Saya memang menggunakan face mask setiap hari, tapi tak pernah menggunakan neck mask. Yaaa tak pernah pun. Jadi bila Swissvita tawarkan untuk saya mencuba Swissvita Bio Cellulose Lifting Neck Mask, saya memang teruja untuk cuba. Selain neck mask,saya juga dapat mencuba Swissvita Micrite 3D All Use Mask. Mask ini pun agak baru bagi saya. 3D All Use bermaksud ekstrak yang ada didalam mask ini mampu menghidrasi, mencerahkan dan membaiki sel kulit wajah. Menarik kan? Mask seterusnya yang saya terima ialah Swissvita Bio Cellulose Lifting Eye Mask, mask yang sangat sesuai for this Mama. Jom scroll down for my review and details!
Mask yang berwarna lutsinar ini 100% alcohol free, high performance dalam menghidrasi dan mencerahkan kulit wajah. Sangat sesuai bagi kulit yang meningkat usia, kalau korang dah start ada kedutan atau garis garis halus, memang sesuai lah. Sesuai juga bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering dan kulit tidak sekata.
Bahan bahan :
1. Ekstrak alga - Kelembapan yang berpanjangan
2. Ekstrak daun zaitun - Antioxidant semulajadi untuk melambatkan penuaan
3. Mikroorganisma laut dalam - Mengurangkan iritasi untuk membantu memelihara kulit
4. Sea shine - Mencerahkan kulit
5. Arbutin - Membantu mencerahkan kulit
6. B Glucans - Memulihkan keanjalan
Bila kita duduk seharian dalam bilik berhawa dingin, keluar seharian bekerja, selepas satu hari, kulit akan menjadi sangat kering kan? Bila biarkan kulit kering terlalu lama, proses penuaan pun akan cepatlah berlaku. Penuaan ya. Tua. Haha. Tak nak kan? Tak kisahla berapa pun umur korang, kalau tak jaga kulit kering ni memang akan mulalah nanti garis garis halus timbul di wajah tu. Jadi dengan Swissvita Micrite 3D All Use Mask ini memang sesuai bagi semua usia, golongan! Orang mengandung pun boleh guna mask ni. Sebab bebas alcohol, bebas pewangi, bebas paraben, non irritating, non drying, menggunakan formula ekstrak semulajadi, senang kata memang selamat untuk digunakan. Lebih dari melembapkan wajah anda, tapi dengan pemakaian yang kerap dapat membantu dalam melanin production dan mencerahkan lagi kulit anda!
Direka dengan menggunakan Advanced Carnosine Technology, eye mask ini anti pengoksidaan dan anti penuaan. 100% bebas alkohol,mask direka menggunakan Special 3D Netted Structure Cellulose,100% semulajadi dan diformulasi dari AC-11.
Bahan-bahan :
1. Ekstrak alga - Menyejalkan kulit serta merta
2. LS 9736 - Aktif dan merawat kedutan kulit secara berpanjangan
3. Palmitoyl Tripeptide 5 - Mengurangkan kedutan
4. Acetyl Hexapeptide 3 - Menyejalkan dan menghaluskan kulit
5. Ekstrak Saccharomyces Cerevisiae - Mengaktifkan kulit
6. Hyalo Oligo - Melembapkan dalam masa panjang
Sejak jadi ibu, memang selalu sangat tidur lambat. Masa baby lagi lah, memang tak cukup tidur, bangun banyak kali tengah malam and sampai sekarang memang eyebag dan lingkaran mata hitam memang ketara sangatlah. Bukan setakat fizikal je, tapi kita sendiri dapat rasa mata lesu dan tak bermaya. So bila saya pakai eye mask ni, rasa macam very fresh and rasa macam I need this every day!! Huaaaaaa. Seriously, mask mata memang penting juga ya untuk penjagaan mata kita. Lagipun, di kawasan mata nilah kedutan akan mula keluar,jadi dengan bahan bahan yang ada dalam eye mask ini akan dapat merawat semula kedutan kedutan dia area mata kita tu. Eye mask ini sangat sesuai bagi mata lesu, garis halus pada bahagian mata, kedutan, lingkaran hitam, kulit tak sekata dan sebagainya.
Swissvita Bio Cellulose Lifting Neck Mask
Neck mask ini juga direka menggunakan Advanced Carnosine Technology iaitu untuk Anti Oxidation dan Anti Aging. Seperti bahagian mata, dikawasan leher pun antara kawasan yang senang untuk kulit kita menjadi berkedut, menggelebeh dan sebagainya. Ini kerana kawasan tersebut ialah kawasan yang banyak berlipat, kita juga semakin berusia, jika tidak dijaga dari awal, cepatlah nampak kedutan dibahagian leher tu.
Bahan bahan :
1. Carnosine - Anti penuaan
2. Palmitoyl Tripeptide 5 - Mengurangkan kedutan
3. Acetyl Hexapeptide 3 - Menyejalkan dan menghaluskan kulit
4. Hydrolyzed Elastin - Mengetatkan kulit yang kendur
Sebagai wanita memanglah kita suka kan pada kecantikan, nak jaga kulit muka dan sebagainya. Tapi perasan tak kadang-kadang kita terlupa nak jaga kulit leher! Muka dah sapu macam macam hari hari. Tapi bahagian kulit kita tinggalkan sepi haha. Jadi, silalah kakak kakak, change your beauty routine now, start take care of your neck too. Nanti taknaklah kulit wajah anjal dan lembut tapi leher menggelebeh la pulak. So dapatkan neck mask dari Swissvita sekarang ya!
Jangan risau, semua produk Swissvita ini bebas paraben, bebas MI/MCI, dan selamat digunakan. Kalau berminat boleh produk Swissvita di SINI ya! Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera
No comments:
Post a Comment