jom dapatkan RAES Collagen Mist!
Spray spray cantik!

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: