Wednesday, March 14, 2012

Rainbow Cake

Assalammualaikum all..


Cewah semalam update hari ni update lagi. Saje je boring boring kat sini kan. Hilangkan stress exam, kita update blog la ye tak? So hari ni saya nak share resepi Rainbow Cake. Nak tahu sedap ke tak tu kene la try kan. And saya juga menjual Rainbow Cake ni. Kalau malas nak buat sendiri, boleh order kat saya. :)) Lepas exam ni nak fikir logo for my bakery (amboi) . Ada juga orang yang dah order kek ni. Rainbow Cake sangat sedap.. Saya lagi suka Rainbow Cake instead of Red Velvet sebab Red Velvet, tekstur dia agak kasar sikit. Rainbow Cake ni moist, sedap and colorful. Sejuk hati sikit nak makan kan! Wakaka. Warna sangat memainkan peranan ye -.-. 


Bahan-bahan :


1. 3 cwn tepung gandum
2. 4 sdk baking powder
3. 1/2 sdk garam
4. 1 cwn butter (suhu bilik)
5. 2 cwn gula castor (kalau boleh, kurangkan gula)
6. 5 biji putih telor (suhu bilik)
7. 2 sdk esen vanila
8. 1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
9. Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Disebabkan buat kek ni tak prepare sangat hari tu, then tak perasan yang warna tak cukup. Pergi kat mini market depan rumah pun takde pewarna oren dan ungu. Nak buat warna lain konon nak tambah hijau dan biru tapi terlebih hijau, terpaksa ada dua hijau kat situ wakaka. Nak tambah pewarna biru lagi tak boleh, nanti kek rasa kelat pulak kan. So terpaksa redha jela haha. Kek ni pun bake untuk birthday Nurul hari tu. Tu pun nak buat surprise sebab Nurul baru balik dari Indonesia dan keesokkannya ialah birthday beliau. Dalam satu hari tu, dengan nak pick up Nurul kat TBS, dengan nak buat 2 Rainbow Cake (satu untuk birthday, satu ada orang order) sangat terkejar-kejar ye. Lastly Nurul sampai rumah pun kek belum siap lagi wakaka. Terpaksa tipu sunat cakap dua-dua kek orang order ekeke.

Cara - cara :

1.  Sediakan loyang 8 inc. Alas dasar loyang dengan baking paper. Kalau sapu pakai butter je kadang-kadang dia still melekat juga so better pakai baking paper terus ye. Kat baking paper tu baru sapukan butter

2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam.

3. Mix butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .

4. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.

5. Masukkan esen vanila.

6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Step ni tak perlu mix dengan mixer lagi. Just gaul adunan dengan spatula kayu je ok. Kalau spatula plastik pun boleh kot tapi bak kata Mama saya, spatula kayu memang tips untuk mendapatkan kek yang baik cewahhh. 


7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan. Pastikan semua adunan sama banyak atau nak lebih tepat lagi boleh timbang ye.

8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata then masukkan dalam loyang

Proses mewarnakan adunan selesai. Kalau banyak warna berlainan lagi cantik kan. 

9. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

10. Bila dah masak tu, sejukkan atas redai. Jangan sejukkan kek dalam loyang, atas surat khabar atau mana-mana tempat yang suka hati anda nak sejukkan k. Sebab lapisan lapisan kek ni nipis dan kek ni juga mudah melekat. Dah la lembut kan, jadi kene sejukkan atas redai ye.


Untuk Fresh Cream Frosting,


Bahan - bahan :


1. 2 cawan Non Dairy Whip Topping (sejuk)
2. 1/2 cawan gula icing
3. 1 sudu kecil esen vanila

Cara - cara :

Pukul whip topping dulu sampai kembang gitu then baru masukkan gula icing dan esen vanila.

Then hias mengikut kreativiti anda. Bagi saya bahan-bahan nak buat Rainbow Cake ni murah dan senang je. Apa yang membuatkan harga Rainbow Cake ni mahal ialah nak buatnya sangatlah leceh ok. Lagi - lagi saya yang ada dulang satu je ni. Memang berzaman kan nak tunggu. Kek tu ada banyak lapis nak tunggu satu-satu masak memang ............ Plan nak beli loyang baru nanti tapi pun tak berkesempatan lagi. Tak sabar nak tunggu cuti!! 

Okay. Saya tahu buruk. Haha. Tapi hakikatnya inilah Rainbow Cake khas untuk birthday Nurul. Nurul = Yeyye. Buat hiasan sepantas yang boleh masa ni sebab nak lari balik Segamat terus. Btw walaupun birthday bulan lepas, nak wish juga kat sini, Happy 27th Birthday Nurul~ Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kahwin! Hihihi. I love you so much!!

Alhamdulillah semua orang suka! :) Kek ni pun tak sempat nak sejukkan dalam fridge before potong kan sebab dah buat last minute terkejar-kejar gitu. Kalau sejukkan, fresh cream keras bila potong kek jadi lebih kemas.

Okay. Dah craving for Rainbow Cake dah ha. Mana nak cari kat Segamat ni?? Haha.

Contact me if you want to order! :)

33 comments:

twinkle twinkle said...

waa cntiknya kek ni

azzahoney said...

sedap ye ajwin. pandai awak buat kek ye.:)

Ajwin Ajeera said...

twinkle,

hehe thanks :)

Ajwin Ajeera said...

azza,

thank you azza~ ;)

Atiqah Abd Shukor said...

Ok balik rumah nak try resepi you :D Looking sooo yummmmmey :D

Ajwin Ajeera said...

thanks atiqah~ ;)

Rara Nasiha said...

wahh, npk sedap je. :)

Ajwin Ajeera said...

thank u rara! :))

Anonymous said...

salam...looks so tempting..this cake a lil' bit pricey but worth it every penny coz it's complicated to do it rite..btw at first i read i don't really understand what is 'sdk' 'redai'i googled about redai haha..it's fully in malay..haha..lama2 baru i faham..

-lala-

Syazwan Che Deraman said...

tak ikut warna pelangi tuh.

Micheal Jackson Kena Halau Balik Kutub Utara.

eh, macam tu ea cara nak ingat?

sodaappp.

Ajwin Ajeera said...

wsalam.. yup u're right ;) i made two rainbow cakes tht time n it took me i day -,-

oh haha dah faham kan.. so u can try now! or maybe u can just order ~ hihi

Ajwin Ajeera said...

syazwan,

haha takde pewarna lebih masa tu.

fazreen said...

apa kata cik awin buat kan dkt saya satu.

Ajwin Ajeera said...

kalau een nak free, kene tolong awin cipta logo! hahahaha

cik yaya said...

kya nak order pls..untuk besday acim hemsem setahun bln 7..nak oder yang free punyaaaaaa htr kuantan pls.hehehe

Atiqah Adnan said...

yang.. utk ramuan tu kan dah senang da awin bg tau cth cam 3 cwn tepung gandum akk tak faham 4 sdk baking powder... sdk tu ape? huuhu

Ajwin Ajeera said...

cik yaya,

hahaha free tak dapatlaa kene tunggu awin kaya dlu laa wakakakak
wah kya order la kite hntr kuantan boleh jumpa acim hensemmmmmm

Ajwin Ajeera said...

atiqah,

akak..sdk tu sudu kecil.. ahahaha
maafla terover shortform pulak wakaka

Puteri Biru said...

nampak sedap je.. boleh la try. hehe. kalau bebudak mesti suka kek colourful.

Ajwin Ajeera said...

yup sedap..
try la ;)

ieedaz @ mama_isha said...

nk jugakkk!!! :p

Ajwin Ajeera said...

mama isha kene order la wakakaka

Atiqah Adnan said...

tulaa akk dah tua benau sejak dah ade anak sorang nie haha... btw thanks k

Sepul Lupes said...

sedapnye... mcm nak order jerkk.. tapi sorang makan tak habis la plak.. -_- tunggu besday lah 5 bulan lagi hahahhaa

Ajwin Ajeera said...

atiqah,

waaaaah dah ada anak!! cepatnya masa berlalu kan ehehe. dlu kenal masa muda remaja je hihi

Ajwin Ajeera said...

sepul,

hahaha agakla kek ni agak besar jugak kan. tp sedap seriously! order order order ehehehe

Fazreen said...

Logo? tak reti design mcm mana?

Ajwin Ajeera said...

tak..hahaha nak yg cute and simple. takde masa kot. tp dah ada nama hehehe. Sugar&Spice. ok tak. lalala

Fazreen said...

Kalau nak tengok logo awin jahanam sila la bagi een design. haha

Ajwin Ajeera said...

haha takdela tgk een mcm kreatif je.
nnti lepas exam ni baru nk design logo. simple2 je.

hafiza suraya said...

hi ajwin,

kita copy resipi ye :)
terima kasih :)

Ajwin Ajeera said...

ok hafiza.
thanks~ ;)

cekebui said...

Assalamualaikum,

Saya google resepi rainbow cake dan terjumpa blog ni, terima kasih banyak2, sedap. Cuma, tekstur cake saya keras sedikit. Ada tips tak?
Btw, boleh tgk hasil kek yg saya buat di blog saya: http://mrswanzu.blogspot.com/2012/10/rainbow-cake.html