Salam.
Sejak kebelakangan ini memang saya serabut,kusut,busut.Tension dan stress menjadi BFF. Bestfriend forever. Serius. Sampai asyik rasa macam nak mengamuk saje. Tapi muka tetap senyum.Wakakkaak.Jadi, orang pun tak takut.Tapi serius lah.Kepala rasa kusut. Tapi tengok rambut tak kusut pulak.Hairan.
Macam-macam berlaku sekarang yang membuatkan BFF saya bertambah ramai.Dengan test pad habis,shampoo habis, paket Milo 3-in-1 tinggal 2 paket.Dahla dah tinggal 2 paket, pastu hari tu buat Milo,belum minum lagi tiba-tiba nampak seekor semut sedang berenang kuak lentang didalam mug.Semut tu mungkin sedang senyum nakal kepada saya ketika itu.Tapi saya rasa macam nak mengamuk gilaaaaaaaaaaaaa rasa macam nak keluarkan semut tu pastu nak belasah habis-habisan.Geram gila tau tak??!
Pastu dengan penyepit baju hilang 1 maka sekarang dah tinggal 11 saje penyepit baju. Bilangan penyepit baju tidak genap lagi mulai sekarang dan itu amat memberi tekanan okay kepada saya sebab nanti nak sidai satu baju terpaksa guna satu saje penyepit.Langsung nampak tidak cool okay.Saya plan nak merajuk dan mogok.Tanak basuh baju lagii.Haa.(okay baju kau yang berlambak nanti.)Pastu dengan keadaan Malaysia yang panas gila sekarang.Kenapa Malaysia panas?Secara lebih spesifik, Kenapa Segamat panas?Lebih spesifik lagi, Kenapa UiTM panas? Spesifikkk lagi, Kenapa Kolej Zamrud panas??? Sampai rasa macam nak tarik tilam tidur dalam toilet pun ada. Bila nak tidur,memang sumpah panas gila.Sampai banyak kali rasa nak ambil gambar sendiri masa nak tidur sebab rasa macam 'hot' gila.Pastu boleh masuk Friendster.(ceh gampang gila zaman 1 Malaysia nak main Friendster lagi).
Okay kenapa pendahuluan dan isi karangan tidak menepati title?Kenapa kena cerita masalah hidup kat sini?-_-. Baiklah.Tiga hari lepas (ceh padahal baru berlangsung semalam,saje cakap tiga hari lepas, konon-konon benda dah lama lah ceh padahal excited nak cerita) , ada Majlis Grad Cor Part2 Part3.Macam best tak?Haha.So,kami dari kelas Drama dan Apresiasi Sastera kena buat satu persembahan untuk majlis tu.Kami pilih filem Masam Masam Manis dan ternyata memang ketiak sekor-sekor semua masam lepas habis perform tu. Persembahan pentomin menjadi pilihan. Saya rasa lega gila.Serius. Bersengkang-sengkang mata saya siapkan benda ni.Nak tunggu download video dari YouTube semua.Dahla internet kat sini laju gila.Memang best lah.Tiga hari,2 part je boleh download. Best best.
Apa-apa pun,terima kasih banyak kepada korang yang susah payah berlatih sama. Habis praktis sampai pukul 12 malam semua.Bertension, berpanas, berpenat bersama.Terima kaseyyyyyyy wa cakap lu.Oh tak lupa juga, berketiak basah bersama. Terima kasih. Korang memang terbaik.:') Kepada En.Naza khasnya,terima kasih banyakkkkkk sebab banyak bantu kami.Bagi kami tunjuk ajar semua.Lebihkan apa yang kami kurang ajar.(kuang ajaq! okay tetiba -_-) Terima kasih sangat.Sedih next sem takde Drama dah.:( Tak dapat nak hafal-hafal skrip lagi.Saya hafal tapi bila kena perform depan En.Naza,depan camera lagi okay terus gugup.Malu.Eceh. Okay kenapa cakap macam tulis penghargaan untuk assignment ni?
Lagi satu,minggu ni saya memang kusut sikit.Sebab-sebab kusut dah bagitahu tadi. Ada lagi sebab lain. Tapi sesuatu telah sedikit sebanyak menghilangkan kekusutan saya. Alhamdulillah. Anugerah ini untuk semua orang juga.:)
Ini pandangan Dewan Sri Temenggong daripada atas.
(Sila abaikan kusyen merah koyak diatas.Mungkin MakNgah merah ambik sikit kain itu)
Ini pandangan daripada bawah pula.
Secara kasarnya,saya pernah naik pentas itu 3 kali sahaja.
First,masa Minggu Mesra Siswa.Saya naik atas sebab kena cari surat tawaran.-_-
Second,masa rehearsal Masam Masam Manis.
Third,sebab ambik sijil ni.
Bagi sesetengah orang mungkin atau memang rasa biasa,tapi saya terharu gila.
Okay jangan nak emo kat sini.Haha.
:')
Dilarang zoom-in foto diatas.
Mata yang berkaca sangat obvious.
Saya memang sensitif.
Jangan gedik tanya kenapa.Wakaakaka.
Bersama Ersyazuddin.Pelajar terbaik siswa ni.Masih single.Rupa pun ada.Pandai berpuisi.Pandai tangkap gambar.Cuma rambut sedikit kembang.Oh bila tengok foto semula,bukan sedikit kembang ya tapi banyak kembang.Wakakakaka.Siapa yang berminat, boleh email saya. Siapa yang berminat nak trim rambut dia pun boleh email saya.Wakakakakaka.
Inilah 'korang' yang saya sangat berterima kasih tadi.:')
Lepas ni tak dapat dah macam ni.Saya mengaku saya sedih.
Sangat seronok bekerjasama dengan korang.Hmmmmm cedeh.
Bersama Ain.Ain ni cantik gila.Serious.Suka tengok mata Ain.Sebab mata dia warna coklat.
Jeles okay.Disebabkan perasaan jeles, maka terus salam Ain minta maaf sebab jeles mata dia warna coklat.
Thanks semua.
Jumpa next sem.
Ceh,padahal kat dewan peperiksaan nanti mungkin jumpa kan?
Wakakkakaka.Okay bai.:)
13 comments:
hahaaahk ,
stating mcm nk sedih2 + tensen ,
last2 ok lak , hahahak .
Tak manis la gadis manis ketawa secara kaakakaka
>,>
sijil konvo kah ini? ^^"
tahniah!!
awin siswi terbaik ke? teruk betul mereka buat persembahan tk pkai rexona.keh3
wah besh2..hihihi :)
jeles laaa
huhuk
Tahniah kepada group sebab terima anugerah. usaha akan membuahkan hasil jika di lakukan secara serius dan bersungguh-sungguh.
Gud luck! :)
all da bez exam!
salam...singgah.
jgnlah mengamuk...tenangkankan diri.
mohon izin follow ur blog
hisham? sejak bila tuka name ersyazuddin tu. ohh sjak masuk u. cultureshock barangkali. :)wahh dapat anugerah bagai. apepun kim salam kat die eh ngan raihani (nani) gile skali okey. blog yg sgt best :)
ahaa.macam nie pon bole ke?
tension2 last2 ok plk
aha
wah2 cik cak lempong skank :D
Post a Comment