Monday, December 17, 2018

Christmas Hi Tea @ Oceania Buffet, Summit Hotel

Assalammualaikum and hi everyone!

Sempena sambutan Krismas ni, jom cuba Ayam Belanda Panggang, kambing, daging, hidangan tempatan dan pencuci mulut yang pasti menggiurkan di Ocenia Buffet Restaurant, Summit Hotel USJ!

Ahad lepas, saya bawa Papa and Anaqi makan tengahari di Oceania Buffet Restaurant di Summit Hotel USJ, tak jauh dari rumah pun. One way je lalu KESAS. Senang sangat nak ke sini dan parking pun tak susah. Sebab Summit Hotel ni bersambung dengan Summit Mall. Hi Tea buffet ini bermula pada pukul 12 tengahari sehingga pukul 4 petang. Yang paling best ialah, dalam banyak banyak buffet musim cuti ini, inilah bufet Hi Tea yang menawarkan harga yang paling murah! Hanya RM55 sahaja bagi harga dewasa! Murah kan? Makanan pun sedap sedap. Pilihan makanan pun bermacam jenis. Ada bubur station, bihun station, soup station, salad station, makanan seafood dan macam macam lagi! 


Hidangan istimewa, Ayam Belanda Panggang sempena Hari Krismas yang akan datang. Buat mereka yang menganut agama Kristian, bolehlah bawa keluarga atau sahabat handai menikmati Christmas Lunch disini.


Dihidangkan bersama sos perang berkrim lazat dan grilled vegetables!




Untuk melengkapkan hidangan makan tengahari/hi tea, pelbagai pilihan pemanis mulut turut disediakan. Beraneka jenis buah-buahan, chocolate chip cookies, bread butter pudding, aiskrim, swiss roll cake, aneka roti dan pastry, aneka kuih, ais kacang dan sempena Hari Krismas, terdapat juga Classic Chocolate Yule Log Cake.


Bagi anda yang berminat untuk menikmati juadah buffet disini, bolehlah buat tempahan dulu ya sebelum kesini. Bukan apa, sebab harga yang ditawarkan sangat murah, sebelum hampa table penuh, jangan lupa booking reservation dulu ya!

Harga : RM55 (dewasa) / RM38 (kanak-kanak)
Tempat : Oceania Buffet Restaurant, Summit Hotel USJ
Tarikh : 22 Disember 2018 - 1 Januari 2019
Masa : 12 tengahari - 4 petang
Telefon : 03-8023 3000 ext 3021

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: