Wednesday, April 11, 2012

Egg Tart

Assalammualaikum all..


Hari ni hari bermalas-malasan saya di bilik. Maklumle cuti. Nak update blog dari siang pun tangguh ke malam. Isk isk. Satu hari berehat-rehat whatsapp dengan Cik Nurul je. Memang hari yang tak produktif! Kakaka. Maklumla Cik Nurul tengah outstation kat Balikpapan, Indonesia. Whatsapp jela 24 jam. Dah nak sebulan dah dia kat sana. Balikla cepattttttttt kite nak gi jalan-jalannnnnn. Wakaka. Tapi hari ni juga kecoh mengenai earthquakes yang berlaku siang tadi. Serius rasa takut sangat kan. Kesian dekat penduduk Banda Aceh and semua yang duduk area Pulau Pinang. Tapi syukur alhamdulillah malam tadi dah diisytiharkan alert tersebut batal. So apa-apa pun, semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan semoga semuanya selamat dan harap dijauhkan dari segala musibah. Amin..

Okay lets back to the topic! Hari Ahad lepas saya buat Egg Tart as a breakfast kononnya. Tapi Egg Tart pun siap kul 12 tengahari. Wakaka. Takde makna breakfast kan. Egg Tart makanan favourite saya sebenarnya tapi buat pagi tu sebab nya malam sebelum tu, my cousin, Kak Leila yang order kek hari tu, datang rumah and masa borak-borak tiba-tiba dia tanya, saya reti buat egg tart ke tak. Sebab dia macam teringin. Saya memang tak pernah buat and esok tu terus tiba-tiba rasa eh why not aku try cuba kan. Haha. Dahla favorite. Kalau beli kat La Boheme ke kat mana ke taknak pulak singgit satu kan. Ke dah naik harga sekarang? Kalau buat sendiri, ha memang puas :)

Resepi ni saya google and jumpa kat SINI. Thanks kak! Serius menjadi! Tapi resepi ni saya dah olah sikit-sikit.  Letzzz checkz itz outz yallz.


Egg Tart


Bahan-bahan pastri :


1. 250 gm butter
2. 80 gm gula aising
3. 2 biji telur
4. 440gm tepung gandum
5. 1 sudu teh esen vanilla


Cara - cara :


1. Mix butter dengan gula aising sampai bater tu jadi warna putih macam biasa.
2. Then masuk telur satu per satu. Mix lai sampai kembang gitu.
3. Bila dah kembang membang tu masukkanlah esen vanilla.
4. Then lastly masukkan tepung gandum yang dah diayak sikit sikit ye. Jangan masuk semua sekali. Ha masa dah masuk tepung gandum ni, gaul pakai tangan jela ye adik-adik. Make sure tangan anda bersih la and kuku pendek. Tu paling penting okay untuk mengelakkan ada perisa tambahan. Yakkkk. Then gaullah dengan tangan sampai jadi doh. And sampai doh tu dah tak melekat kat tangan kita. Kira sampai tangan kita bersih la wakakaka.


Ini doh saya lepas betul-betul dia buat tangan saya bersih! Wakaka. Uli sampai bekas pun bersih okay.


Disebabkan saya takde aluminium case, terpaksala just tekapkan pastri dalam muffin pan ni. Yang lagi satu loyang khas untuk baking rainbow cake tapi saya try je buat dalam loyang tu jugak. Heee. Bila dah tekapkan macam ni, cucuk-cucuk dengan garfu then boleh masukkan ke dalam oven dengan suhu 175C dalam masa 10 minit.


Then masa tunggu pastri masak tu, bolehlah kita sediakan bahan untuk kastard pula ye.


Bahan - bahan :


1. 2 cawan susu segar
2. 1 cawan gula halus (boleh tambah jika suka tapi akan manis sangat)
3. 8 biji telur
4. 2 cawan air
5. 2 tablespoon of tepung kastard
6. 1 teaspoon of vanilla essence


Cara - cara :


1. Mix telur dengan gula sampai gula hancur. Then masukkan semua bahan and kacau kacau sampai sebati k.


Saya bancuh dalam jug supaya nanti senang nak tuang dalam pastri!


Lepas 10 minit pastri dalam oven tu, kita tuangkan kastard ni dalam tart shell tu then masukkan kembali ke dalam oven dengan suhu yang sama dalam masa 20 minit. Actually tak sure masa dia sebab mengikut owner, dalam masa 15 minit tapi dalam masa 15 minit, egg tart tak masak lagi juga. So kene selalu-selalulah jenguk oven anda ye. Bila dah kuning-kuning sikit tu dah masak lew tu.


Jengjengjenggggg. Puas gila kan makan haha.




My Egg Tart! Puas dapat makan and puas sebab menjadi! Haha. Mama suka sangat dengan pastri ni. Sedap katanya :)


Another version of my Egg Tarts :) 

Okay. Its 1 am now. Need to sleep. Thanks for reading! :)



Saturday, April 7, 2012

Books I've Bought #1

Assalammualaikum all..


Hari ni saya agak busy and exhausted. Ramai orang datang rumah hari ni. Dari tengahari sampai malam. Sebabnya just nak betulkan peti elektrik kat luar tu. Saya ingat hari ni nak buat Macaroon. First time nak try tapi sebab ada tetamu datang and agak busy nak layan apa semua kan makanya saya tak buatla wakaka. Lagi pun minta tolong Abang belikan serbuk badam dari siang sampai maghrib baru balik. Geram je. Tula susah ek orang takde lesen ni. Kene harapkan orang je kalau emergency nak pergi kedai ;( Nanti dah duduk sorang nanti macam mana?? ;( Oh ye...saya belum announce lagi mengenai...saya akan berpindah dari rumah mama! Wakaka. Bukanlah berpindah sangatt. Jangan nak hiperbola sangat ye. Saya just akan tinggal di rumah lain. Rumah lama kami. Sebelum ni Mama bagi my cousin duk situ tapi sekarang dia dah kahwin and dah pindah cari rumah sendiri. So rumah tu kosong. Nak sewa kan, Mama kata cukuplah sampai disini saja...kahkahkah. Sebab lama jugak my cousin duk situ dari zaman dia anak dara sampai dah ada anak dua orang dah haha bayangkan lama tak. So kitorang macam rindu nak duk rumah tu balik and buat apa nak sewa kan, saya boleh duk situ untuk senang gi kerja sebab transport sangat marvellous. LRT sebelah je yee. Untuk sekarang, rumah tu still agak kosong. Just ada peti ais, meja makan kecil (just for 3 seats), and washing machine (tak tau elok lagi ke tak). Tapi bedroom set lengkap. Ada katil queen, meja solek and almari. Saya sangat happy dan teruja untuk stay sendiri heee. Boleh berdikari kannn. Tak sabar nak hias rumah tu cantik-cantik. Wallpaper and wooden floor tiles dah siap beli dah! WOODEN FLOOR TILES okay.... Boleh bayangkan tak macam mana rumah I nanti~ Auuuu cantiknya~ Wakakaka. Okay cukup. Taknak cerita lebih-lebih dulu. Tunggu ya~~~ Home decoration akan diupdate dari semasa ke semasa. ;)

So, lets back to the topic! Saya gunakan books voucher bernilai RM100 dulu dan dah selamat disemadikan di Popular, Jusco Cheras Selatan. RM100 hanya dapat 3 buah buku. Not bad lah kan. Tapi lebih RM8 tak salah. Kene tambah lagi RM8... Lagi RM100 pun dah selamat guna haha. Will update later in Books I've Bought #2 okay ;p




1. 1 Hari 1 Resipi - 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Laku keras okayyyyyy. Kau hado? Ahaks. Saya rasa buku ni sangat bagus. Cececeh padahal tak try lagi haha. Bagus sebab just bayangkan ada 365 resipi! Macam-macam resipi ada. Terus terang, saya tak reti sangat masak lauk-lauk ni, saya lebih suka baking macam tula. Sebab tak suka nak kupas-kupas bawang wakaka. Dengan adanya buku ni, nanti bila dah duk rumah sendiri boleh try ek. Saya beli buku resipi sebab yela pikir jugak untuk masa akan datang kan. Kita tak boleh berharap resipi kat internet jeeee. Nanti dah kahwin kene ikut laki tinggal kat pedalaman hulu hulu kampung memang hulu hah ambik. Line internet mana nak cariiii beb. Dah la tak reti masak, nak masak apa untuk laki kau nyahhhh. Wakaka. So saya takut. Dan terus ambil langkah dengan membeli buku ini. (Nasib baik dapat voucher, kalau tak dapat tak beli kot).

2. Panduan Asas Menghias Kek

I loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee this book so much!!!! Memang mengajar kita cara-cara hias kek dari A to Z. Complete dengan teknik aising, jenis jenis cakes nozzle, and semua lah. Tapi satu je la cara hiasan dia agak outdated sikit sebab sekarang ni kan macam macam jenis hiasan kek kan. Tapi who cares??? Janji tahu and belajar dari basic yang ada dalam buku ni :) Setiap hiasan kek pun ditunjuk dengan mengikut step-by-step. Contohnya begini,

Menarik kan?? Semua hiasan ikut step-by-step macam ni ;)


3. Traditional Malaysian Cuisine

Buku ni pun best juga. Tebal tau ni! Tapi tak setebal buku Chef Hanieliza tadi lah ye. Tapi complete resepi Melayu, India dan Cina. Serius best. Mungkin ada makanan India dan Cina yang kita teringin nak makan tapi macam was-was nak beli kan, so boleh masak sendiri! Wakaka. Tapi buku ni sebenarnya saya beli untuk dijadikan hadiah kepada keluarga angkat saya di Japan. Buku ni pun fully English. Buku ni best sampai rasa macam tak jadi nak bagi wakakaka.

So itulah hasil-hasil dari RM100 1 Malaysia books voucher saya. Kalau berminat, boleh cari di Popular ok. Another books hasil lagi RM100 will be in next entry. Lagi best!! ;p

Thanks for reading! :)


Friday, April 6, 2012

Sugar&Spice

Assalammualaikum all..

Wah terus update hari ni. Dia macam ni tau. Kalau dah sekali skip update, contoh,'alaaa malasla nak update. Esokla......' Haaaa kalau macam tu memang takkan update sampai bila-bila wakakaka. So bila semalam dah start, hari ni hah tengok rajin je kan nak update. Haha. So hari ni just nak share my fan page daaaaaa. Gediks tau nak ada fan page padahal kat blog pun dah ok. Tapi takpe. Sebab jadi gedik ni fun. Aik?


So....this is the banner. Dah bertempek lama dah kat right side blog ni sebenarnya. Saya wujudkan page ni adalah untuk lebih mudah ambil order kat situ. So kepada sesiapa yang berminat nak order, boleh contact me direct using this page. Just click je banner tepi tu. Likes la ye jika sudi. Saya namakan Sugar&Spice sebab malas nak pikir nama kahkahkah. Logo pun bodo bodo je. Takpela. Nanti-nanti boleh upgrade. Ala macam main Sally's Salon ke Sally's Spa ke kan dorang ada level level untuk upgrade. Woi dah dah. Saya namakan Sugar&Spice sebab saya bukan just nak update about cakes, cupcakes or muffin je dalam tu tapi segala jenis makanan pun nak kongsi dalam tu juga hehehehe. Sebab saya suka makan. -.- So...its not only about Sugar..Its about Spice too!

Check it out to know more! (and dont forget to likes too!) 

Thanks for reading~ ;)


Thursday, April 5, 2012

Rainbow Cake and Chocolate Cake ordered by Kak Leila

Assalammualaikum all..

Sorry lama tak update. Been busy for finals hari tu, then dah cuti kene jadi babysitter jap for my gegirl and other niece and nephew. Ada hal itu, hal ini, dengan Abang yang baru start kerja as Assistant Safety Manager so dia memerlukan camera ketika bekerja. Camera pulak ada satu je kat rumah niiii. Jadi saya terpaksa merelakan camera ke tangan dia ;(. Cane nak update blog lepas ni tanpa kamera? ;( then busy baking cakes for some orders takdelah banyak sangat sangat order but adalah sikit syukur alhamdulillah. Saya rasa saya belum betul-betul promoting my cake business lagi. Tapi saya sempat juga buat fan page (ala-ala) untuk my bakery business. Ihiks. 

Yeahh impian saya untuk memiliki sebuah bakery actually. Cafe pun ok. Dah siap daftar dengan SSM dahhhhh. Cuma kedai je tak jumpa lagi and tak pernah buat keputusan nak cari kedai pun lagi. Sebab sebelum ni busy kat Segamat kan. Oh yang pasal fan page tu mungkin entry lepas ni saya akan umumkan kepada semua orang cewahhh. So today just nak share gambar kek yang saya buat hari Sabtu lepas. My cousin, Kak Leila ordered 2 buku kek sempena hari jadi anaknya, Erryna Carmila. Happy Belated Birthday Nana! 

Ni adalah Chocolate Cake. Tapi sebelum tu sorry sangatttttt saya terlupa nak ambil gambar sebelum potong kek ;( bongoknya sayaaaaa. Penat penat bersengkang mata tak tidur buat kek ni boleh terlupa pulak. Sebab dah terlambat masa tu ;( By the way, saya frost kek ni dengan fondant, buttercream and edible image. My first fondant cake actually. Sedih tak dapat ambil gambar depan-depan. Best jugak buat kek fondant ni tapi sedikit mencabar la. Mula-mula berjaya buat ribbon fondant tu pun dah happy! Haha! ;')

Ribbon dah hilang~ Disebabkan kek fondant, kek ni macam kering sikit sebab tak banyak krim. Boleh improve lagi ni insyaAllah.

The second cake was RAINBOW CAKE!! Sebenarnya kek ni saya buat 2 adunan sebab Kak Leila cakap dia nak yang besar punya cake. So mula-mula tu saya dengan Mama macam try nak buat kat loyang besar rectangle. Tapi rasanya tak boleh sebab kek ni kan nipis so kalau besar takut dia berderai. So, we all terpaksa guna loyang biasa. Tapi buat 2 adunan. Maka hasilnya?? Jadi tinggi gila okay!! Macam 2 tiers cake dah! Haha. 



Nyummy~ Kepada sesiapa yang berminat nak order, boleh contact saya. Sangat sesuai untuk orang yang nak lain dari yang lain and this cake was just cought everybody's eyes! Sebab ketinggiannya ekeke. And memang sesuai kan untuk birthday party. Budak-budak semua kecoh ar kan. Tapi sebab kek ni agak tinggi, orang macam takut nak potong haha. So masa ni saya potong and terus letak dalam piring untuk semua orang ;)

Thanks for reading!