Siapa suka makan steamboat and bbq buffet kat sini? Kalau korang penggemar buffet, maka korang wajiblah untuk datang makan kat Pak John Steamboat and BBQ di IOI City Mall ni! First, korang pilih nak sup udang atau tomyam. Pastu kalau rasa nak makan yang bergrill juga, jangan risau sebab kat table korang pun boleh grill tau!
Kitorang spend masa kat restoran ni hari tu adalah dalam dua jam hahaha. Makan sikit, borak borak. Lagipun terlalu banyak pilihan makanan yang ada di Pak John. Jumlah keseluruhan adalah 160 jenis pilihan makanan tau. Dari jenis makanan bergoreng, lauk pauk, makanan goreng goreng, jenis frozen steamboat, pelbagai jenis makanan laut, dimsum, pelbagai jenis desserts, pelbagai jenis ramen dan macam macam lagi lah. Nak listkan 160 sampai tak cukup kat entry ni.
Pelbagai pilihan makanan bergoreng. Masa kitorang datang ni ada Nasi Goreng Udang, Mee Goreng Mamak, Sambal Udang, Ayam Masak Kicap and etc.
Ini pula pilihan frozen steamboat, seafood, pelbagai sayuran juga ada, bermacam jenis cendawan dan telur semua ada.
Ini pula ialah kaunter untuk memesan makanan yang premium kualiti. Ada premium beef, lamb slice, abalone slice dan juga smoked duck. Jangan risau kaunter makanan premium ini pun free flow juga boleh order beratus kali cuma dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu sahaja untuk mengelakkan pembaziran.
Kaunter waffle. Hah suka hatilah nak order waffle apa dan berapa keping waffle pun.
Sis ambil makanan malu malu dulu.
Kita pilih sup udang. Sedap juga ya dan tak pedas. Tapi kalau nak pedas, jangan risau. Di Pak John Steamboat and BBQ ni pun ada juga sauces station. Semua jenis sauces, mayonis dan sambal ada kat situ. Yumss!
Ada peminat Salted Egg Yolk Steamed Bun kettew kat sini?
Just had to post this. Orang selalu ngap terus kan tapi I cannot la mesti nak makan half dulu jugak haha.
Untuk desserts kita ambil ni. Cendol, assorted sponge cakes, sagu gula melaka pun ada juga ya.
Jom makan Pakjohn Steamboat & BBQ Buffet di IOI City Mall! Harga pun sangat berpatutan. Untuk lunch weekday dewasa seorang hanya RM32.90, kanak kanak bawah 12 tahun hanya RM16.45, senior citizen berusia 55 tahun ke atas hanya RM24.70 seorang dan kanak kanak bawah 5 tahun kebawah FREE jer..
For reservation,please call
+60389571128
Pak John Steamboat & BBQ,
GE-11, Ground Floor,
IOI City Mall
Thanks for reading!
Much love,
Ajwin Ajeera
1 comment:
I'm personally a big fan of ajwinajeera blog. Thanks for sharing this post.
clipping path
clipping path service
background removal
Post a Comment