Friday, May 25, 2012

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Assalammualaikum.

Penatlah kan asyik update makanan je wakaka. Sorrylah ye. Saya memang duduk rumah saje sekarang ni. So memang takde kerja lain selain memikirkan resepi-resepi mudah dan makan. Yesss. Makan sebenarnya lebih penting wakaka. Memang tengah menternak lemak je ni. Tadi pun Mama baru tegur dah berisi. Tension tahu tak????!!! Bila tension apa kita kena buat??? Makanla apa lagi! Wakaka. Pastu bila gemuk, tension balik. Bila dah tension, makan lagi. Nampak tak kitaran yang tidak sihat ituuuuu??? Wakaka.

Okay kali ni saya try resepi yang diberi oleh Cik Kiah saudara Mama. Resepi Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos. Saya memang suka pulak cookies FA. So apa lagi tengok bahan-bahan pun ringkas je. So kita pun cubalah malam tadi. Buat kunyah-kunyah di malam hari.

Bahan

1. Tepung gandum 380gm (sy letak lebih)
2. Brown sugar 300gm (sy letak 200gm saje)
3. Telur 1 biji
4. Baking soda 1 sudu teh
5. Garam 1 sudu teh
6. Susu segar 1 sudu besar
7. Butter 225gm
8. Chocolate chips
9. Badam hancur

Cara-cara

1. Pukul gula,telur,susu,butter,garam and baking soda sampai kembang.
2. Masukkan tepung. Then bila dah uli agak-agak sebati tu, masukkan pula 
    chocolate chips and badam.

Mudah kan? Wakaka. Then bakar dengan suhu 175 degrees selama lebih kurang 15-20 minit.

Dapat 3 dulang, 2 balang. Satu balang saya bagi Adik Jiha. ;) Maklumle lepas je siap cookies, saya post kat Facebook, adik Jiha comment....




Siapalah yang tak luluh hati kan bila kanak-kanak umur 8 tahun komen cenggitu. Adik Jiha merupakan cousin saya yang paling muda ye. Bukan anak buah. Memang rapat dengan saya sejak kecik. Rumah kami pun berdekatan je so masa adik Jiha komen tu terus ke rumah dorang bagi sebalang cookies. Btw, adik Jiha dah kehilangan ibunya sejak berumur 3 tahun. Al fatihah untuk arwah ibu..


Kemain suka lagi adik ye.. ;))


My cousin, Wany. Kakak adik jiha. Rumah je dekat tapi lama sangat dah tak jumpaaaa. Maklumlah masing-masing sibuk ekekeke. Wany merupakan fashion designer hasil keluaran KLMU. Ala yang iklan paling best di alam semesta tuuu. Wakaka. Seriously suka tengok hasil-hasil lukisan rekaan dia. Memang vouge uollsss. Belum tengok baju lagi, tengok lukisan pun dah kagum. ;)


Last but not least, my Chocolate Chips Cookies! Nyum nyum!!

Thanks for reading!!


6 comments:

Aizat Shafiq said...

Sedapnyeeee...terliur plak tengok...
Nak satu?... :p

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah!! Rajin betul..Sangat simple resepi..boleh buat raya t..

Ajwin Ajeera said...

aizat,

dh habis dh hahaha -.-

Ajwin Ajeera said...

rosidah,

hehe tak sempat tggu raya pun boleh buat wakaka

Gen2Merah said...

nampak memang memukau... (",)

Ajwin Ajeera said...

mmg sedap ;))