Friday, October 19, 2018

Indobowl Cafe

Assalammualaikum and hi everyone!

Saja nak tanya, apa makanan segera kegemaran korang ya? Kalau saya, dari zaman belajar kat UiTM, zaman kerja kat Jeddah, sampai lah sekarang ni pun kalau makanan segera, memang suka sangat makan mee segera lol. Tak berapa suka yang berkuah tapi suka mee segera goreng. Dulu suka sangat beli IndoMie. Suka yang perisa asli je. Tak suka perisa yang macam macam haha. 

Jadi hari tu bila kita dapat tahu tentang restoran IndoBowl ni, haruslah terus terjah! Restoran IndoBowl ada dua cawangan ya iaitu di Sungai Besi dan Subang Jaya. So korang boleh pilih nak pergi mana mana cawangan yang terdekat. Hari tu saya balik Cheras so dari Bandar Tun Hussein Onn, kita pergi makan kat IndoBowl cawangan Sungai Besi. Guna Waze jer, nak cari restoran pun mudah sebab restoran IndoBowl hanya berhadapan dengan jalan utama. Nak cari parking pun tak susah.


Ya. Di restoran IndoBowl ni, memang mereka menggunakan produk IndoMie sepenuhnya dan semua menu yang ada telah dicipta dan diberi kombinasi baru yang lebih sedap dan menarik!


IndoBowl interior deco. Cosy, sesuai untuk makan tengahari atau untuk chilling and child friendly too!


Tengoklah saja menu menuu terbaik dari IndoBowl Cafe yang dihidangkan kepada kami! Semuanya sedapppp!


IndoMie Dendeng Balado
RM10


IndoMie Ayam Balado
RM10


IndoMie Ayam Madura
RM12


IndoMie Iga
RM18


Menu Baru di IndoMie. Dicipta untuk sesiapa yang inginkan IndoMie berkuah dan dimakan bersama signature sambal IndoBowl!


IndoMie Mumbo Jumbo
RM59


Es Cendol


Soda Gembira! Ya Allah Soda Gembira ni selalu dapat jumpa di Indonesia sahaja tau. Dahlah masa ni panas panas terik, dapat hirup pula Soda Gembira, memang gembiralahhhh.


IndoMie Salted Egg Chicken. Ini pun menu baru di IndoBowl Cafe. Ayam masih rasa juicy and dimakan pula bersama IndoMie dan sambal yang boleh dipilih sama ada nak sambal merah atau sambal hijau.


Ini pula adalah dua lagi menu terbaru IndoBowl Cafe iaitu menu yang sesuai untuk desserts time atau makan petang. Roti Bakar Berkeju Jagung dan Roti Bakar Berkeju Coklat. Yums!

Jomlah ramai ramai datang ke IndoBowl Cafe! Korang boleh follow FB IndoBowl untuk dapatkan update terbaru mereka dan juga boleh follow Instagram IndoBowl okay? 


Thank you IndoBowl for having us :)
Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: