Sunday, May 26, 2019

Barang Dapur Murah di Segi Fresh Market, Balakong

Assalammualaikum and hi everyone!

Kejap je kan kita dah sampai 22 Ramadan dah. Ada berbaki lagi 8 hari je nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni. Semua dah settle ke tuu? Setiap orang ada something nak catch up kan sebelum berakhirnya Ramadan kan? Ada yang sedang struggle cari duit untuk beli kelengkapan raya satu keluarga, ada yang dah siap sepenuhnya hanya tunggu raya je, ada yang sedang cuba menghabiskan bacaan Quran jadi dapat khatam pada bulan Ramadan ni, dan macam macam lagi kan. 

Bagi mak mak pula macam mana? Mesti tengah standby nak beli barang basah, barang dapur untuk memasak di hari lebaran nanti kan? Selalunya memang kena beli cepat sebab nanti cepat je kehabisan stok. Time tu baru nak pergi beli dah semua ayam daging habis. Harga pun zaman sekarang semuanya terasa makin mahal je kan. 


Worry not. Hari tu saya ke Segi Fresh Market, Balakong, Cheras. Ala yang dekat jer dengan The Mines Serdang tu. Pergi ke sana untuk mencari barang dapur untuk juadah buka nanti. Jarang pergi ke sana sebab saya tinggal di Shah Alam. Tapi masa tu balik rumah Papa di Bandar Tun Hussein Onn,so memang dekat la nak ke Segi Fresh Market. Kalau dari kedua dua belah arah pun takpe sebab tempat u turn nya tak jauh. Parking space pun lebar dan mudah. Sekali bila pergi terkejut tengok macam macam jenis barang basah segar ada. Harga pun tersangatlah berpatutan. Terbuntang mata tengok hasil timbang ikan keli 4 ekor cuma berharga RM 3 jer! Haha. 

Kita bukan membongak ya haha. Bak kata orang nismilan lahh. Cuba tengok ni,


Keli bersih dah siap siang dah, takyah risau kalau tak reti nak siang ikan keli tu xD. Cuma RM5.99 per kilogram. Tinggal cuci dengan air asam jawa dan goreng je. Boleh masak sambal ikan keli belado dahhh.


Buat orang Pahang atau peminat ikan patin, ni haa ikan patin sebesar alam pun ada. Size XL. Sampai tak muat gambar. Cuma RM 4.50 per kilogram. Kadang kadang susah juga kan nak cari ikan patin segar ni. Sekarang boleh terjah ke Segi Fresh Market je untuk dapatkan ikan ikan segar dan murahhhh.


Ni harga ikan Siakap. RM8.90 per pieces. YA! Seekor tu cuma RM8.90. Sebagai surirumah sepenuh masa gitu, saya memang dapat compare la harga ni. Setakat ni, ini ikan siakap per pieces yang saya jumpa paling murah. Pasaraya lain jual juga harga per pieces tapi tak dapat harga semurah ni ceqq. Sesiapa yang ada buat business kedai makan, memang berbaloi lah beli ikan Siakap disini. Segar segar semuanya dibawakan dari Segi Fresh Market setiap hari.


Ada banyak lagi jenis ikan ikan segar yang lain. Ada ikan bawal emas, ikan pari, ikan merah, ikan salmon, ikan cencaru, ikan tongkol dan macam macam lagi. Bukan ikan sahaja, ayam segar, burung puyuh, daging segar pun ada, hati, limpa, paru segala isi organ dalaman lembu ada dijual di Segi Fresh Market. Kalau nak buat rendang paru, hati, limpa raya ni sesuai sangat datang ke sini. Sedap tau rendang campur macam tu. Mama selalu masak kalau musim raya ni.


Selain dari pilihan barang basah segar, pilihan daging frozen pun banyak juga tau! Ada daging lamb chop, mutton cube, segala jenis seafood, lala, siput buluh dan macam macam lagi. Nak masak shell out pun senang, semua beli kat satu tempat jer.


Korang selalu sahur masak apa tu? Sis bila time terlambat bangun ke apa, memang goreng ikan bilis je haha. Sedap dah makan dengan nasi panas dan telur goreng. Kat Segi Fresh Market terdapat pelbagai pilihan ikan bilis juga tau. Ikut kesukaan korang nak pilih yang mana. Nak yang ikan bilis halus ke, ikan bilis putih ke, ikan bilis dah siap kopek ke, ikan bilis mata biru ke ha semua adalah di Segi Fresh.


Selain barang basah, hasil dari terpengaruh dengan mak mak yang lain, saya juga mencuba Mackerel/Sardines dan air laici tin jenama Trader's Choice ni. Dua bahan ni dalam bulan puasa memang masuk sangat lah kan. Buat air laici sejuk sejuk untuk buka dan sardin untuk sahur. 

Mackerel Trader's Choice tu satu tin besar tu cuma berharga RM 3.90 jer. Percaya tak percaya tak?? Kalau saiz besar macam tu selalunya dah nak dekat RM8 ya. Memang berbaloi sangat dan sedap pun sedap. Sama jer rasa ikan sardin tu! Memang rasa nak repeat lagi beli lepas ni sebab hari tu beli satu tin jer untuk mencuba. Now dah dapat green light dari husband, pas ni nak ke Segi Fresh Market nak beli lagi dua tin besar buat masak sardin masak lemak bersama belimbing buluh haa. 


Ni bukti pembelian sis yang tak cecah RM170 pun untuk 11 jenis barang dapur basah! Semua ni tahan lebih kurang untuk 2 minggu tau. RM170 tu kalau bahagi 11 cuma RM15 sehari. Mana dapat dah sisturrr belanja dapur RM15 sehari. Macam macam ada tu. Lengkap ayam segar, sotong, udang, ikan banyakkkkkk jenis, kambing 2 kilo. Sebagai pengguna, memang berpuas hati dengan harga dan kualiti yang ditawarkan oleh Segi Fresh Market. Barang dapur semuanya segar dan berpatutan! Good job Segi Fresh Market!

Untuk peniaga kedai makan, bazar ramadhan, or simply just a housewife nak masak untuk keluarga dan tetamu raya nanti, bolehlah datang ke Segi Fresh Market, Balakong ya nanti. InshaAllah berpuas hati! :)

Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera


1 comment:

N said...

Salam sis, sekarang ni 2019 ada lg x open ambik cabin crew saudi airline? Sy bmnat sis huhu