Tuesday, April 20, 2010

Perkara ni tak boleh ditunggu, kena update jugak

Hari ni paper Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam (okay nama nak cam gempak je kan padahal cakap CTU je sudah). Jadi, semalam Pika, Aini, Yam dan saya duk baca nota bersama. Okay fine. Bacalah sangat. Selang 5 minit, bising. Sikit sikit lapar. Peha masing-masing pun dah besar sampai bila berjalan pun, terasa peha kanan dah bergesel dengan peha kiri. Okay geli.

Ni cite petang semalam ah kan. Masa tu dalam pukul 2 petang. Waktu-waktu macam ni Segamat selalunya akan panas terik. Tapi semalam Alhamdulillah ya. Segamat sangat mendung dan akhirnya hujan membasahi bumi Segamat (okay ayat buku Sehijau Warna Daun dah keluar). Memang best ah kalau tidur petang tu. Kitorang masa tu tengah baca nota sambil baring ramai-ramai. Lepas tu, saya dah rasa macam tersengguk- sengguk dah. Kelopak mata rasa berat yang amat. Terasa seperti Cornea dan Iris menarik-narik kelopak mata untuk tutup.Tapi gila apa tidur. Kena study dohhhh. Esok exam dohhhh. Therefore So, saya gagahkan diri juga.


Petang yang sama. Pukul 4 petang. Saya terjaga. Wakakaka. Ya. Saya tewas dengan keadaan cuaca yang mendung, hujan, sejuk dan berangin itu. Saya tertidur akhirnya. Wakakaka. Tertidur dengan nota ditangan okay. Itu jelah yang dapat dibanggakan. Wakakaka. Saya tengok kiri kanan. Pika dan Aini juga tidur. Yam masih menelaah tapi jelas nampak kelopak mata dia dah berat nak tidur. Wakakaka. Maka saya pun bangun dan kembali membaca nota. Ehhhhhhhh? Fikir semula. Adakah saya seskema itu? Tidak tidak. Wakakaka. Saya ambik handphone dan set alarm pukul 5.Kemudian saya sambung tidur. Wakakaka. Sebab hujan tak berhenti lagi.Hehhhh hehhhh.


Petang yang sama. Pukul 5 petang. Saya terjaga. Wakakaka. Saya pergi bilik air dan menukar sesuatu yang wajib. Yam, Pika dan Aini semua dah jaga. Saya terima mesej dari Deya. Dia ajak saya pergi pasar malam. Okay saya terus bersiap. Masa bersiap, saya cakap ah kat gadis tiga orang tu.


Saya : Akhirnya kita tertewas dengan cuaca. Wakakakaka.


Mereka : Hahaha. Tak boleh tahan dah. Ngantuk gila.


Saya : Siapa yang tidur dulu weh?


Mereka : Kaulah tidur dulu!! Pastu aku tengok kau tidur, aku pun rasa macam nak tidur.


Okay saya rasa sangat teruk. Kenapa saya yang tidur dulu?? Kenapa saya mengajak orang untuk tidur sekali?? Wakakkaka.

Moral of the story : Jangan study baring kalau siang. Percayalah. Anda akan tidur.

p/s : Pagi tadi masa berjalan nak pergi exam, ada seorang gadis kesayangan saya ni jalan sambil baca nota. Khusyuk sangat agaknya. Sampai terlanggar tiang. Lepas tu dia boleh melekat pula kat tiang tu. Wakakakakkaa. Nasib baik saya tarik. Kalau saya tak tarik, mungkin dia masih melekat kat tiang tersebut. Wakakakakkaakkakakkakaa.

Moral of the story : Kalau nak baca nota sambil jalan, buat dua lubang pada nota anda. 

All the best! Bai.

11 comments:

widda_me said...

ayat buku Sehijau Warna Daun dah keluar)

okkk..sastera..
tiba2 tringat cerpen hadiah hari guru yang feeling2 bagi ulam tuh

fahdi ghazali said...

hahaha.. lawak je.

tu x malam lagi tu. Baru siang. Kalau malam x sempat baca da krohh dah. =D

.rafiq. said...

kenapa pergi tarik dia. biarkan dia melekat dekat tiang tu. haha

Arina Hamzah said...

-___________-"

milimilo said...

haha.boleh buat tajuk berita pelajar terlanngar tiang ketika mmbaca nota =P

Sizuka said...

hahaha. lawak giler langgar tiang! sure DL la tuh. wakaka

joegrimjow said...

saya pernah belajar cituu ;)

cikgadis said...

apa boleh buat..sudah takdir
haha tiba2! :p

shera said...

hyep2..
nice blog..
follow my blog yaaaa..
thnxx ;D

SyAmSuL AnUaR said...

lagar tiang pastu lekat...nk cover lah tu...hahahaha...patut biar je dia lekat lame2 kat ctu....

Nur -al- Ain said...

fuhh, comfirm calon DL. heee