Saya memang penggemar tegar susu. Dari kecil memang kita di ajar untuk minum susu jadi dalam adik beradik kami memang takde masalah nak minum susu. Dulu pelik ada yang tak suka susu, tak boleh bau susu. Kitorang pulak terbalik. Susu satu kotak besar dalam peti ais tu sehari boleh habis. Kadang kadang minum macam minum air masak. Lepas makan apa apa pun nak minum susu. Saya sangat suka minum susu dengan biskut sandwich or mi segera haha. Bila minum susu dengan mi segara ni terasa kurang la sikit bersalahnya lol.
Dalam kita minum susu ni, adalah sangat penting untuk kita tahu dari mana datang susu lembu yang kita minum tu tau! Janganlah main beli je susu tapi macam entah tak tau pun susu tu dari lembu mana, lembu tu makan apa untuk hasilkan susu tu, and semualah. Kita kena ambil tahu dari mana datangnya sumber susu yang kita sekeluarga ambil setiap hari.
Rasanya semua orang tahu kan, susu UHT Fernleaf adalah 100% susu dari New Zealand! Dari kecil saya sedia maklum mengenai hal ni.Sebab ladang lembu di New Zealand yang menghasilkan susu Fernleaf ni memang dah terkenal berabad lamanya dah.
Korang tahu tak bukan semua lembu tenusu ni diberi makan rumput? Ada yang memberi lembu mereka makan makanan yang segera jadi lembu-lembu tersebut akan cepat mengeluarkan susu. Berhati hati lah dalam memilih susu ya! Susu Fernleaf ini dihasilkan oleh lembu di New Zealand yang memakan rumput segar berkualiti tinggi dari tanah yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Kita semua sedia maklum New Zealand merupakan negara yang bebas pencemaran, udara yang sejuk dan segar kan? Beruntungnya lembu-lembu Fernleaf di sana!
Secara jujurnya, saya sangat teruja bila menerima Fernleaf kit ni! Sangat comel dan simbolik bagi lembu yang memakan rumput segar di New Zealand itu begitu terkesan bagi saya. New Zealand adalah salah satu negara yang membolehkan lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas yang terbaik dari alam supaya lembu lembu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Saya merupakan seorang ibu dan sentiasa mahukan yang terbaik buat anak saya. Bila dapat tahu tentang usaha Fernleaf untuk menghasilkan susu yang terbaik ni, rasa sungguh teruja dan bersyukur. Ianya bukan sahaja mempunyai sumber makanan semulajadi, malah kaya dengan kalsium yang mudah diserap, banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.
Anaqi pun excited nak jadi moo moo jugak! xD
Saya juga sempat membuat beberapa eksperimen dengan susu UHT Fernleaf penuh krim ni, antaranya Chocolate Smoothie! Nak menghasilkan Chocolate smoothie yang penuh berkrim dan sedap, tak perlu banyak bahan. Susu UHT Fernleaf penuh krim ni dah berikan rasa yang sangat penuh, lengkap, berkrim memang sedap betul! Hanya menggunakan segelas susu UHT Fernleaf penuh krim dan tambahkan satu scoop aiskrim vanila dan satu sudu besar sos coklat, blend seketika and wallaaaa! Rasa susu kocak coklat yang sangat sedap! Tips nak dapatkan susu kocak atau smoothie yang sedap ni adalah dari base dia la iaitu susu apa yang digunakan. Kalau susu sedap, confirm sedap!
Tadaaa! Chocolate Smoothie menggunakan susu UHT Fernleaf penuh krim. Sedap sehingga ke titisan yang terakhir!
My cutie little moo moo says, jom dapatkan susu UHT Fernleaf sekarang! Susu Fernleaf, 100% susu dari New Zealand!
Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera
No comments:
Post a Comment