Saturday, November 29, 2008
Tag Dari Cik Fana Part II
my cousin,kak ayu and wan mohd afiq
[2]what were you doing at 0800?
dinner wit mak long and pak long at Steven's Restaurant,Damansara
[3]what were you doing 30 minutes ago?
baru balik dari bermarhaban.masuk rumah.masuk bilik.bukak tudung.borak skit dgn cousin n mak long pasal camera mak long beli takde usb.huhu
[4]what happened to you in 2006?
tgh nk ambik exam besar tuh..
[5]what was the last thing you said out loud?
'geramnye awin kak ayu!!!!!' ( ni baru semalam berlaku)
[6]how many beverages you have today..?
breakfast - orange juice twister 1 glass
minum skit before marhaban - tea 1 cup
lunch - syrap 1 glass
ziarah rumah ayah ngah kat seremban - syrap 1 glass n air oren bikarbonat 1 glass
[7]what color is your hairbrush?
pink
[8]what the last thing you pay for?
beli pin tudung kat Giant,Damansara
[9]where were you last night?
Bukit Kiara Equestrian Park,Steven's Restaurant Damansara, Mak Long's House at SS2 Road,Sea Park,Damansara
[10]what color is your front door?
brown,rust color
[11]where do you keep your change?
purse la.??
[12]what wheather you like today?
tiada lagi mendung!klu tak petang2 asyik hujan je..
[13]what's the best ice cream flavour?
absolutely vanilla ice cream!!
[14]what excites you?
hmm..travelling..jln2..bercuti melancong..dan semua yg berkaitan..
[15].do you want to cut your hair?
actually baru je potong rmbut hari tu..skang dh pndek takat telinga..
my cousin pun dh ckp yg rambut awin dh mcm mushroom..huhu
but rasanya best lg rmbut pndek..rasa tak semak..huhu
[16]are you over the age of 25?
what.??nooooo..
[17]do you talk a lot?
hmm..yes..tp dgn org2 yg rapat je mcm dgn family ke,bestfriend ke..
klu ramai2 ni,saye malu skit..hihi
[18]do want to watch o.c?
cite pe tuh.?huhu
[19]do you know someone name steven?
hmm..nope..Steven's Restaurant tahu la..
[20]do you make up your own words?
nope..saye tidak creative..and saye bukan sasterawan..huhu
klu mcm ayt 'mencapub' tu tau la..
tp bukan saye yg ciptala..huhu
[21].are you a jelous person?
yes..sangat2..klu satu hari nnti saye ada boyfriend,mesti dia bengang dgn saye..
sbb saye ni sangat2 kuat cemburu n sangat2 sensitif..
sbb tu la masih lagi membujang hingga kini..
huahuahua
[22].name a friend whose name start with the letter A
afiq
alexi (nama sebenar syafiq)huhu
aida
amira
anis
ain
amir
asyraf
akhmil
haisshhh..ramailaa..
[23]name a friend whose name start with the letter k
kaseh..
[24]who's the person on your received call list?
papa - 29/11/2008
mama - 28/11/2008
ruhi - 24/11/2008
kak gee - 23/11/2008
afiq - 18/11/2008
adik - 16/11/2008
syamil - 14/11/2008
ayda - 06/11/2008
ayah - 31/10/2008
ain kem - 28/10/2008
ain othman - 27/10/2008
[25]what the last text message you received say?
''haha..yeke baek?hehe...owh mama awin la yg slalu dgr awin ngigau?hehe''
by afiq
[26]do you chew on your straw?
euww..disgusting!tp sometimes buat jugak..wakakaka
[27]do you have a curly hair
nope..rambut saya lurus you..guna jari pun boleh..huahuahua
[28]where's the next place you're going to?
AMY SEARCH'S HOUSE..hehe
esok ni pukul 2..
tak sabar ohh..
nnti awin snap picture byk2 k!!
[29]who's the rudest person in your life
ada sorg lelaki..
kuat gila menipu ohh..
dia kawan dgn awin 8 bulan..
sepanjang kawan tu ada 99.99% dia tipu..
eeii..geram btoll..
klu jumpa dia,rasa mcm nk masuk kn dia dlm minced machine je..
[30]what was the last thing you ate?
buah pear
[31].will you married in the future?
InsyaAllah..kalau ada jodoh..hehe
[32]what's is the best movie you've have seen in the past two weeks?
actually in the past two weeks ni pun tak tgk movie..huhu
last movie tgk kat mid cite eagle eye..
best gila ohh..
[33]is there anyone you like now?
hmm..yes..
[34]what was the last time you did a dishes?
omg..urm honestly 3-4 hari yg lpas..huhu
sbb asyik makan luaq je..
[35]are you currently depressed?
hmm..yes.totally yes..
[36]did you cry today?
no..
[37]why did you answer n post this
ni cik fana my bestie yg kasi nih..
wajib jawab nih..
hee..
[38]tag 5 people who would do this survey
afiq
ruhi
alexi
pijah
psychosocial
p/s : gila honest semua jawapan..haha
Award Dari Cik Psychosocial
Thursday, November 27, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Cinta vs. Suka
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
How Many Faces Can You Find?
If can find 0 – 5 faces – idiot
If can find 6 – 7 faces – stupid
If can find 8 – 9 faces – normal
If can find 10 – 11 – very normal
If can find 12 – 13 faces –genius
Tag Dari Cik Fana
My Top 10 Most Favorite Foods;
1>kuih tepung pelita
2>lasagna
3>ayam masak merah
4>ayam golek
5>sushi
6>chicken chop
7>spaghetti
8>ikan keli masak sambal
9>segala jenis kek..nyummy!
10>vanilla ice cream
10 Things I Love Doing;
1>sms
2>surf internet
3>dgr lagu
4>tgkp gmbr
5>travelling
6>baking!!!
7>main sudoku
8>shopping or just window shopping pun ok..huhu
9>bowling
10>tgk wayang..hee..
5 Things I Love Doing When I'm EMO;
1>nangis sekuat-kuat ati
2>berkurung dlm bilik
3>dgr lagu kuat2
4>tido
5>kluar menenangkn fikiran
5 Things I Love Doing When I'm Happy;
1>menyanyi!
2>berangan..senyum sorg2..hehe
3>mkn ice cream
4>blnje org mkn..(tgk bajet jugak)
5>hang out wit my mom
1>bekerjaya..ada rumah sndri..kete sndri..
2>kahwin dgn seorg lelaki yg baik..hehe
3>ada anak2..hehe lg
4>jadi jutawan ke..
5>jadi pembaca berita..huhu
My Top 10 Most Addicted playlist;
1>kasih tercipta by faizal tahir
2>sang uh reul sarang by my girl OST
3>situasi by bunkface
4>cinta yang sempurna by letto feat.6th sense
5>tanpa by 6th sense
6>4 in the morning by gwen stefani
7>bila aku sudah tiada by hujan
8>sorry seems to be the hardest word by leona lewis
9>just feel better by santana feat. stevie wonder
10>tentang seseorang by anda
5 Persons I Wish To tag;
1>Cik Afiq
2>Cik Ruhi
3>Cik Ienaz
4>Cik Nina
5>Cik Pijah
Tag Dari Cik Jannah
hmm..kawan je..tak lebih dr tu..
2. Your 5 impressions towards him/her.
>baik
>agak alim
>sopan
>klakar
>caring kot..huhu
3. The most memorable things he/she had done for you.
hmm..takde lg rasanya.cuz kitorg baru jek knal..
4. The most memorable things he/she have said to you?
dia ckp 'syg'..hehe tp time tu gurau2 jek..huhu
5. If he/she become your lover, you will…
haaaaaaaaaa..jerit cam ni kot..huhu mestila happy kn..
6. If he/she become your enemy, you will…
nangis maybe..sedih ohh..
7. If he/she become your lover, he has to improve his/her...
sincerity..kesetiaan dan kasih sayang dia..huahuahua
8. If he/she become your enemy, the reason is…
hmm..tanak ckp pasal 'enemy2' ni..tak elok
9. The most desirable thing to do on him/her is?
spend time wit him the whole day kot..tgkp2 gmbr ke..huhu
10. The overall impression of him/her is…
baikkkk sgtttt
11. How do you think the people around you will feel about you?
hmm..dia ni pelik ohh..huhu
12. The character of you for yourself is?
pemalu..hehe
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
sangat2 sensitif..totally hate this character!
14. The most ideal person that you wanna be is?
my lovely mama..muaaahhhh
15. For the people who likes you, say something about them.
hmm.thx ye..terharu sgt..kite jd kwan baik nk.?hehe
16. Ten people to tag:
>Cik Afiq
>Cik Ruhi
>Cik Fana
>Cik Pijah
>Cik Hana
>Cik Jiji
>Cik Nina
>Cik Su
>Cik Aisyah
>Cik Ienaz
17. Who is no. 2 having a relationship with?
cik ruhi.?dgn saya kot..wakakaka..urm seriously dont know..
18. Is no. 3 a male or a female?
absolutely female..:)
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
nope!totally nope!huhu lgpun no.10 tu dh ada pacarnya..huhu
20. How about no.5 and no.8?
hehe..tak bole jugak..sbb dua2 perempuan..klu jd adik bradik angkat,ok la..
21. What is no. 1 studying about?
power electrical
22. Is no. 4 single?
taktaula..rasanya single kot..
23. Say something about no. 6
cik jijie.? dia seorang yg cute n beruntung sbb her life seems like bahagia sgtt..
p/s : Cik Jannah,awin pun tak sesuai jawab tag ni..sbb masih single.. :)
Antara 9 Siti yang Patut Dicontohi
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Monday, November 24, 2008
Al-Fatihah...
Thursday, November 20, 2008
Tips/Panduan Atasi Zina Hati
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
- Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
- Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
- Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
- Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Tuesday, November 18, 2008
Sunday, November 16, 2008
Tag Dari Nina
2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that picture
4. Post this instruction with this pic.
5. Tag 10 people to do this..
p/s : Gambar diatas tidak CUTE pon.Tq.
___________________________________________________________________
Dengan ini saya memaklumkan anda yg berada di bawah ini sudah ditag.
Tq.
1) Afiq
2) Hana
3) Pijah
4) Alexi
5) Ruhi
6) Cacen
Saturday, November 15, 2008
Rumah Terbuka Raya 2008
Walaubagaimanapun,awin tetap bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t beri pada awin ni.
Lagipun,kita hidup didunia ni sementara je.Bukannya kekal.
Jadi tak payah la nak mengada-ngada mengubah ketentuan tuhan kan..
Awin nak tengok je siapalah yang sanggup terima awin yang tidak bergigi cantik ni..
Tak semestinya gigi cantik,hati baik kan.?
Shazri Airil - My Nephew
Sayang bangat dgn baby ni!!Nama baby ni Shazri Airil.Awin panggil dia airil je. Airil ni anak abg saudara awin.Kira anak buah awinla.Ini bukan anak buah yang pertama tapi terasa sayang sangat dgn airil ni.Tak terkatala sayang tu macam mana.Ibarat sayang seorang ibu kepada anaknya.Eceh..Hehe.Maybe airil tinggal berdekatan dengan awin.Selalu jumpa dia.Selalu tolong jagakan dia sementara mak dia nak pergi marketla,pergi interviewla,pergi jumpa kwan la dan sebagainya.Airil ni sangat-sangat comel!!Eei.geram tau.Kadang-kadang masa jaga dia,nak je masukkan dalam washing machine.Tapi awin masih waras lagi so tak buatla.Haha.Kalau satu hari nanti korang tgk berita ada muka awin masuk court sebab penderaan terhadap kanak-kanak,janganlah terkejut pulak eh! Haha.Bukan dera apa.Tapi sebab dah terasa amat GERAM sangat.Sekarang dah jarang jumpa airil.Hari tu ada jumpa kejap,bila dukung dia tu terasa nak peluk kuat-kuat,cium pipi dia banyak-banyak sebab rindu sangat-sangat.Lagi-lagi skarang dia dah tumbuh gigi depan.Alahai.Comelnya..Bila dia gelak tu,nampak gigi kecik warna putih.Alahai.Lagi comel..Hmm.Sekarang pun rasa rindu sangat.Tapi susah dah nak jumpa dia sekarang.So,simpan jela rindu ni.Huhu.
Wanita Muslimin
Untuk pedoman kita.
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
Friday, November 14, 2008
Adakah sesiapa yang Akan Mendoakan Kita?
dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak
berdaya.
Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!
Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan
yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas
waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.
Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara
hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu,
sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu
kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.
Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras
mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini.
Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu
yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?
Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas.
Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena
selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi
hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil
memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku,
Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu.
Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.
Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar
bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat
gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.
Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi
dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...! !!'
Lelaki *********
Gadis >"Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya
memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan
ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti
itu.."
Doktor >"Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk
seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memanggilnya
demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."
G > "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya."
D >"Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh.
G > "Ya. sepert i yg doktor lakukan"
D > "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu..."
G > "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya..."
D > "Dia lakukan seperti inikah?"
G > "Ya. seperti inilah dia peluk saya doktor.."
D > "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr Faizul.
G > "Kemudian dia cium saya."
D > "Dia cium kamu seperti ini? mmpphh..chhuupp. ..!!!"
G > "Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan."
D > "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, i tu tandanya dia sayang kamu, kan ?"
G > "Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor.."
D > "Dia lakukan seperti ini kah?"
G > "Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. .."
D > "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."
G > "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."
D > "Adakah kamu membantah tindakannya? "
G > "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."
D > "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"
G > "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor..."
D > "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"
G > "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya ..."
(selepas seketika.... )
D > "Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?"
G > "Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu"
D > "hmm... itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu !"
G > "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"
D > "HAH?? DIA..MEMANG ... BANGSAT!!..BANGSAAA TTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTT T!!!!!!!! ......."
--
Seloka Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.
Koleksi Lawak Sengal
Rawatan Kecemasan
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."Tak Romantik Langsung
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
Konon nak berlagakSeorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
Hazelnut bersalut coklat
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."
Ibu
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi
Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan
lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat
aku kirimkan!