Hari ni saya masak Sup Ayam dan sambal kicap untuk makan malam dan terasa seperti nak share resepi Sambal Kicap saya huahuahua. Sambal Kicap ni memang favorite habis lah. Rasanya kalau bukan makan dengan sup, dengan makanan lain pun layan juga. Makan sambal kicap dengan Maggi Ayam pun boleh pergi jauh la layan dia.So jom kita share resepi. Resepi ini mungkin tidak sama dengan resepi anda ya. Kita masing-masing ada cara dan selera yang berbeza. Just enjoy!
Bahan bahan :
Cili padi
Bawang putih
Kicap manis
Garam
Limau kasturi
Sangai cili padi dan bawang putih sampai betul betul grilled gitu. Boleh juga jika nak terus blend, tapi cara saya suka sangai dulu macam nii jadi tak terasa mentah sangat. More kick gitu.
Lepas sangai, masukkan dalam blender. Masukkan kicap manis sehingga semua cili padi dan bawang putih tenggelam sahaja. Jangan lebih. Kemudian, masukkan garam sedikit. Kalau pakai kicap masin, masukkan gula sedikit tak perlu masuk garam lagi. Yang penting, jangan masukkan air. Okay boleh blend.
Lepas blend, tuang dalam mangkuk atau tupperware terus kalau nak buat stock. Ambil penapis dan perahkan dalam 3 biji limau kasturi. Jangan banyak sangat limau sebab nanti rasa masam lebih dari pedas tak sedap. Ok tu je dah siap sambal kicap anda! Senang kannn.
Selamat mencuba semua dan thanks for reading!
Much love,
Ajwin
No comments:
Post a Comment