Wednesday, April 11, 2012

Egg Tart

Assalammualaikum all..


Hari ni hari bermalas-malasan saya di bilik. Maklumle cuti. Nak update blog dari siang pun tangguh ke malam. Isk isk. Satu hari berehat-rehat whatsapp dengan Cik Nurul je. Memang hari yang tak produktif! Kakaka. Maklumla Cik Nurul tengah outstation kat Balikpapan, Indonesia. Whatsapp jela 24 jam. Dah nak sebulan dah dia kat sana. Balikla cepattttttttt kite nak gi jalan-jalannnnnn. Wakaka. Tapi hari ni juga kecoh mengenai earthquakes yang berlaku siang tadi. Serius rasa takut sangat kan. Kesian dekat penduduk Banda Aceh and semua yang duduk area Pulau Pinang. Tapi syukur alhamdulillah malam tadi dah diisytiharkan alert tersebut batal. So apa-apa pun, semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan semoga semuanya selamat dan harap dijauhkan dari segala musibah. Amin..

Okay lets back to the topic! Hari Ahad lepas saya buat Egg Tart as a breakfast kononnya. Tapi Egg Tart pun siap kul 12 tengahari. Wakaka. Takde makna breakfast kan. Egg Tart makanan favourite saya sebenarnya tapi buat pagi tu sebab nya malam sebelum tu, my cousin, Kak Leila yang order kek hari tu, datang rumah and masa borak-borak tiba-tiba dia tanya, saya reti buat egg tart ke tak. Sebab dia macam teringin. Saya memang tak pernah buat and esok tu terus tiba-tiba rasa eh why not aku try cuba kan. Haha. Dahla favorite. Kalau beli kat La Boheme ke kat mana ke taknak pulak singgit satu kan. Ke dah naik harga sekarang? Kalau buat sendiri, ha memang puas :)

Resepi ni saya google and jumpa kat SINI. Thanks kak! Serius menjadi! Tapi resepi ni saya dah olah sikit-sikit.  Letzzz checkz itz outz yallz.


Egg Tart


Bahan-bahan pastri :


1. 250 gm butter
2. 80 gm gula aising
3. 2 biji telur
4. 440gm tepung gandum
5. 1 sudu teh esen vanilla


Cara - cara :


1. Mix butter dengan gula aising sampai bater tu jadi warna putih macam biasa.
2. Then masuk telur satu per satu. Mix lai sampai kembang gitu.
3. Bila dah kembang membang tu masukkanlah esen vanilla.
4. Then lastly masukkan tepung gandum yang dah diayak sikit sikit ye. Jangan masuk semua sekali. Ha masa dah masuk tepung gandum ni, gaul pakai tangan jela ye adik-adik. Make sure tangan anda bersih la and kuku pendek. Tu paling penting okay untuk mengelakkan ada perisa tambahan. Yakkkk. Then gaullah dengan tangan sampai jadi doh. And sampai doh tu dah tak melekat kat tangan kita. Kira sampai tangan kita bersih la wakakaka.


Ini doh saya lepas betul-betul dia buat tangan saya bersih! Wakaka. Uli sampai bekas pun bersih okay.


Disebabkan saya takde aluminium case, terpaksala just tekapkan pastri dalam muffin pan ni. Yang lagi satu loyang khas untuk baking rainbow cake tapi saya try je buat dalam loyang tu jugak. Heee. Bila dah tekapkan macam ni, cucuk-cucuk dengan garfu then boleh masukkan ke dalam oven dengan suhu 175C dalam masa 10 minit.


Then masa tunggu pastri masak tu, bolehlah kita sediakan bahan untuk kastard pula ye.


Bahan - bahan :


1. 2 cawan susu segar
2. 1 cawan gula halus (boleh tambah jika suka tapi akan manis sangat)
3. 8 biji telur
4. 2 cawan air
5. 2 tablespoon of tepung kastard
6. 1 teaspoon of vanilla essence


Cara - cara :


1. Mix telur dengan gula sampai gula hancur. Then masukkan semua bahan and kacau kacau sampai sebati k.


Saya bancuh dalam jug supaya nanti senang nak tuang dalam pastri!


Lepas 10 minit pastri dalam oven tu, kita tuangkan kastard ni dalam tart shell tu then masukkan kembali ke dalam oven dengan suhu yang sama dalam masa 20 minit. Actually tak sure masa dia sebab mengikut owner, dalam masa 15 minit tapi dalam masa 15 minit, egg tart tak masak lagi juga. So kene selalu-selalulah jenguk oven anda ye. Bila dah kuning-kuning sikit tu dah masak lew tu.


Jengjengjenggggg. Puas gila kan makan haha.




My Egg Tart! Puas dapat makan and puas sebab menjadi! Haha. Mama suka sangat dengan pastri ni. Sedap katanya :)


Another version of my Egg Tarts :) 

Okay. Its 1 am now. Need to sleep. Thanks for reading! :)



23 comments:

Sepul Lupes said...

Sedapnye... Dah rase cup cake sedap kalu jie mesti sedap gak uhuhuhuhu

I am the author said...

Rajin you buat makanan eh. Pls keep that spirit flaming. I support you :)

CikHanim said...

Yay, resepi dah keluar!!!
TQ ajwin ajeera yg shomel :D

ieedaz @ mama_isha said...

alaa sedap nyer...sampai hati tak hantar kat akak sket.. :( hiks

Dyla Zaman said...

Owhh my favourite.. nak cuba tp rumah xde oven.. sedih nyer.. :(

Ajwin Ajeera said...

Sepul,

boleh order! hehehehe

Ajwin Ajeera said...

I am the author,

:') thanks so much.im so touched. ;')

Ajwin Ajeera said...

cikhanim,

welcome cikhanim~ ;)

Ajwin Ajeera said...

kakngah,

mmg sedap~ hehe
kakngah dtgla umah bwk isha jalan2 nnti kite buat!

Ajwin Ajeera said...

dyla,

alaa..sayangnya..tp senang je tau buat ni ;)

msrh's said...

auwh ,tempting! :O

Ajwin Ajeera said...

hehe me too!! kat sgmt ni takde makanannnnnn. hahaha

Faizal Pejay said...

sodap nie.nak rasa

Faizal Pejay said...

sodap nie.nak rasa

Ajwin Ajeera said...

haha excited ke smpai komen twice ;p wakaka mmg sedapppppp hihi

siti noorhajar binti mohamed saufi said...

salam..hey nice blog! follow mine ^_^

http://penhijaupenpink.blogspot.com/

kicapcuka said...

minta maaf.. tumpang lalu.. nak tumpang promote kain songket.. tq
http://songket-ganu.blogspot.com

cik senyum said...

nice blog !!
resepi pun nampak sgt menyelerakan:)

cik izars said...

looks good,,

Juma'adi Bin Morshidi said...

haha. buat lapar je gambar nie. hehe. anyways, nice site. follow my site to okay. ehhe.

hajar saufi said...
This comment has been removed by the author.
siti hawa said...

lme dh cri resepi doh ni...nk tumpang tnye...butter tu gne butter brand ape yer...?? doh ni bole wat doh tuk cheese tart jgk ke?

siti hawa said...

lme dh cri resepi doh ni...nk tumpang tnye...butter tu gne butter brand ape yer...?? doh ni bole wat doh tuk cheese tart jgk ke?