Tuesday, November 27, 2018

Glam Rush by MF Cosmetique

Assalammualaikum and hi everyone!

Alhamdulillah I am so happy masa In Trend umumkan saya memenangi satu make up palette dari MF Cosmetique. Mesti ramai yang tertanya kan apa itu MF Cosmetique. Mungkin tidak ramai yang begitu familiar lagi dengan jenama ni sebab jenama ni baru sangat keluar tak silap dalam tahun ni juga. Pengasas MF Cosmetique ini sangatlah jelita orangnya, sentiasa kelihatan cantik dan muda, iaitu Datin Seri Maria Farida. I am so glad she come up with this idea, iaitu memperkenalkan make up palette Glam Rush yang serba serbi cukup semua peralatan asas makeup dalam satu palette sahaja!



Packaging yang sleek, simple dan berwarna shocking pink ni memang menarik perhatian saya. Daa because I love pink! But seriously, I love the packaging and tulisan berangkai berwarna gold diatasnya. Juga memadai di sebelah tepi make up palette ada tertulis GLAM RUSH by Maria Farida. Tapi jika mungkin tiada make up palette lain yang akan dikeluarkan, Glam Rush by Maria Farida ini akan menjadi satu satunya 'palette signature' yang terletak di rak makeup kita. Dari jauh, kita sudah tahu, oh palette shocking pink with gold Maria Farida!



Dengan cermin yang luas, Glam Rush make up palette ini datang dengan 6 dalam 1. Enam alat solek yang terdapat di dalam make up palette ini ialah compact powder, eyeshadow, blusher, eyeliner, eyebrow powder and cream lipsticks! Banyak kan? Macam macam ada. Memang sangat convenient kalau nak travel, bawa Glam Rush make up palette ni je! Warna-warna pun sangat cantik, sesuai untuk natural make up look atau glam make up look. Day or night makeup. 

Didatangi juga dengan tools ya, ada Magic Apps untuk eyeshadow dan lipstick, Pufferina untuk compact powder Flawless dan Bruschka untuk blusher Blushing Cheeks! Saya sangat suka dengan eyeliner Sashay sebab sangat mudah untuk pakai. Honestly saya selalu menggunakan liquid eyeliner, so ini macam first try menggunakan powder eyeliner, rasa macam best sangat! Senang nak apply and very pigmented. Untuk eyebrow, Shante yang berwarna brown gelap cantik juga untuk kita lukiskan pada kening. Cuma in future I hope dalam Magic Apps akan ada juga angled eyebrow brush so that kita boleh guna untuk lukis kening menggunakan Shante dengan lebih mudah!


Contoh angled eyebrow brush.

Untuk eyeshadow pula, Glam Rush mempunyai 8 jenis pilihan warna yang bersesuaian untuk natural atau glam make up look!




Dari kiri : Angelique, Dulce, Tatiana, Mestiza




Dari kiri : Inez, Mystique, Pandora, Sonique

There you goooo.. good pigmentation. Warna jelas even with one swatch. Kalau korang perasan, kebanyakkan warna eyeshadow yang ada lebih kepada shimmering kan? I think sangat bersesuaianlah dengan namanya, Glam Rush. So glam gitu! I personally think and saya memang guna pun yang Inez boleh juga dijadikan sebagai bronzer dan Mestiza sebagai highlighter! It's really working. So I can say yang Glam Rush makeup palette ini bukan sahaja 6 in 1 tapi 8 in 1. 

So I created this look, semua dari Glam Rush by MF Cosmetique make up palette dengan 4 warna lipstick dari Glam Rush yang berbeza.



Sabrina


Raha


Azela


Ezurin

I loveeeee all colours! Pada palette nampak macam very terang kan, tapi bila dah apply, korang can actually adjust nak terang macam mana or just nak nampak natural! So kalau korang nak dapatkan Glam Rush make up palette yang 8 in 1 ni, boleh dapatkan di SINI ya. Harga cuma RM150. Kalau korang nak beli satu satu, eyeshadow palette, blusher, compact powder, eyebrow, eyeliner, 4 warna lipstick semua tu ingat dapat ke total RM150? Mesti lebih punya kan. So jomlah dapatkan Glam Rush make up palette sekarang!


Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera




No comments: