Thursday, May 24, 2012

Banana Chocolate Rice Cake

Assalammualaikum.

Okay hari ni kena terus kan update supaya momentum blogging tak jatuh. Wakaka. Hari ni nak update resepi Chocolate Rice Banana Cake juadah petang kami petang semalam. Actually memang selalu buat kek ni. And ada juga dapat order kek ni. Memandangkan Kak Emy selalu bagi kita pisang hihi sebab Maklang saya, Kak Emy's mom ada tanam pisang kat rumah diorang kat Segamat. So setiap kali datang rumah, mesti diorang bagi pisang. Yang kitorang pulak buat kek pisang jela. Bagi diorang balik pisang dalam bentuk kek. Wakaka. 

Kek ni serius sedap dan mudah je nak buatnya. Resepi saya ambil dari Kak Ita Masam Manis. Thanks kak! Memang sedap and moist kek ni. Lagi best makan panas-panas sambil hirup teh o panas. Hihihi.

So bahan-bahan yang kita perlukan ialah..

Inilah bahan-bahan untuk membuat banana chocolate rice cake ni. Bahan-bahan pun simple je.

1.150 gm butter
2. 150 gm gula kastor 
3. 3 biji telur
4. 100 gm susu segar
5. 100 gm pisang
6. 1/2 sudu teh esen pisang 
7. 200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
8. 50 gm chocolate rice
9. 1/4 sudu teh soda bikarbonat
10. Hirisan badam @ almond flakes

Saya gunakan esen pisang ni. Nak letak atau tidak terpulang. Just perasa tambahan je. Nak letak esen ni pun tak banyak. 1/2 sudu teh saje. ;)

Jeng jeng jeng.. Pastikan pisang kita ranum ye. 

Then kupasla pisang anda tu. Buang kulitnya dan letak dalam besen bersar yang bersih okkay.. Sebab proses perlecekkan bakal bermula.. Perlecekkan apakah???

Yes.. Kita akan mash pisang ni dengan potato masher. Kira sekarang jadi banana masher lah ye. Hihi. Potato masher ni yang saya guna masa buat mashed potato hari tu. 

Hasil selepas di mashedddd. Saat ni kenelah fikir benda-benda yang menggeramkan kita then baru boleh mash dengan berjaya.

Ok seterusnya kita bolehlah mula mix bahan- bahan tadi.

1. Pukul butter dan gula sampai kembang. Then masuk telur satu per satu.
2. Masukkan tepung yang dah diayak bersama soda bicarbonate. Masuk       
    tepung ni berselang seli dengan susu. First mesti tepung dan mesti diakhiri 
    dengan tepung juga. 
    Means : tepung~susu~tepung~susu~tepung~susu~tepung
3. Then masukkan pisang kita yang kita mashed sepenuh hati tadi.
4. Then campur pula chocolate rice. Kacau kacau sebati ;)

Saya buat 2 adun. Maklumlah rumah ni memang tak kuat makannn. Wakaka. 2 adun dapat 4 buku ;)

Panaskan oven dengan suhu 170. Guna loyang 8x3x3 inci. Gris loyang dengan butter je. Tabur kek dengan hirisan badam then masuk oven dengan masa 40 minit!

Mudah kan...

Sedapp..Hari ni pun Mama request lagi nak kek pisang. Kejap lagi lepas habis Seindah Sakura awin buat lagi. Ekeke. 

Thanks for reading! 
:)


10 comments:

PINATBATE said...

rajin Awin membuat perlecekan pisang yer..makpinat masukkan pisang dlm blender jer..hasilnya;kurang berpeluh dan lebih halusss pisangnya..lagi pun senang nak kunyah..ekeke..

*sebenarnya kat rumah ni tak ada
potato masher

MéuzAngelo™ XXIII said...

perrghhhh.. calon bini ni! hehe :p

Syakir Rahman said...

hahaha... nseb baek la aku x suke kek pisang... tp mcm sedap...nyum3~

Ajwin Ajeera said...

makpinat,

hahaha awin pulak ada satu je blender. malas nk blend daun pandan dlm blender tu so guna ni jela. tp mmg lepas tu tgn rasa berotot jela kan wakaka.

Ajwin Ajeera said...

meuz,

wakakaka malu la ittew ;p

Ajwin Ajeera said...

syakir,

hehe cuba test try dlu.. confirm terus suka kek pisang wakaka

Sepul Lupes said...

hahahaha pk kan perkara yang menggeramkan ekk? ok ok tips yg berguna gitu...

Ajwin Ajeera said...

hahaha haruslahhh selepas tu tangan kita akan bermuscle! wakaka

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

kalau jual boleh kaya ni.. masyukk..hehehe

Ajwin Ajeera said...

hehe mmg ada amik order kek ni pun ;)