Monday, February 13, 2012

Kek Pisang

Assalammualaikum wbt..

Selain daripada Banana Muffin or Muffin Pisang, saya turut menjual Kek Pisang. Idea asal muffin tu dari kek nilah. So try try buat menjadi jugak sebab some cakes ni suhu dan masanya berlainan kalau buat dalam bentuk muffin. Kek Pisang ni lah yang menjadi kegemaran kalau kat rumah buat masa sekarang ni lah. Bila tengah baking tu memang bau pisang ni kuat kan, tambah lagi saya memang letak esen pisang dalam resepi tu so bila tengah masak tu memang berbau satu rumah. Memang mouth watering kan semua orang. Sampai abang sendiri pun nak belajar buat kek. Haha. 

Kek Pisang sebelum dibakar :))

Kek Pisang
RM7.00

ajwin_ajeera@yahoo.com.my


:)


Love, Awin.


Sunday, February 12, 2012

Dbs Dinner - Arabian Night

Assalammualaikum wbt..

Malam semalam saya ke Dbs Dinner which is may be the last dinner sebelum menghabiskan pembelajaran di sini.. Sebenarnya saya tak selalu datang pun dinner course ni. Tapi sebab ini adalah final year, maka kita orang satu kelas pun pakat la gi ramai ramai. Seriously rasa that was best night ever with my awesome classmates. Yess rasa sedikit sedih sebab lepas ni nak habis dah and mungkin lepas ni kami akan berpisah.. Ada yang ke arah sini, ada yang ke arah sana.. Kat Facebook kitaorang memang ada private group sendiri and semua dah start tulis, lepas ni jangan sombong, jangan putus hubungan, selalu buat reunion, kalau kahwin tunang jangan lupa jemput and so on.. 

Rasa macam emotional sikit kan. Wakakaka. But serious rasa quite sedih~ ehh gambar pergi Langkawi dengan classmates hari tu pun belum upload lagi. Aiyakkk. Nanti upload later k~ Masa pergi Langkawi tu pun banyak sangattttttt halangan, dugaan, cabaran yang terpaksa kitorang tempuhi.. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar and dah jadi kenangan yang manis dah untuk diingati. :)

So, jom kita layan gambar dinner yang bertemakan Arabian Night ni okayyy~





















Class paling best and havoc. No regrets. I love you guys so much!!!! :')


Love, Awin.


Saturday, February 11, 2012

First pics of Blue Ivy

Assalammualaikum wbt..

Siapakah Blue Ivy?? Haha maybe sesetengah orang tak tau lagi.. Baby Ivy ialah anak perempuan pertama Beyonce and Jay Z. Beyonce merahsiakan wajah baby nya sampai dah sebulan lebih rasanya. So semua peminat Beyonce mestilah tertanya-tanya kan macam mana rupa baby. Mesti tak sabar kan nak tengok. Termasukla owner blog ni pun wakaka. Kalau bab bab gosip artis artis ni I memang no 1.. Beautifulnara, onbulan, murai.com memang bookmark.. ;p

So pagi tadi nak check email, terbaca Yahoo! news feed, Beyonce and Jay Z Share First Pics of Blue Ivy. So macam excited la kan nak tengok. Andd... guess how was my first impression? :) Well let see ur impression first..

Comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kan?. Rambut mata hidung mulut semua comel. Aaaaaaaaaaa gerammm. Ok sabar..

Aaaaa jari tu mintak digigit ke Blue Ivyyyy. *gigit selimutttt*


Best je ada baby kan. Kesimpulannya disini walaupun Jay Z tak berapa nak jambu tapi apabila dah bergabung dengan Beyonce, tetap mengeluarkan baka yang comel. Congrats. 


p/s : Malam ni saya ada dinner course bertemakan Arabian Night. Pakai jubah le gamaknyee. Tak sabar nak makan banyak-banyak. ;p

Love, Xx


Friday, February 10, 2012

Banana Muffin

Assalammualaikum wbt..

Hi semuaaaaaa. Lagi 3 jam setengah lagi saya akan menghadapi Test 2 subjek Principal and Practices of Selling. Sempoi tak sempat lagi nak update blog?? Kahkahkah. Sempoi tak sempoi sangatlah kan. Bila tengah baca-baca tu bosan pulak kan dengan laparnya kat sini takde makanan waaaaaa maka terpaksa update blog pasal makanan. Sobs. :'(

Saja nak promote Banana Muffin saya yang marvelous gitu wahhh. Kalau kat rumah, bila buat je kek pisang (muffin pisang ni ilham dari buat kek pisang sebenarnyee) mesti tak sampai berapa minit je habis. Dia baru keluar oven tu memang lagi sedap kan makan panas panas gitu. Abang adik kat rumah tu kerja dia makan jeeeee. Sampaikan masa nak balik Uitm hari tu, saya buat 2 adunan Banana Muffin dan Moist Chocolate Cupcake with Ganache frosting semalam tu untuk dibawa ke Uitm dan jual disini. So memang tak tinggalkan kat rumah and takde lebihan pun untuk bagi dorang makan. Ceh sebenarnya saje je tanak tinggal sikit. Wakakaka kejam tak kejam tak. Sampai masa tu, abang bising-bising nak jugak kek pisang ni and Mama cakap yang saya buat semua tu untuk jual, kalau nak makan, buat sendiri. Kahkahkah. 

Saya pun siap cakap, kalau nak makan, beli kat saya. Adik beradik tak adik beradik. Satu rumah tak satu rumah. Hahahaha. Kejam kannnn. Then dia terus gi dapur konon nak buat kek sendiri haha. Saya bagi tunjuk ajarlah. Saya minta yuran sebagai kelas belajar buat kek pisang bersama Awin. Hehehe. Bising je dia cakap saya mata duitan wakakaka. :)

Apsal tulis sampai ke tahap ada simpulan bahasa mata duitan ni?? Padahal nak update muffin -.- 

Banana Muffin sebelum dibakar :)

Jeng jeng jeng presents to youuuuu, my
Banana Muffin
RM1.50 each for this size.
Ada size lebih kecil untuk majlis dsb. Kek Pisang turut dijual tapi update lain entry ok hee :)

Sila email kpd ajwin_ajeera@yahoo.com.my to order! :)


Love, Awin.


Thursday, February 9, 2012

Moist Chocolate Cupcake with Ganache Frosting

Saya menjual kek cawan ini, 
Moist Chocolate Cupcake with Ganache Frosting
RM2.00 each.

Memang moist dan tak manis sangat. Bagus untuk rakyat Malaysia ye. Sesuai sangat kalau nak order jika ada majlis atau makan saje je. By the way, cup ni besar sikit that's why jual RM2.00. Kalau nak request cup kecil pun boleh. :)



Chocolate Ganache yang pekat~~~~ Saya gunakan coklat Vochelle bukan coklat masakan biasa. 


Jika berminat, boleh order okay~ Boleh email saya di ajwin_ajeera@yahoo.com.my. :)


Take care, Xx



Wednesday, February 8, 2012

I-City Feb 2012

Assalammualaikum wbt...

Sorry for the super late entry sebab busy sikit takdela busy sangat tapi busy la jugak! Wakaka. Nak tahu busy tak busy, just click HERE my classmate entry about February. Hah ambikkk. Sekarang saya masih berada di rumah public holiday. Suppose balik semalam tapi semalam banyak sangat hal terpaksa balik hari ni heh heh heh. Plus kebizian bertambah apabila sekarang saya telah menjual kek dan biskut secara serius. Wah gitu. Duk rumah busy buat kekkkkkkk je. Memang nak update. Tapi later ok~ ;)

Hari Isnin lepas saya ke I-City, Shah Alam dengan family. Dah pernah pergi sekali dulu kali ni just nak bawa my cutie gegirl jalan sana. Bukan main lagi dia. Gerammmmmm. I-City pun dah banyakla jugak perbezaan berbanding dulu. Sekarang dah ada ferris wheel, pirate ship and so on. Nampak lebih meriah gitu.

Papa and Mama~

My sis and bro in law~


Nenek tak larat nak dukung Isha~ :D


Boleh tak abang beli rambut hafiz awan nano ni and Papa yang pakai? -.-

Kesayangan sayaaaaaaaa.

Dan gambar terakhir penutup tirai pada hari ini, terimalah......

......muka comel abang saya.. wakakakaka. 


Maaf jika gambar terakhir ini mengganggu konsentrasi dan produktiviti hari anda. ;p



Love, Awin.